Nota Perpisahan

1.9K 35 7
                                    

e n d : 03 September 2019

Pertama sekali, aku ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membaca dari bab pertama sehingga bab yang terakhir. Tanpa anda, kisah ini tidak mampu dihidupkan dengan betul.

Seterusnya, aku ingin memohon maaf sekiranya cerita ini tidak menepati cita rasa pambaca. Atau mungkin ada pembaca yang tidak suka akan pengakhirannya.

Di sini aku mahu tegaskan mengapa aku biarkan pengakhiran yang sebegitu.

Cerita ini tamat di situ kerana aku ingin anda fikir sendiri apa kemungkinan besar yang mungkin berlaku pada watak utama. Aku seseorang yang sangat suka akan plot twist, jadi aku tambahkan pelbagai jenis konflik yang aku boleh tambah dan ciptakan sesuatu idea di luar jangkaan pembaca.

Kalau semuanya berlaku mengikut kehendak pembaca, itu sekadar cerita fantasi. Realitinya lain.

Kalau ikutkan plot asal, ceritanya masih panjang. Oleh kerana di awal cerita ada beberapa kandungan yang sudah lari, aku terpaksa habiskan dengan cara ini.

Plot yang sebenar-benarnya akan disajikam sekiranya aku berjaya menyediakan satu manuskrip lengkap dan ada publisher yang sudi menerbitkannya.

Ada sedikit plot twist di awalnya untuk menunjukkan kepentingan watak Megat Irman Huzairi di dalam cerita ini. Lebih banyak babak yang akan disertakan khas untuk watak itu, selain watak Aniq dan Ivan yang terlalu diserlahkan.

Di sinopsis, aku ada tulis; "Ada yang tersingkir, ada yang menjauh dan ada yang berjaya."

Di awal cerita, tersingkir itu Aniq, menjauh itu Irman dan berjaya itu Ivan.

Apabila plot twist berlaku, tersingkir itu Ivan, menjauh itu Aniq dan beejaya itu Irman.

Sekiranya anda tertanya-tanya, kenapa bukan Aniq yang mengahwini Hayra. Ingat lagi pada janji ibu dan ayah Hayra kepada ibu Aniq? Itu sebabnya.

Maka dengan ini, Percaturan Paling Sempurna akan menutupkan tirai kisahnya.

S E L A M A T T I N G G A L !

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now