35.

1K 43 0
                                    

Setelah lebih separuh daripada pinggan nasi lemak goreng itu selamat ditelan masuk ke dalam perut Hayra, dia mengangkat bendera putih menyerah kalah. Pinggan itu ditolak ke arah Ivan memintanya menghabiskan.

Hingusnya yang terbentuk akibat terlalu pedas, ditarik dalam. Sesekali tisu dilap kasar sehingga menyebabkan hidungnya merah. Ivan hanya memerhati sambil mulut mengunyah lebihan makanan isterinya.

Tidak lama kemudian, hujan mulai turun dengan lebat membasahi bumi yang hanya memancarkan cahaya mentari yang terik sejak kebelakangan ini. Tepat ketika Ivan mengusulkan cadangannya untuk pulang.

"Nak balik?" Soal Ivan kuat melawan deras bunyi air hujan berdentum pada atap zink kedai. Hayra menggeleng.

"Nak makan apa-apa lagi?" Soalnya lagi dengan nada yang sama kuat. Hayra membuntangkan mata kerana terkejut dengan soalan itu. Perutnya sudah penuh sampai ke esofagus, memang tidak mampu untuk menelan apa-apa lagi.

Satu idea menjengah fikiran Hayra lalu cepat-cepat dia mengambil telefonnya. Satu pesanan ringkas dihantar kepada Ivan. Tidak betah menjerit melawan bunyi kuat yang terhasil kerana hujan.

Ivan melihat skrin telefonnya yang menyala apabila ada bunyi notifikasi kedengaran.

Medina
How nice it'll be to have a rain shower?

Matanya membulat memahami maksud soalan gadis itu. Wajah diangkat untuk menegah, namun dia hanya mampu mengetap rahang melihat gadis itu sudah berlalu.

Hayra berlari anak ke tengah jalan yang tiada sebarang gangguan daripada dia dihujani air sejuk itu. Sesekali tangan melingkar ke badan apabila angin bertiup lembut menyapa kulitnya.

Ivan bangun lalu langkah besarnya dibawa ke arah gadis itu kerana mahu menarik dia masuk semula ke dalam kawasan kedai. Antibodi gadis itu memang lemah, jadi dia tidak boleh lama-lama di bawah hujan. Tunggu kejap nanti, mesti akan ada yang menggigil kesejukan dan lemah-gemalai kerana demam.

"Medina, come back here!" Jerit Ivan kuat, namun Hayra buat pekak. Mahu berlama-lama di bawah pancutan air hujan yang sangat mendamaikan ini.

"Jom mandi sama-sama!" Jerit Hayra pula dari arah sana. Ingin merasakan bagaimana rasanya mandi hujan sambil menikmati pelukan orang tersayang. Dia sangat mahukan haba yang terhasil apabila badan mereka bersentuhan. Apatah lagi ketika hujan begini.

"No way!" Jeritan dari lelaki itu membawa hampa ke hati Hayra. Mukanya jelas monyok. Sungguh dia tidak suka ajakannya ditolak lelaki itu.

"Adriyan!"

"Apa!?" Suara Ivan sudah naik seoktaf, membawa cebikan di bibir mungil itu.

"I want to hug you!" Dalam jeritan, diselit sedikit nada manja. Mengharapkan lelaki itu datang dan memujuknya. Pujukan melalui pelukan kali ini.

Ivan tidak tahu hendak balas apa. Dia mahu cepat-cepat menarik gadis itu kembali ke sini, namun Hayra tidak akan mengikut tanpa rela hati.

Tidak tahu bagaimana caranya, dia memilih untuk mengalah dengan bersyarat, "Okay, tapi kena datang sini after that!"

Hayra tersenyum suka. Kepala diangguk bersungguh-sungguh sambil matanya terkatup rapat. Kedua tangannya pula didepakan luas. Ingin sekali tangannya penuh dengan badan sang jejaka dan badannya melayang dalam pelukan jejaka itu.

Selang beberapa saat, keinginannya tercapai. Badannya tidak lagi terasa sejuk seperti sebelumnya kerana memperoleh haba daripada badan Ivan.

"I love you for this," ucap Hayra ikhlas. Matanya tertutup rapat menghayati detik ini.

"Untuk ni je?" Soal Ivan seakan berjauh hati. Padahal bergurau saja, ceit!

"For now, yes." Hayra hanya melayan. Masih juga melayani detik indah yang sangat ditunggu-tunggunya ini.

Matanya dibuka perlahan lalu kepalanya didongakkan. Memandang sang kekasih yang juga sedang menunduk mencari matanya. Satu senyuman dihadiahkan, "You tahu tak--"

"Tak tahu," potong lelaki itu sambil menggeleng. Laju Hayra menampar lengan Ivan. Kerap-kerap saja memotong percakapannya. Sudah pula, banyak mengarut dan melalut.

"Suka sangat main-main!" Ivan tertawa nakal. Comel pula gadis itu marah-marah. Terasa rindu pula dengan Hayra yang suka menjulingkan mata apabila diusik, mencubitnya apabila dijengkel. Haih, kenangan!

Melihat gadis itu diam di dalam pelukannya, Ivan cuba menyoal, "Tahu apa?"

"Tak nak cakap!"

Ivan ketawa lepas. Sudah agak dengan jawapan gadis itu. Diam yang lama menunggu dia menyoal, rupanya memang seperti yang disangka. Merajuk!

"Meminta ni," kata Ivan sambil satu ciuman dalam dihadiahkan pada kedua pipi gadis itu. Hayra tersenyum, bukan sukar sangat pun untuk memujuk gadis ini. Walau sukar sekalipun, dia sanggup melayan jika untuk gadis pujaannya.

"Tahu apa, sayang?" Soal Ivan masih setia memancing. Diam Hayra tanpa melengkapkan ayatnya yang dimulakan tadi sedikit sebanyak membuakkan rasa ingin tahunya. Tadi, hanya sekadar mengusik, bukan tidak hendak tahu.

"I waited for too long, nak mandi hujan sambil peluk someone macam ni."

Ivan senyum, "Sebab?"

"Sebab I nak rasa sejuk hujan, but at the same time nak rasa panas bila dipeluk," jawabnya mudah. Jawapan ini sebenarnya baru terfikir ketika dia diam tadi.

Dia suka akan rasa ini jadi dia berikan saja jawapan begitu. Kalau ditanyakan sebab sebelum dapat dirasa, mungkin dia buntu.

"Tamak rupanya isteri I ni," kata Ivan dalam nada bergurau. Sengaja mahu mengusik Hayra agar dapat menghiburkan malam mereka. Hayra tidak berbuat apa-apa selain mengeratkan pelukan.

Lama dalam keadaan begitu, Ivan mula menyuarakan syaratnya, "Jom ke sana."

Hayra masih dengan gelengannya. Pelukan dikejapkan lagi supaya suaminya turut berada di situ. Ivan melepaskan nafas berat, "Jangan mungkir janji. Jom."

"Sekejap lagi please," pinta Hayra perlahan. Kepalanya masih terlentok elok pada bahunya. Hanya suara mamai saja yang kedengaran. Nampaknya ada orang bakal menanggung panas sehingga ke pagi.

"Hayra Medina."

"Sayang, please." Ivan kalah lagi. Sukar untuk dia katakan tidak pada permintaan isterinya. Hayra tidak suka meminta-minta, jadi bila dia meminta sesuatu yang kecil, dia tidak mampu untuk menidakkan.

Hayra membuka matanya perlahan apabila ada cahaya yang menyimbah wajahnya. Ada kereta yang sedang menghampiri mereka dalam keadaan terhuyung-hayang. Barangkali pemandunya tidak stabil kerana pengaruh dadah ataupun alkohol.

"Adriyan," sebut Hayra dalam nada getar. Panik dengan situasi yang terpampang di depan mata, dan takut akan kecederaan yang bakal menimpa mereka berdua. Khususnya, Ivan.

"Yes babe," sahut Ivan dengan nada teruja. Ingin dengar kata setuju gadis itu untuk kembali ke tepi dan balik ke rumah. Hayra bakal mengalami sesi demam yang teruk selepas ini.

"No matter what, I love you."

Badan Ivan ditolaknya sekuat hati menjauhi dirinya, sebelum badannya melayang akibat hentakan kereta itu. Beberapa saat berada di awangan, sakit yang tidak terhingga dirasainya apabila terhempas kembali ke tanah.

"Medina!" Itu jeritan yang dia dengar sebelum matanya terkatup rapat.

Gelap.

- - -

Teaser;

"Kenapa kau tak bagitahu dia?"

"I never knew."

- - -

bercadang nak habiskan dalam bab 40 / 45 but we'll see.
janji, chapter 50 dah habis :3

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now