37.

1K 41 0
                                    

"Aku nak masuk dalam," kata Ivan sebaik kembali daripada tandas. Panggilan telefon yang dibuat kepada bapa mertuanya dirahsiakan. Namun, panggilan yang termati dengan cara pelik itu sedikit menganggu fikirannya.

"Seriously? We need to talk." Danial bangun daripada duduknya. Turut menghalang laluan Ivan untuk mendekati pintu bilik yang menempatkan isterinya.

Ivan mendengus kasar, "Later. Lepas aku tengok Medina."

Danial menggeleng, "Doktor cakap after about two hours. Ni baru sejam."

Ivan mendengus kasar lagi. Rambutnya diramas kuat, melepaskan geram yang tertanggung dalam hatinya. Terhadap dirinya dan Danial yang menghalang.

"We need to talk," tegas Danial sekali lagi.

Tanpa sebarang bicara, Ivan berjalan lemah dan duduk di kerusi tadi. Danial menyusul kemudian. Ivan menjeling dengan hujung mata, "Apa yang kau nak tahu sangat?"

"Dina dah ingat ke semuanya?" Soalan berbalas soalan. Ivan menggeleng cuma.

Danial berkerut kening, "Dah tu? Macam mana dia tetiba boleh pregnant?"

Ivan melepaskan nafas kurang senang. Tidak tahu bagaimana untuk menceritakan apa yang berlaku pada malam itu. Telinga sudah panas, segan untuk ceritakan hal itu.

"Kau jangan bayang benda bukan-bukan," usik Danial menyedari rakannya yang sedang menahan malu.

Perut Danial disiku kuat menyebabkan kawannya itu mengadu sakit. Tawa mereka sama-sama terburai, mengurangkan sedikit rasa tegang yang dirasai sejak tadi.

"Aku ajak dia berjumpa dekat hotel after meeting hari tu, dia datang." Ivan mulakan penceritaan.

Bermula daripada kejadian selepas mereka makan, di mana dia disajikan dengan kuah kacang panas. Membuka laluan untuk mereka sama-sama ke bilik kerana apa yang dia ingin katakan tidak terluah.

Kemunculan jus limau yang entah tercampur apa telah melonjakkan nafsu mereka lalu perkara itu berlaku. Mereka terlanjur, walaupun sebagai suami isteri. Senang kata, malam pertama.

Selepas setahun lebih mereka tidak bertemu, ditakdirkan pula malam pertama mereka perlu berlaku dalam keadaan mereka di bawah pengaruh perkara yang bukan-bukan.

"Aku tak tahu mana datang lemonade tu," kata Ivan masih menyimpan curiga. Sebenarnya dia ingin tahu perkara itu. Ada orang upah untuk hantar jus itu atau tersilap hantar? Apa sebenarnya yang dicampurkan ke dalam jus itu?

"Kau sure, bukan kau yang order?" Soal Danial curiga. Takut juga kalau rakannya terlupa yang dia ada buat pesanan kerana kalut ada kuah kacang panas tertumpah ke atasnya.

"Nope."

"Aku rasa ada tambah pil perangsang." Danial mengeluarkan hujah. Setakat apa yang diceritakan Ivan, itu yang dia terfikir.

"Tapi, kenapa?" Soal Danial lebih kepada diri sendiri. Nampaknya dia perlu menyiasat perkara ini. Boleh membawa mudarat sekiranya perempuan yang berada dengan Ivan hari itu bukan Hayra, tetapi orang lain.

"Ada lagi benda yang aku tak tahu?" Soalan itu mendapat anggukan daripada Ivan. Danial melayangkan buku lima di hadapan lelaki itu membawa tawa kecil lelaki itu.

"Jap," kata Ivan apabila bunyi deringan telefon kedengaran. Bunyi itu agak asing untuknya, mungkin telefon Hayra yang tidak pernah berbunyi ketika mereka tinggal bersama untuk beberapa hari ini.

Telefon leper itu ditarik keluar lalu skrin yang menyala diperhati.

'Papa'

Encik Iskandar sedang menelefonnya. Mustahil untuk lelaki itu sudah sampai ke Malaysia kerana baru 45 minit berlalu. Perjalanan daripada Manhattan ke Malaysia pula mengambil masa lebih kurang 20 jam.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora