45.

1.2K 43 0
                                    

"Hayra, kau tahu tak pasal Megat Jai?" Soal Elina kalut. Hayra melihat gadis itu atas bawah. Penuh tangannya dengan fail yang entah apa-apa.

Sejak dia bertukar posisi menjadi penolong pengarah iklan, makin sibuk jadinya. Semua kerja serba tidak kena sinonim dengan Elina yang memang seorang gadis yang kelam-kabut.

Contohnya, sekarang.

"Aduh." Elina mengadu apabila fail yang bertingkat di tangannya tadi sudah jatuh mencium lantai. Dia menunduk mencapai fail itu lalu mengutip kertas-kertas yang bertaburan. Hayra turut sama membantu meringankan beban rakannya itu.

"Soalan aku tadi, kau tak jawab pun. Kau tahu pasal Megat Jai?"

Sepi menjawab soalan Elina sekali lagi. Hayra buat-buat tidak dengar. Bukan dia tidak peduli tentang lelaki itu, cumanya dia rasakan seperti ada kaitan antara dia dan keputusan Megat Irman.

"Hayra!" Sapa gadis itu sambil menepuk lengannya kuat. Hayra menjeling gadis itu geram sambil tangan yang satu lagi naik menyapu lengannya yang pijar.

"Aku tahu," jawab Hayra perlahan.

Keputusan Megat Irman untuk berhenti kerja memutarkan pejabat itu 180 darjah. Kerjanya sebagai penolong lelaki itu semakin bertambah apabila dia dinaikkan pangkat dan kedudukan asalnya masih kosong.

Seusai Elina dinaikkan pangkat, tempatnya turut diminta untuk Hayra penuhkan. Sudah cukup seminggu dia menjadi penyambut tetamu sambil-sambil menyelesaikan kerjanya. Tiga dalam satu.

"Kenapa dia resign kerja eh?" Elina menyoal, lebih kepada diri sendiri. Jadi, Hayra tidak fokus. Dia ada terfikir juga untuk bertanya kepada Megat Irman sendiri tetapi, dia abaikan saja. Tidak manis pula dia berhubungan dengan lelaki itu lagi.

Selesai mengutip semua kertas dan membantu Elina untuk kembali berdiri dengan betul, dia meminta diri untuk kembali ke kerja. Sempat juga dititipkan pesanan supaya dia berjalan berlandaskan realiti, bukan memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan.

"Kau ni! Tak minat dengan Megat Jai pun, janganlah buat aku macam ni." Itu respon Elina apabila Hayra sengaja membidas gadis itu mengenai lamunannya tentang Megat Irman.

Hayra hanya ketawa dan kembali ke tempat kerjanya. Kepalanya yang terasa berdenyut diurut perlahan. Kalau dulu, dia akan jadi begini apabila bertemu Ivan, namun sekarang entah apa alasannya. Mungkin kerana tekanan kerja yang semakin bertambah.

Namun begitu, sudah enam hari dia hadapi masalah yang sama. Hari ini genap seminggu dia begini. Kepala yang berdenyut, sakit pada sendi dan otot, serta perut yang sentiasa memulas. Sejak dua hari lepas, tekak mula terasa perit dan mengeluarkan isinya apabila menelan apa-apa makanan.

Air mineral yang tersimpan di dalam rak bawah kaunter, dicapai. Penutup botol dibuka lalu air itu diteguk rakus. Baru dia sedar betapa dahaganya dia, mungkin kerana seharian tidak menjamah apa-apa.

Tekaknya yang terasa perit cuba diredakan dengan menelan air liur perlahan. Terasa payah, namun dia tidak mampu untuk menahan perit itu. Perutnya mula memulas bagaikan mahu memuntahkan isi.

"Azira, saya pergi toilet kejap," kata Hayra kepada gadis yang turut berada di kaunter pertanyaan itu. Mengharapkan jasa baik gadis itu untuk menggantikan tempatnya sementara dia pergi je tandas.

Sebaik sampai ke dalam tandas, dia terus berlalu masuk ke dalam salah satu kubikel lalu isi perutnya terus diluakkan. Terasa perit tekaknya bertambah-tambah apabila perutnya semakin banyak memuntahkan isinya yang kosong.

Keluhan kasar dilepaskan. Parah jika dia minum air pun muntah tidak henti begini. Telefon yang disimpan di dalam poket, dikeluarkan. Nombor seseorang dicari lalu didail.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now