3.

1.9K 60 11
                                    

Hari Sabtu yang sangat indah memancarkan cahaya matahari samar-samar ke dalam ruang tamu itu.

Mata Aniq terbuka luas apabila telefonnya mengeluarkan bunyi yang kurang menyelesakan. Memang sesuai sangat menjadi pendering untuk menganggu tidur orang.

Badannya diregang sedikit menyebabkan bunyi tulang patah kedengaran. Sakit betul pinggangnya akibat duduk terlalu lama semalam. Bermula awal pagi semalam di Manhattan, duduk dalam pesawat 13 jam lalu duduk dalam teksi menuju ke ofis si Hayra. Sambung pula perjalanan dari situ ke masjid berdekatan dan kedai makan, akhirnya balik rumah.  Baring bergolek atas katil puas-puas petang semalam pun tidak mampu hilangkan sakit pinggangnya.

Hayra yang lena tidur di sofa bertentangan dipandang keliru. Aniq tak sedar pula mereka berdua tertidur di atas sofa ruang tamu sambil-sambil berbual semalam. Malas-malas dia bangun dari duduk dan menuju ke tandas berdekatan.

Sekembalinya dia dari tandas selepas menggosok gigi, dia mengejutkan Hayra dan menghalaunya yang masih mamai untuk membersihkan dirinya secepat mungkin. Nanti lambat pula mereka nak keluar meronda.

"Hey, Erfan tak mandi lagi ke?" Puan Hanie menegur perlahan apabila Aniq mengeliat kecil di laman gazebo yang memaparkan pemandangan langit pagi yang cantik. Angin sejuk yang menyapa kulitnya membuat tubuhnya sedikit menggigil.

"Kejap lagi, ibu. Erfan tengah fikir nak buat apa hari ni."

"Hm, kalau pagi-pagi macam ni, pergi lah jalan-jalan dekat padang sana tu. Dah ada trek jogging dah pun sekarang" cadang Puan Hanie. Aniq yang merasa idea itu bernas terus saja bersetuju.

"Ibu bersiap lawa-lawa ni nak pergi mana?"

"Eh kamu tak tahu ke? Ayah dengan ibu bertolak Kelantan hari ni."

"Dina tak bagitahu pun. Pergi ni balik bila?"

"Selasa."

"Sayang, jom cepat. Nanti lambat pulak nak sampai." Encik Iskandar menegur isterinya.

Cepat-cepat juga Aniq bersalaman dengan kedua ibu bapa angkatnya lalu menghantar mereka sehingga ke kereta. Lambaian kecil diberikan sehingga kereta mereka hilang dari pandangan. Selepas itu, dia berlari masuk ke dalam untuk mandi pula.

:-$:-$:-$

Suasana pagi yang sejuk tambah dengan hujan yang menyimbah bumi tengah malam tadi menyebabkan udara sekeliling terasa sangat nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut kulit mereka.

Sedang elok berjalan sambil berbual, Hayra memulakan perangai gilanya dengan menolak Aniq keluar dari trek yang setinggi satu bata itu ke rumput. Aniq menunduk memandang tanah apabila ada benda melompat dari celah-celah rumput tadi.

Seekor anak katak sempat berubah posisi sebelum hampir terpijak oleh Aniq tadi. Dia mengangkat haiwan tersebut lalu ditunjukkan pada Hayra makhluk kecil yang comel itu. Dalam mindanya, dia fikir sepupunya akan suka.

"ANIQ!"

Aniq yang bengong dengan sapaan cuak si sepupu terkejut dan terus menapak ke hadapan. Anak katak masih dalam pegangannya. Sambil menghampiri Hayra yang semakin ke belakang, sambil dia bertanya, "kenapa dengan kau ni?"

Hayra tidak bersuara, sebaliknya mata tepat menikam tangannya yang menampung anak katak itu. Sekali-sekala mata melirik meminta simpati daripada Aniq.

"What's wrong duh?" soal Aniq bosan. Dia berdiri malas setelah lama kejar Hayra yang semakin ke belakang. Hayra turut berhenti bergerak.

"Buang benda tu jauh-jauh."

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now