34.

1K 43 0
                                    

"You baca diari I?"

Soalan Ivan membawa sengih ke wajah Hayra. Setelah hampir satu jam berpelukan melepaskan segala tangisan, akhirnya Ivan mula membuka mulut. Hanya sepi yang menemani mereka selama itu.

"Curi-curi," jawab gadis itu masih dengan sengih nakalnya. Ivan tertawa, terhibur dengan jawapan jujur itu. Kalau tidak jujur, dia masih tahu juga.

"Takpelah, at least dengan baca diari tu, you can accept the truth." Hayra mengangguk.

Sepi melanda mereka lagi sebelum Hayra bertanya, "Special sangat ke I?"

"Kenapa tanya macam tu?" Soalan berbalas soalan. Ivan menyoal curiga, pelik apabila soalan sebegitu yang ditanya. Seharusnya dia seseorang yang sangat istimewa kerana dia isterinya. Harus punya takhta paling istimewa di hatinya.

"I baca diari you tadi. First one seumur hidup you, semuanya tertulis pasal I."

Ivan tertawa dengan kenyataan itu. Benar, dia mula menulis diari buat kali pertama dalam hidupnya kerana mahu abadikan setiap detik pertemuannya di situ. Tiada apa yang dia fikir waktu itu, namun minatnya untuk menulis tentang gadis pujaannya membawa satu hikmah hari ini.

"I tak tahu. Bila I tengok you, I rasa macam-- macam mana eh, I can't describe. So, that feeling, I nak capture satu per satu," jelas Ivan dalam samar. Dia tidak tahu kata-kata yang sesuai untuk perasaannya, tetapi cintanya tetap utuh untuk gadis itu.

"Kalau you perasan, I stopped writing bila I dapat tahu you dah tak ada," kata Ivan perlahan. Wajahnya ditundukkan, barangkali sebak menjentik hatinya.

Hayra memegang kedua pipi jejaka itu, dibawa melihat wajahnya semula. Satu senyuman manis diberi lalu wajah itu ditarik rapat ke bahunya. Satu ciuman dihadiahkan ke bahagian tepi kepalanya, "Mitos semua tu."

Ivan tertawa. Wajahnya kembali diangkat lalu satu kucupan singgah di dahi gadis itu. Dahi bertemu dahi, "Setahun bukan sekejap. I tried a lot of things untuk lupakan you, tapi I tak mampu."

"Tak perlu, I ada dengan you sekarang." Ivan ketawa lagi. Hidung itu dicuit manja. Hayra memonyokkan wajah lalu menerima gomolan kuat di pipinya.

"Thanks untuk kembalikan bahagia I," kata Ivan perlahan. Hampir tidak kedengaran, namun sempat menangkap telinga Hayra memandangkan jarak mereka yang sangat rapat. Hayra sekadar tersenyum, tiada kata balas untuk ucapan ikhlas itu.

"Malam ni kita keluar eh?"

"Pergi mana?"

"Makan," jawab Ivan sepatah.

"Or we can call it a candle-light dinner."

"Em, tak--"

"Please, Medina." Laju Ivan memotong, tidak mahu rancangannya sekali lagi mendapat halangan daripada gadis itu. Dia percaya isterinya mahu menegah cadangannya.

"Riyan--"

"Dah lama sangat I tak keluar dengan you," kata Ivan meleret. Ada nada lirih yang menggantikan manja. Memaksudkan apa yang diperkata dan mahu rancangannya berjalan lancar. Sangat mengharapkan kata setuju daripada Hayra.

"Listen, man."

"I tak nak dengar--"

"Adriyan," panggil Hayra cuba mencelah.

"--nanti you cakap tak nak keluar."

"Oh my god, no!" Kata Hayra separa menjerit. Tidak percaya bentakan Ivan berkisarkan takut kalau-kalau dia akan menghalang rancangan lelaki itu.

"Dengar dulu!" Kata Hayra lagi dengan nada suara yang sudah naik seoktaf. Tidak sabar barangkali dengan andaian suaminya yang berbagai-bagai.

"I tak nak candle-light dinner mahal-mahal and classy tu."

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now