20.

1.1K 41 7
                                    

"Will you be mine, Hanz Hayra Medina?"

Lemah lutut Hayra apabila disoal sebegitu rupa. Mukanya sudah merah menyala akibat menahan malu kerana diperhatikan berpuluh-puluh pasang mata.

Matanya laju menangkap sepasang mata yang tajam memerhati tangan lelaki yang sedang menyua bunga ros merah kepadanya. Mata itu kemudian beralih beradu di mata Hayra seketika. 

Mata ambar yang sentiasa menenangkan hatinya. Kini, memandangnya tanpa sedikit pun rasa tenang.

Ivan sedang berdiri di situ dengan pandangan penuh berharap. Harapan supaya Hayra tidak menerima lamaran lelaki di hadapannya itu.

Tak lama kemudian, dia dengar suara perempuan yang ketawa kuat sambil memaut erat lengan Ivan. Kepalanya dilentokkan di bahu lelaki itu sebelum bersuara, "nanti bila kita nak kahwin, you buat macam ni jugak eh, sayang?"

Hayra menjeling tajam Ivan yang langsung tak tepis tangan perempuan yang suka-suki memeluk lengannya. Hatinya sakit seperti ditikam oleh sebilah pisau yang tajam melihat adegan mesra itu. Dia sangat pasti akan perasaan hangatnya melihat mereka sebegitu. Ya, dia terlalu cemburu!

"Accept! Accept! Accept!" Suara-suara yang bergema di sekeliling dewan itu tidak diendahkan. Matanya masih terpaku kemas pada Ivan.

Dia berharap supaya lelaki itu masuk gelanggang dan beritahu setiap orang di situ bahawa dia sudah menjadi kepunyaannya. Tapi, sampai ke sudah tiada apa pun yang berlaku.

Mata Hayra yang mulai berkaca dialihkan ke arah lelaki di hadapannya.

Dia sudah tekad, kalau Ivan tidak mahu membantunya, kalau Ivan tidak mahu menegakkan kebenaran dan kalau Ivan tidak mahu bersuara pada saat genting begini, dia takkan percaya akan lelaki itu lagi.

Dia takkan sesekali berpaling pada lelaki itu semula walau macam mana sekalipun lelaki itu merayu kepadanya nanti.

Tangan kanannya yang bergetar hebat sudah mula bergerak perlahan-lahan mencapai tiga kuntum bunga ros merah yang lelaki di hadapannya hulur sejak tadi.

Hayra mengangguk perlahan setelah mengenggam erat bunga ros itu lalu bersuara perlahan, "I will, Aniq."

Aniq bangun dan melompat teruja. Mulutnya tak sudah-sudah mengucapkan kalimah syukur kerana rancangannya sejak sebelum dia balik ke tanah air sudah berjaya.

Impiannya untuk menjadikan Hayra sebagai suri hatinya telah menjadi nyata walaupun tidak sepenuhnya.

Hayra menjeling Ivan sejenak. Jelas wajah lelaki itu sangat kecewa. Mata ambar itu nampak bersinar dan terselit rasa sedih yang dalam di situ. Tangannya menolak kasar Ilya ke tepi dan berlalu pergi meninggalkan dewan itu.

Pandangan Hayra kembali dihalakan kepada sepupunya. Dia tahu keputusannya sangat melulu. Terlalu ikutkan emosi yang tidak stabil dan sangat melayan rasa hati yang lara.

"Aniq, aku rasa--"

Kedua pipi Hayra dipegang kejap membuatkan kata-katanya terhenti setakat itu. Bibir Aniq tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Dia melekatkan dahinya bersama dahi Hayra.

"Thank you so much, baby girl."

:-$:-$:-$

Adriyan
online

I nak jumpa you boleh?

please.

you dekat mana ni?

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now