15.

1.2K 51 0
                                    

"Danial, aku nak number Medina."

Danial memandang rakannya pelik. Sebaik masuk dalam lif, Ivan terus mengeluarkan arahannya tanpa sebarang mukadimah.

"Aku mana ada" kata Danial tidak puas hati. Ada suatu ketika dulu dia simpan nombor telefon Medina, tapi dipaksa untuk padam kerana Ivan cemburu. Sekarang biar lelaki itu menyesal tak sudah kerana perbuatannya itu.

Ivan mengangkat bahunya lalu bersuara, "aku tak kisah. aku nak number dia."

Danial tahan diri daripada mengetuk kepala bos besarnya supaya otaknya kembali berfungsi dengan baik. Entah apa yang merasuk Ivan semenjak dua menjak ini. Semua yang berkaitan Medina, ada saja yang nak didegilkan.

"Mintak dengan Irman lah, halamak kau ni."

Muka penat Ivan serta-merta menjadi segar lalu dia memeluk erat Danial yang mengeluarkan idea yang sangat bernas. Danial terkaku dan terkebil-kebil berdiri statik di situ.

Tepat ketika itu, pintu lif terbuka dan orang di luar turut terkejut melihat keadaan dua orang lelaki itu.

"Ew, kunyit."

Automatik pelukan Ivan terlepas apabila suara lembut itu menyapa telinganya. Suara yang sangat familiar pada telinganya.

Kedua mereka mengorak langkah untuk keluar apabila pintu lif hampir tertutup.

"Hey, Medina." Senyuman janggal bersama lambaian kecil dihadiahkan untuk gadis yang memandangnya serong. Kepala yang senget dan kening yang terangkat sebelah. Comel!

"Abang bukan kunyit, dia ni yang kunyit" kata Danial dengan muka yang menjijikkan.

Kot yang tersarung elok di badan terus ditanggalkan dan dibaling ke arah Ivan. Mata diisyaratkan kepada kotnya dan mulutnya menggumam perkataan 'basuh'.

Ivan membaling semula kot itu tepat ke muka Danial dan membidas geram, "pergi mati dengan kot kau!"

Danial menjeling geram dan terus melangkah ke ruang lobi dan menghilang dalam kepekatan malam di luar. Ivan yang berjanji untuk menemani Danial mengambil barang dalam keretanya, tidak mengikut. Sebaliknya, dia menekan punat lif untuk naik ke atas.

"You still tak nak dengar pasal Ilya ke?"

Diam. Tidak mengangguk, tidak juga menggeleng.

"Dia tu sebenarnya--"

Hayra terus melangkah ke dalam lif yang kebetulan terbuka dan bersandar pada dinding lif itu. Dia memandang Ivan lalu menjongketkan keningnya apabila lelaki itu masih statik di luar. Ivan yang tersedar dari mod terkejutnya turut melangkah masuk ke dalam.

"I nak number you, boleh?" Tanpa segan-silu, Ivan terus meminta nombor gadis itu pada empunya diri. Tak perlu susah-susah sangat kalau Hayra bersetuju untuk memberikan nombornya sendiri.

Hayra masih seperti tadi, diam tidak berkutik. Sekali-sekala kepalanya mendongak memerhati nombor yang tertera pada skrin untuk memastikan jarak ke tingkat lima.

"Kenapa you marah sangat dengan I ni?" Seiring dengan soalan itu, pintu lif terbuka luas. Hayra memandang Ivan sejenak sebelum keluar dari lif itu tanpa sebarang kata.

"Medina, please." Tangan Hayra yang sibuk selongkar beg sandangnya dipegang. Dengan kekuatan perempuannya, Hayra merentap tangannya kembali dan mengimbas kad membuka pintu biliknya.

Dia berpaling menghadap Ivan dan melepaskan nafas berat. Matanya tepat menikam mata ambar milik Ivan dengan pandangan kecewa.

Tangannya dilekapkan pada pipi Ivan, dan berbisik perlahan, "I tak suka Ilya pegang tangan you."

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now