30.

1.1K 38 2
                                    

Selepas menyesali segala perbuatan sumbangnya semalam, Hayra tertidur di biliknya. Paginya pula, dia mengambil beg sandang serta beg pakaiannya dan turun ke bawah. Tangan lincah menaip di skrin telefon bertanyakan keberadaan rumah Ivan.

"Dina?" Hayra menoleh ke belakang apabila satu suara menegur. Aniq yang sedang berdiri di muka pintu biliknya sambil tangan bersilang ke dada kelihatan. Melihat muka Hayra yang seakan menunggu respon, Aniq terus mulakan bicara, "Semalam awak pergi mana?"

Soalan itu hampir membuatkan Hayra membulatkan matanya, namun ditahan. Air liur hampir tersedak, tetapi dia cepat-cepat berdehem menghilangkan gusar. Setiap apa yang berlaku malam semalam menjentik kotak minda.

"Em, saya pergi makan dengan kawan," jawabnya sambil jari menggosok dan menggaru kening perlahan. Cara untuk melarikan diri daripada bertentang mata.

"Siapa kawan awak?" Makin gusar hati Hayra. Hendak menipu, dia tidak pula terfikirkan nama sesiapa.

"Bos saya, just for you to know," jawab Hayra tenang kali ini. Itu satu kebenaran. Syed Ivan Adriyan ialah bos besarnya. Juga rakannya. Tetapi masihkah rakan setelah apa yang berlaku malam semalam? Teringatkan fenomena itu, dia rasa hendak menangis semula.

"Awak patut bagitahu saya dengan siapa awak keluar. Kenapa tak bagitahu awak keluar dengan bos je? Kenapa cakap kawan?" Suara Aniq yang sudah meninggi terus-menerus mengasak dengan soalan. Kembalikan Hayra ke realiti daripada terus dihantui kejadian hitam semalam.

"Dah dia memang kawan saya! Kenapa saya kena bagitahu awak pulak!?" Suara Hayra sudah naik seoktaf. Pantang betul ada orang meninggi suara ketika berbincang. Perbincangan sepatutnya berlangsung dengan penuh lembut dan sabar.

"Saya bakal suami awak!" Tempelak Aniq. Hayra terdiam, tidak tahu hendak menjawab apa. Cerita semalam kembali menjengah fikiran. Apa reaksi Aniq sekiranya dia tahu tentang bakal isterinya yang sudah hilang kesucian?

"Bakal imam tak sepatutnya tinggi suara dengan perempuan," gumam Hayra perlahan, seakan mengejek. Aniq menguak rambutnya ke belakang, kasar. Mirip dengan apa yang Ivan buat semalam. Huh, Ivan lagi.

"Dah, saya malas nak bertengkar. Semalam saya bagitahu jugak kan mana saya pergi?" Soal Hayra perlahan. Suaranya sudah dilembutkan, tidak mahu perbualan ini berpanjangan sehingga berlaku pertengkaran. Dia takut jika isu semalam terbangkit pula.

Aniq menghela nafas. Memang Hayra ada beritahu ke mana dia pergi, tetapi itu setelah Aniq membalas mesej gadis itu yang mengatakan dia sudah keluar. Perlu ditanya, baru diberitahu. Balik pula sekitar pukul 11 malam, masakan dia tidak risau?

Hayra meletakkan beg pakaiannya di kaki tangga lalu mendekati Aniq di muka pintu biliknya. Aniq sempat melirik ke arah beg itu tetapi tidak menyoal apa-apa.

Tangan Hayra membetulkan kolar baju sepupunya yang tidak terurus. Bajunya dibutangkan sehingga ke atas. Matanya tekun pada baju sambil mulutnya berbicara, "Bagi saya masa nak bertenang dan cuba terima semua ni."

Aniq menghela nafas kasar, masih diamkan diri. Hayra mencapai tali leher yang tersangkut di tombol pintu lalu mula ikatkannya di kolar leher Aniq. Sewaktu tangan lincah mengikat, dia menyoal pula, "Flight awak pukul berapa?"

"Saya ingat awak lupa pasal tu," kata Aniq spontan. Nadanya seperti kecil hati. Hayra tayangkan senyuman kecil, tetapi mata masih fokus pada tali leher, "Mana saya boleh lupa pasal sepupu saya seorang ni, hm?"

"Bakal tunang, Dina." Lembut tutur kata Aniq membuatkan mata Hayra naik memandang wajah yang sedang tersenyum penuh makna.

"Bukan abang, bukan sepupu, tetapi bakal tunang. Or should I say, bakal suami," kata Aniq masih mengekalkan riak wajah itu.

Terasa darah menyerbu ke muka, Hayra alihkan matanya kembali fokus kepada tali leher warna emas itu. Hatinya penuh penyesalan atas apa yang telah berlaku semalam. Matanya bergenang, namun cepat-cepat dikelipkan mata agar hilang.

Menyedari gadis itu malu dengan bicaranya, Aniq segera mengubah topik, "Flight saya pukul 2 nanti, kita lunch sekali nak?"

Hayra diam pada soalan itu. Matanya melirik ke dalam bilik Aniq yang kemas, mencari jam dinding lalu mengangguk.

Pukul 12.

Tidak salah jika dia meluangkan dua jam bersama lelaki itu. Encik Iskandar dan Puan Hanie akan ke Manhattan dari Kelantan terus memandangkan mereka sibuk sehingga ke pagi ini.

Selepas itu mereka keluar bersama dengan menaiki kereta milik Hayra. Perjalanan selama sejam itu ditemani sunyi. Sesekali tangan Aniq naik memegang tangan Hayra dan diletakkan di atas pehanya.

Selesai memarkirkan kereta, mereka menjamu selera di sebuah restoran ayam goreng terkenal, Kentucky Fried Chicken (KFC) bagi memenuhkan perut di waktu tengahari.

Tidak lama kemudian, panggilan akhir untuk pesawat ke Manhattan pun kedengaran. Aniq nampak gelisah, "Kenapa awak tak ikut?"

"Sebab kita bakal bertunang dan saya tak nak kita keluar sama-sama." Jawapan yang sudah diulang beribu-ribu kali diulang sekali lagi dengan harapan lelaki itu tidak persoalkan lagi. Aniq mengangguk.

"Awak bawak beg lain tadi, nak pergi mana?"

Hayra tersentak. Lambat-lambat dia menjawab, "Saya tinggal rumah kawan saya selama awak, ibu dan ayah stay Manhattan."

"Awak tak bagitahu saya pun?" Soal Aniq dengan nada kecil hati. Hayra menggigit bibir, dilema dalam situasi begini.

"Saya dah bagitahu ibu dengan ayah." Itu terpacul keluar dari mulut Hayra. Rasanya jawapan ini lebih selamat. Aniq nampak terdiam.

"Flight awak," kata Hayra sambil menunjukkan skrin besar yang memaparkan senarai pesawat yang akan berlepas tidak lama lagi. Aniq memandang skrin itu sejenak sebelum berpaling ke arah Hayra semula.

Lama merenung, Aniq bertindak pantas menarik Hayra ke dalam pelukannya. Dagunya diletakkan di atas bahu gadis itu menunjukkan rasa susah hatinya untuk meregang. Hayra memejamkan mata. Apa yang berlaku semalam sikit-sikit mula menghantuinya.

Masih berada dalam posisi begitu, Aniq berucap penuh syahdu, "I will definitely miss you, my future wife."

Bergetar seluruh tubuh Hayra apabila statusnya kembali diungkit. Bakal isterinya. Bakal isterinya, iaitu seorang gadis yang telah mentaruhkan dara pada lelaki lain.

Pelukan dilepaskan. Mata bertentang mata, tangan Hayra diambil lalu dikucup buku limanya, "Take care."

Sungguh mengingatkan dia pada Ivan.

"Saya pergi dulu, sayang." Dengan itu, Aniq terus berlalu ke arah laluan ke pesawat. Sempat dia melambai kecil ketika pihak kastam membuat pemeriksaan. Selepas itu, bayangannya hilang di sebalik dinding kaca.

Serentak itu, telefonnya berbunyi.

Adriyan
manual of map to Medina's palace.

------

happy eid mubarak bersama
chapter 30; Percaturan Paling Sempurna.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now