27.

1K 45 4
                                    

"Medina, I tak izinkan you kahwin dengan Aniq." Ivan mengambil kotnya lalu berlalu keluar dari ruangan kafe itu.

Hayra yang berada dalam mod terkejut, terkebil-kebil seketika sebelum mencapai beg sandangnya lalu terus mengejar Ivan sehingga ke lif berhampiran. Air kegemarannya tidak lagi diendah.

"Kenapa I tak boleh kahwin dengan dia?" Soal Hayra polos sebaik berheni di sebelah lelaki itu. Hakikatnya, dia tidak faham. Mengapa dia perlukan keizinan Ivan sedangkan dia masih ragu-ragu dengan kehadiran lelaki itu sebagai suaminya tanpa sebarang bukti.

"Well, memang tak boleh, sayang," kata Ivan dengan senyuman kecilnya sambil mencuit hidung gadis itu.

Hayra terkejut dengan layanan itu serta perkataan 'sayang' yang meniti di bibir lelaki itu. Memekarkan bunga-bunga cinta, namun cepat saja ditepis. Wajah Hayra terus bertukar monyok dan cemberut.

"Kenapa I tak boleh kahwin dengan Aniq?" Soalnya masih mengulangi soalannya awal tadi. Ivan tidak menjawab dan kekal diam apabila bunyi berdenting kedengaran tanda lif sudah sampai. Tanpa berlengah, Hayra ikut langkah Ivan ke dalam.

Apabila hanya mereka berdua yang keluar di tingkat bawah tanah, Hayra terus menarik lengan Ivan dan memerhatikannya penuh tanda tanya.

Seakan memahami, Ivan terus menjawab, "Well, dalam Islam tak kata pun perempuan boleh kahwin lebih dari satu?"

Hayra terdiam, tetapi pantas dia mencantas, "I tak kahwin lagi."

"Then who am I? I suami you, sayang."

"I don't have those memories," kata Hayra perlahan, masih mencantas kesahihan cerita Ivan. Dia bukan tidak mahu percaya, tetapi dia tidak boleh mengambil endah perkara ini jikalau tiada bukti. Bagaimana kalau dia hanya mereka cerita saja?

"Sayang."

Panggilan Ivan tidak diendahkan lalu dia meneruskan kata-katanya, "Okay, let say otak I memang corrupted and I tak ingat apa-apa pasal perkahwinan ni. Mana bukti? You tak pernah langsung tunjuk bukti. Macam mana I nak percaya you bulat-bulat?"

Kali ini, dia tekad untuk melihat kesungguhan Ivan dalam menegaskan kebenaran dalam ceritanya. Melihatkan lelaki itu diam menunduk, mendorong Hayra untuk berfikiran bahawa lelaki itu sudah mengalah.

"Mengaku kalau selama ni you menipu I." Entah kenapa mata Hayra sudah berkaca. Memang dia lega jika penipuan itu akan menjauhkan masalah Ivan daripadanya. Namun jauh di sudut hati, dia harapkan Ivan tunjukkan bukti dan dia hampa kerana tiada respon.

Ivan mengangkat muka memandang redup mata bundar Hayra yang berkaca, "Sayang, I tak menipu."

Tangannya naik menyeka air mata yang mula mengalir di pipi Hayra. Wajahnya kesal dengan tindakan untuk berdiam diri tadi. Dia mahu tunjukkan bukti dengan satu cara, tetapi dia terpaksa diam kerana takut Hayra tidak akan bersetuju.

Hayra menyentuh perlahan pipi lelaki itu. Suara lembutnya menyoal perlahan, "Kalau you tak tipu I, mana bukti?"

Ivan mencapai tangan isterinya yang melekap di pipi kanannya lalu mencium buku lima tangan mulus itu. Matanya tertancap pada cincin yang tersarung pada jemari comel itu.

"You sayangkan Aniq?" Soalan itu diterima dengan anggukan daripada Hayra.

"You cintakan dia?" Soalan cepumas itu menyebabkan Hayra terdiam sebentar. Benar dia sayang akan Aniq, tetapi belum masuk ke peringkat cinta lagi.

"Sabtu ni you nak bertunang dengan Aniq, tapi cincin ni. Kenapa tak tanggalkan?" Makin sesak dadanya apabila soalan itu pula yang ditanya. Memang dia cuba untuk tanggalkan, tetapi dia tidak mampu. Dia tidak akan mampu.

Buku limanya dicium berkali-kali oleh Ivan apabila melihat dirinya hanya diam dan termangu sendirian.

"Sayang?" Sapaan Ivan hanya dibalas melalui matanya. Mata ambar itu merenungnya redup dan dalam.

"Don't you love me? Even sebesar zarah?" Soal Ivan dengan suara yang menggeletar. Lambat-laun, matanya jelas berkaca kerana tersinggung dengan respon Hayra yang hanya diam memandangnya.

Pantas tangan Hayra yang masih bebas melekap di pipi kiri lelaki itu pula. Ibu jarinya menggosok perlahan pipi cengkung itu sambil mengemam bibir, menahan diri daripada menangis.

"Kalaulah you dengar macam mana jantung I berdegup setiap kali dekat dengan you, you takkan tanya soalan ni," luah Hayra ikhlas membuahkan senyuman di wajah Ivan. Air matanya terus dihapus dengan mengelipkan mata beberapa kali.

"Tolong percaya pada I," rayu Ivan perlahan, masih dengan suara yang bergetar. Hayra kembali menunduk dan berdiam diri, tidak tahu apa yang harus dikatakan.

"Kalau you nak bukti, I ada satu cara saja." Hayra mengangkat wajah, bertentang mata dengan pemilik mata ambar itu. Wajahnya jelas menunggu jawapan daripada Ivan.

"You setuju kalau kena tinggal satu rumah dengan I?"

"What?" Hanya itu yang terluah dari mulut Hayra. Dia tidak faham motif soalan itu ditanya. Dia tidak faham apa kaitannya dengan bukti yang diminta.

"Tinggal serumah dengan I, boleh?"

"Kenapa you tanya macam ni?" Soal Hayra kembali, masih tidak faham dengan motif soalan itu.

"Kalau you perlukan bukti, dengan cara ni mungkin you boleh dapat," kata Ivan tidak berdalih lagi. Hayra masih mengerutkan dahi, tidak faham perkaitannya.

"I tak faham, sejauh mana benda ni boleh tolong I dapatkan bukti."

"You masih ingat first time you jumpa I?" Soalan itu dibalas dengan anggukan. Otak sedang memproses pula apa perkaitannya sekarang.

"I am sure something troubled your mind bila I cakap I suami you," kata Ivan bersungguh-sungguh. Sekali lagi, Hayra sekadar mengangguk.

"Apa yang buatkan you pengsan?" Apabila aksi itu diungkit, perkara pertama yang terlintas ialah wajah seorang lelaki yang samar-samar kelihatan.

Pada hari dia bertemu Ivan buat kali pertama, berkali-kali imej itu menjengah membuatkan dia diserang sakit kepala yang teruk. Akhirnya dia pengsan kerana terkejut apabila nampak dengan jelas wajah Ivan yang lengkap berbaju Melayu warna turquoise beserta songkok dan sampin, segak seperti pengantin.

Jauh daripada realitinya ketika itu, dia memakai kot biru gelap menampilkan karisma usahawan berjaya.

"Medina?" Sapa Ivan perlahan apabila wajah Hayra yang berkerut. Tangannya yang melekap di pipi kiri Ivan ditarik perlahan lalu diurut pelipisnya perlahan.

"Medina?" Sekali lagi Ivan menyapa, namun gadis itu tidak memberikan respon. Malah, wajahnya makin berkerut-kerut. Tangan kanannya yang menggenggam tangan Ivan semakin kejap.

"Hanz Hayra Medina!" Ivan menyapa kuat sambil menggoncang sedikit bahu gadis itu menyebabkan Hayra terkejut dan memandang Ivan sejenak.

"Are you okay?" Hayra sekadar mengangguk. Otaknya masih ligat memikirkan imej itu.

Tanpa memutuskan harapannya untuk mendapatkan jawapan, Ivan kembali menyoal perkara yang sama, "Apa yang buat you pengsan haritu, sayang?"

Hayra mengemam bibir. Berkira-kira jika hendak berkata jujur atau tidak. Akhirnya dia memutuskan untuk memberitahu sahaja, "I saw you. Jauh berbeza dengan apa yang I nampak depan mata I waktu tu."

"Meaning?"

Belum sempat Hayra menerangkan dengan lebih lanjut, telefon Ivan berbunyi nyaring menandakan ada panggilan yang masuk. Dia melihat sejenak telefonnya lalu terus mengangkat panggilan apabila skrin tertera nama Danial.

"Sorry, sayang. But, I got to go," kata Ivan setelah panggilan tamat. "You datang naik apa? Nak I hantar?"

Hayra menggeleng dan menunjukkan keretanya yang berada tidak jauh dari ruangan lif. Ivan tersenyum lega lalu meminta diri untuk pulang.

"Be safe," kata Ivan sambil mencium dahi Hayra seketika.

"Selalunya I akan kiss you macam ni sebelum I keluar dan you akan kiss pipi I bila I balik." Ivan bersuara sayu mengimbas kembali perihal tahun lepas, ketika mereka masih hidup bersama.

Ivan memeriksa jam tangannya sejenak, "Kita jumpa lagi malam ni, pukul 9 nanti."

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now