43.

1.1K 46 0
                                    

"Boleh kita bercakap?"

Hayra memandang gerangan itu dengan riak wajah yang sedikit terkejut. Sudah lama dia tidak bertemu wajah cantik ini setelah pulang dari Johor. Apa pula dia buat di sini?

"Medina, kenal kan?" Suara Danial di sebelahnya menyentakkan dia daripada terus melayan lamunan. Hayra mengangguk sambil mata masih melekat pada wajah itu. Tersangat kenal untuk menyedari senyum palsu yang terukir di bibir itu.

"Kacau je lah abang ni, Nisha nak cakap dengan Dina lah ni," katanya bersahaja. Sedar akan Danial yang sudah sampai ke sini beberapa minit yang lepas, tidak mustahil untuk gadis ini turut berada di sini.

"Yelah." Danial mengalah lalu terus berlalu pergi ke arah Ivan yang melambai-lambai dari jauh. Meninggalkan ruang kepada Hayra dan adiknya bersendirian.

"Kau memang perampas sejak azali eh?" Gadis itu terus mulakan dengan soalan sebaik abangnya hilang dari pandangan. Hayra mengepal penumbuk, menyalurkan amarahnya ke situ. Kalau ingatannya tidak pulih, dia tidak akan ingat kejahatan di sebalik wajah cantik ini.

Gadis yang sangat dambakan lelaki yang bernama Syed Ivan Adriyan, merangkap suami Hayra. Terlalu banyak masalah yang dia cuba cetuskan di antara mereka suami isteri agar berpecah.

Tugas yang disandang makhluk Allah bernama Syaitan Dasim telah merasuk Danisha. Syaitan yang bertopengkan manusia, barangkali.

"Aku hampir kahwin dengan Adriyan bila kau muncul. Aunty dah janji nak kahwinkan aku dengan Adriyan dari kecik lagi."

Hayra ketawa pada kenyataan itu. Berulangkali dia dengar hal ini. Kebenaran tentang dia hampir berkahwin dengan suaminya sebelum kewujudannya. Kebenaran tentang janji ibu mertuanya.

Namun ada seperkara yang gadis ini sentiasa lupa, "Jangan ingat aku tak tahu yang aunty cakap dia takkan kahwinkan kau dengan Adriyan tanpa persetujuan Adriyan sendiri. Itu bukan berjanji."

Nampaknya Hayra berjaya mengeluarkan hujah yang paling bernas. Gadis itu terdiam, tangan mengepal penumbuk. Hayra sengaja mengukir satu senyuman sinis, biar makin berapi amarahnya.

"Kalau kau tak muncul, aku akan kahwin dengan dia!"

Hayra hanya diam menayang muka bosan. Itu saja yang diulangnya. Dia akan berkahwin kalau kewujudan Hayra tidak disedari Ivan. Apa yang hendak dia buat sekiranya Ivan memiilihnya?

"Kau jangan lupa aku ni sepupu dia," kata Danisha seolah-olah dia yang sepupu punya lebih kualiti untuk menjadi isteri Adriyan berbanding Hayra yang bukan sesiapa.

Hayra menggeleng perlahan, "Kenapa kalau kau sepupu dia pun?"

"Aku dah buat dia suka aku sejak kecik. Dia suka aku, Adriyan loves me!" Kata Danisha separa menjerit.

Hayra mendengus geram. Kalau bukan kerana kini dia berdiri di tengah-tengah lautan manusia yang hadir ke majlis ulang perkahwinannya, dia pasti sudah menampar Danisha. Mulutnya terlalu lancang untuk dibiarkan begitu saja.

"Suka dengan cinta tu benda yang berlainan. Aku tak sangkal kalau dia betul suka kau. Adriyan baik, dia tak akan benci sesiapa," kata Hayra perlahan, cuba menyuntik realiti kepada Danisha. Dia tidak mahu gadis itu harapkan sesuatu yang tidak akan berlaku.

"Yes! Dia suka aku, and aku mampu buat dia fall in love kalau kau tak muncul!"

"Danisha, please."

"Dia masih suka aku, kan? Aku akan pastikan kau tak akan bahagia dengan dia! Perampas macam kau tak--" Kata-kata Danisha terhenti di situ apabila tangan Hayra naik menampar pipi gadis itu.

"You're too much, Danisha," kata Hayra geram. Mata mencerlung tajam gadis yang sedang menahan malu apabila kebanyakan mata yang berada di situ sudah teralih ke arahnya.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now