25.

1K 49 7
                                    

Sudah genap lima hari dia melakukan solat istikharah. Dia telah mimpikan perkara yang sama juga selama empat hari ini. Mimpi yang agak mengelirukan.

Lima hari dia tetapkan niat yang sama. Hari pertama; dia mahu tahu siapa jodohnya. Hari kedua; dia kuatkan niat itu bersama tangisan taubat. Hari ketiga; dia meminta petunjuk untuk menunjukkan siapa lelaki yang sepatutnya jadi peneman hidupnya. Hari keempat; dia meminta petunjuk yang sebenar-benarnya dia perlu pilih.

Dan hari ini, hari kelima; dia masih dengan linangan air mata di atas sejadah, menadah tangan memohon petunjuk yang Esa.

Selesai solat istikharah, dia melipat semula kain sembahyang dan sejadah dan meletakkannya semula di tempat yang sepatutnya. Kaki melangkah ke arah tandas untuk membersihkan wajah, kemudian ke arah katil lalu meletakkan punggungnya di situ.

Dia bertukar kepada posisi baring, menghadap ke siling. Mata tidak mahu terkatup kerana takut mimpi yang sama akan datang lagi. Walau betapa bersungguh pun dia lakukan solat istikharah, mimpi yang sama menjengah. Membuatkan dia keliru dengan petunjuk-Nya.

Mimpi di mana, dia tersenyum bahagia bersama Ivan. Namun, hanya untuk beberapa ketika sebelum bayangan Aniq menggantikan tempat Ivan. Apa sebenarnya petunjuk yang dia dapat?

Dengan hati yang berkecamuk dan sungguh-sungguh mengharapkan mimpi yang lain menjadi petunjuk, akhirnya Hayra terlelap.

- - -

Mimpi yang sama telah menjadi penemannya di malam hari. Buntu dengan petunjuk yang diberikan, dia duduk termangu di atas katil. Apa yang Allah cuba untuk tunjuk? Semuanya tidak terperinci dan sangat mengelirukan.

Sekian lama duduk termenung seorang diri, dia kembali juga ke alam realiti apabila telefon miliknya berbunyi menandakan panggilan masuk. Nama sepupunya tertera di situ.

"Jom lunch sekali." Angkat saja panggilan itu, tiada mukadimah, tiada sebarang salam, terus diajak Hayra makan tengah hari.

Hayra melihat skrin telefonnya sepintas. Apabila disapa begitu, risau kalau kalau dia sudah tertidur sehingga ke tengah hari. Setelah pasti jam baru hendak menginjak ke pukul 11 pagi, baru dia menghela nafas. Namun tidak lega kerana itu sudah dikira lambat.

"Bukan kita memang lunch sekali ka?" Soalan sarkastik dijawab oleh Hayra. Fikiran yang buntu dan hati yang bercelaru ditepis dengan cara begini. Tak mahu juga Aniq perasan akan kekusutan itu.

Suara Aniq yang mengeluh malas kedengaran sebentar sebelum bunyi kuat kulit bersentuhan kedengaran. Maknanya sepupunya itu sedang menepuk dahi.

"Maksud saya, jom la lunch dekat luar," kata Aniq dengan suara manja dan meleret. Hayra tergelak halus. Lupa sebentar akan masalah yang membelengu jiwanya. Mungkin dia perlu ambil masa untuk tenangkan fikiran bersama Aniq sebelum kembali fokus pada mimpinya yang menunjukkan petunjuk yang samar-samar.

"Ye, boleh."

"Yeayyy. Love you!" Aniq membalas lalu meletakkan terus panggilan itu.

Hayra tersenyum cuma. Semakin lama, semakin banyak kata-kata cinta seperti itu meniti di bibir Aniq.

Kalau dulu, mungkin Hayra akan balas dengan suara yang sengaja dileretkan. Kalau dulu, itu sekadar mainan mulut di antara mereka, bolehlah dia balas suka-suka.

Namun sekarang, mereka mempunyai hubungan lain. Mereka ada kurang daripada seminggu untuk menyediakan diri sementara tarikh keramat untuk mengikat tali pertunangan antara mereka tiba.

Mengingatkan perkara itu, makin dia buntu dengan keputusannya. Betulkah apa yang dia lakukan? Benarkah hatinya betul-betul mahukan Aniq?

Telefonnya berdering sekali lagi menandakan panggilan masuk lagi. Dia angkat panggilan tanpa berfikir dua kali.

"Hello."

"Adriyan?" sapa Hayra separuh berbisik. Sangkanya Aniq, namun meleset apabila suara garau itu menjentik gegendang telinga.

"Yes. You dah delete number I ke apa?" soal suara di hujung talian dengan tawa halus. Hayra terleka seketika.

Hilang bayangan Aniq, kini Ivan menjengah dalam kotak mindanya. Mata ambar yang menenangkan serta senyuman yang menenggelamkan pipi kirinya. Sungguh dia rindu akan wajah itu!

Melihatkan Hayra yang diam tidak membalas, Ivan terus menyambung, "You free tak petang ni? Jom lunch sekali."

"Hah?" Hayra buntu. Antara Aniq dan Ivan, kenapa kedua-duanya telefon pada waktu yang sama dan tanyakan perkara yang sama?

"Em, kita lepak Starbucks petang ni boleh?"

"Why not lunch je terus? I know you craving, lepas lunch I belanja satu okay?" Ivan membuat perundingan supaya ajakannya tidak ditolak. Dia tahu Hayra cuba tolak sengan cara halus. Walau perempuan tidak tertarik dengan lelaki sekalipun, takkanlah makanan tak mahu?

"Aniq ajak I lunch harini, so tak boleh." Antara makanan dan Aniq, Hayra lebih memilih sepupunya jadi dia bertindak dengan jujur menyatakan perkara yang sebetulnya.

Kalau Ivan mahu mengujinya dengan makanan, dia juga mahu menguji lelaki itu dengan Aniq. Sayang seribu kali sayang, Ivan gagal mengalihkan perhatiannya daripada Aniq.

"Okay then, tak jumpa terus pun takpe." Hayra berjaya apabila Ivan gagal menyembunyikan rasa cemburunya terhadap Aniq.

"Pukul 5, Starbucks Sunway Piramid," kata Hayra tanpa mengendahkan ayat pasrah daripada Ivan. Kalau dilayan, makin mengada.

Lama Ivan diam sebelum menjawab sepatah, "Deal."

Hayra mematikan panggilan. Niat di hati sebenarnya mahu menghabiskan masa bersama Aniq hari ini sebelum dia bertolak ke Manhattan untuk menghadiri majlis graduasinya. Hayra menentang sekeras-kerasnya dengan alasan tidak mahu berada bersama bakal tunang kerana majlis pertunangan adalah dua hari selepas kepulangannya ke Malaysia.

Namun, apabila mengingatkan mimpinya yang sangat aneh, dia rasakam Ivan ialah orang yang terbaik untuk dia luahkan perkara ini. Mungkin dia boleh jelaskan mimpi itu sekiranya Hayra ceritakan semuanya.

Hayra mengeluh perlahan sebelum bangun dari katil. Namun, terduduk semula apabila dua mesej masuk serentak.

Adriyan
love you ")

Aniq
I love you, sayang!

"Hashtag Dina stress."

- - -

awkward gila writing kalini😅

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now