12.

1.2K 54 4
                                    

"Ehem ehem." Deheman lembut seorang perempuan menyentakkan Hayra yang jauh menikmati pemandangan malam di belakang dewan terbuka itu.

"Medina, kan?" Suara lembut itu menegurnya perlahan.

Kali ini, baru Hayra memusingkan tubuhnya menghadap si pemanggil. Perempuan ini ialah orang yang memberi jelingan maut kepadanya tadi.

Nur Fieza Danisha, adik Danial. Namanya cantik seperti orangnya juga. Danial dan Danisha langsung tiada tanda-tanda bahawa mereka ialah adik-beradik kandung. Danisha berkulit putih mulus, manakala Danial tidak begitu cerah.

"I heard you are dating Adriyan" kata Danisha sambil tersenyum sinis. Terselit nada jengkel di situ. Hayra memandangnya pelik. Adriyan mana pulak ni?

"Adriyan?" soal Hayra sepatah.

"Syed Ivan Adriyan. Tak ingat?" soal Danisha masih dengan suaranya yang menjengkelkan.

"Oh, Ivan Adriyan. Ingat Adriyan mana tadi." Hayra bersuara dengan tawa kecilnya. Dahinya ditepuk perlahan kerana terlupa akan janjinya untuk memanggil Ivan dengan panggilan Adriyan.

"Banyak sangat ke lelaki nama Adriyan yang kau kenal? Sampai tak ingat Adriyan mana satu?"

Tajam kata-kata Danisha memotong tawa kecilnya. Senyumannya turut lenyap. Suara Danisha yang tadinya lembut bak sutera, sekarang sudah berubah seperti bilah parang. Sangat tajam, dan menyakitkan.

"I don't even know one."

Bersama jelingan, Hayra membalas. Malas juga melayan perempuan yang talam dua muka ini. Tadi di hadapan Aniq, punyalah sopan dia melayan. Bila berdua dengan Hayra, dia sudah tunjuk belang.

"Eh? Bukan panggil Ivan as Adriyan ke?" soal Danisha buat-buat terkejut. Macam dia memang tahu Hayra selalunya panggil Ivan sebagai Adriyan.

"Not used to."

Danisha sekadar mengangguk. Puas hati agaknya dengan jawapan sehabis tenang daripada Hayra. Selepas itu, bunyi serangga dari hutan menemani sepi malam mereka.

"Kau date Adriyan?" Tiba-tiba saja perempuan itu muncul dengan soalan. Hayra tertawa halus sebelum menggeleng. Teringat pula tentang pengakuan Ivan sebagai suaminya.

"Habistu, kenapa dia berkepit dengan kau?"

Hayra menjongket bahu tanda tidak tahu, "pergilah tanya dia."

Danisha masih dengan pandangan curiganya. Tak percaya sepenuhnya pada kata-kata Hayra.

"Kau jangan cuba-cuba nak dapatkan Adriyan eh" kata Danisha berbaur ugutan. Kalau Hayra muncul semula dalam hidupnya semata-mata nak merampas Ivan, dalam mimpi pun dia takkan benarkan.

Hayra tertawa kuat. Tak mampu nak halang geli hatinya daripada meletus. Dia masih waras untuk merampas kepunyaan orang lain. Dan kalau jejaka itu Ivan, lagilah dia tak mahu!

"Girlfriend dia ke?" Hayra tujukan soalan itu kepada gadis di sebelahnya. Danisha yang bermasam muka sejak tadi terus tersengih. Seronok sangat lagaknya bila ditanya soalan begitu.

"Bakal isteri."

Hayra terkejut. Bakal isteri?

Tapi, Ivan masih dengan pendiriannya sebagai suami Hayra. Masih tetap utuh dengan pengakuannya yang satu itu. Habistu, bakal isterinya ni nak baling dalam ceruk mana?

"Bila kahwin?" Hayra beranikan diri untuk menyoal. Walaupun hatinya gugup apabila mengetahui pernyataan ini daripada Danisha, dia tetap menyoal.

"Soon."

Satu perkataan menyebabkan Hayra terdiam seribu bahasa. Tak ada apa-apa lagi hendak ditanya.

Sudah terang lagi bersuluh, si Ivan ni kaki perempuan. Sengaja mahu bergurau-senda dengan kaum Hawa di muka bumi ini sebelum menamatkan zaman bujangnya.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now