22.

1.1K 49 6
                                    

"Hey, anak ibu."

Hayra yang baru saja selesai makan menoleh memandang ke belakang. Seorang wanita berumur 45 tahun namun nampak masih muda itu menegur sambil melambai-lambai ke arahnya.

"Ibu!" Hayra terus berlari ke arah ibunya yang baru sampai lalu dipeluknya erat. Encik Iskandar yang tersenyum-senyum di sebelah disalam pula.

"Ibu dengar cerita daripada Erfan" kata Puan Hanie sambil tersenyum mengusik. Hayra menunduk cuba menyembunyikan senyumannya yang makin pudar.

"Assalamualaikum ibu, ayah." Aniq yang baru sampai terus menyalam tangan ibu dan ayah saudaranya penuh teruja. Hayra mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Aik malu-malu pulak anak kita ni, bang" kata Puan Hanie mengusik anak daranya lagi. Aniq di sebelah mengekek ketawa tanpa henti. Suka juga tengok wajah memerah bakal isterinya itu.

"Ibu, nak ikut Dina masuk bilik?" soal Hayra sengaja tukar topik. Kalau boleh, dia mahu meluahkan segala rasa hatinya kepada Puan Hanie dan batalkan rancangan Aniq.

"Erfan ada meeting lah pulak. Ayah dengan ibu pergi bilik Erfan je eh" kata Aniq sambil menyeluk poket seluarnya untuk mengambil kad akses biliknya. Kedua ibu bapanya pula sekadar mengangguk-angguk.

"Dina masuk bilik dulu lah kalau macam tu."

:-$:-$:-$

"Dina okay tak ni?"

Hayra tersentak daripada lamunannya apabila ibunya menyentuh lengannya perlahan. Sambil membetulkan tudungnya dia menyoal, "kenapa ibu?"

"Ibu tanya, kamu okay ke?"

"Okay je, kenapa pulak tak okay?" soal Hayra sambil memberikan tawa palsu. Cuba mengawal riak wajahnya supaya dapat mengaburi pandangan ibunya.

Kedua bahunya dipegang kejap oleh Puan Hanie dan ditarik untuk sama-sama berhadapan. Dia menarik dan melepaskan nafas dalam sebelum bersuara, "Dina tak suka ke pasal Erfan ni?"


"Manade ibu" kata Hayra sambil menolak tangan ibunya lembut. Wajahnya dialihkan ke kanan untuk mengelak bertembung mata ibunya. Terlayar di mindanya wajah kecewa Ivan semalam.

"Kamu setuju ke kalau kahwin dengan Erfan?" soal Puan Hanie lembut. Perasaan anaknya juga turut dititikberatkan dalam hal perkahwinan ini.

"Ibu, Dina--"

"Sayang, jom masuk bilik. Ada benda nak kena bincang" kata Encik Iskandar yang baru keluar daripada lif. Pintu bilik yang bertentangan dengan bilik Hayra dibuka dan ditahan menunggu isterinya.

Puan Hanie mengangguk. Sebuah senyuman kecil dihadiahkan buat anaknya lalu dia mengikut suaminya masuk ke dalam bilik Aniq.

Pandangannya yang masih tertala pada pintu kayu bilik Aniq itu semakin kabur. Air mata yang ditahan-tahan akhirnya jatuh ke pipi setitis demi setitis. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu supaya tiada orang yang menganggu ketenteramannya.

Badannya disandarkan pada pintu lalu perlahan-lahan dia terduduk lemah. Air matanya yang mengalir laju lama-lama menyebabkan esakannya makin kuat.

"Dina tak nak kahwin dengan Aniq, ibu.." rintih Hayra lalu membenamkan wajahnya pada lutut. Melepaskan segala beban yang dia simpan kukuh dalam hati sejak semalam. Fikirannya terlalu cacamarba dan tersepit antara bayangan Aniq dan Ivan.

Aniq yang tersenyum ceria. Aniq yang sentiasa ada untuknya. Aniq yang menjadi kawannya. Terlalu banyak yang Aniq pernah lakukan untuknya. Tapi untuk terima dia sebagai suami, dia cukup tidak mampu.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang