31.

1.1K 40 0
                                    

"Hai Medina," kata Ivan sambil melambai kecil ketika Hayra keluar dari kereta. Aksi comel yang selalu dibuatnya setiap kali mereka bertemu empat mata.

"Jom?" Tangan Ivan disua ke hadapan. Mata penuh harapan agar ada tangan kecil yang akan menyambutnya. Hayra senyum kecil lalu letakkan tangannya di situ. Bibir Ivan semakin melebar dan tangannya semakin erat menggenggam.

Mereka berpegangan tangan sehingga ke ruangan lif. Tepat ketika mereka sampai, lif itu berdenting. Seusainya mereka masuk ke dalam lif, Ivan menekan punat 13 menuju ke rumahnya.

"You tunggu sini sementara I buka pintu," pesan Ivan lalu mara ke hadapan membuka mangga di pintu pagar dan pintu kayu jati di sebelah dalamnya.

Ivan kembali ke sisi lalu menutup mata Hayra yang termenung, "Any idea how your palace would be?"

Hayra diam sejenak. Mindanya terbayangkan sebuah ruangan rumah yang menerjah fikiran ketika dia sibuk termenung seorang diri di luar.

"Merah dan hitam," kata Hayra ringkas. Ivan sekadar mengangguk sebelum memintanya menambah lagi.

"Grey," katanya lagi apabila terbayangkan ruangan bilik rumah itu. Ivan masih setia mengangguk tanpa mengiyakan semua informasi itu.

Fikir Hayra dia salah, namun sangkaan itu ditolak ke tepi apabila Ivan menurunkan tangannya mendedahkan rumahnya, "Here you go."

Hayra tergamam. Setiap inci ruang tamu itu betul-betul sama dengan apa yang terlayar di mindanya. Hitam dan merah ialah tema bagi ruang itu.

"I told you, rumah ni boleh kutip memori you balik. Pasal rumah ni pun you dah boleh ingat balik dah tadi, kan?"

Hayra tidak endahkan apa yang Ivan katakan kerana fikirannya menerawang jauh ke setiap sudut rumah itu. Rumah kondominium dua tingkat atau dipanggil duplex.

Tanpa disuruh dia naik ke tingkat atas. Kalau tidak salah tekaan, ada sebuah bilik dan balkoni yang besar di atas. Dia tersenyum bangga apabila sangkaannya sekali lagi betul. Pintu gelongsor dibuka lalu dia menghayati pemandangan ibu kota yang sesak dan sibuk itu.

"Welcome to your favourite place, Medina." Suara Ivan di belakang hanya menambah senyum di wajah Hayra. Seakan apa yang dikatanya betul-betul belaka. Dia boleh rasakan aura yang terlalu dekat di rumah ini.

"Jom keluar malam ni?"

Hayra berfikir sejenak sebelum menggeleng. Dia sangat penat memandangkan tidak cukup tidur sejak semalam. Tenaganya hilang selepas apa yang berlaku di antara dia dan Ivan.

Teringatkan itu matanya terus mencari mata Ivan yang sedang memandangnya tika itu. Darah naik menyerbu ke muka meninggalkan dia seperti cacing kepanasan.

"Janganlah berdiri kat situ. Dah merah muka you sebab panas."

Hampir terburai tawa Hayra. Wajahnya berubah merah kerana malu dan segan, bukan kerana panas. Namun, nasib menyebelahinya apabila Ivan tidak syaki apa-apa.

Lamunannya hilang apabila bahunya disentuh perlahan. Usikan jemarinya itu menaikkan lagi merah di wajahnya kerana masih teringatkan adegan semalam. Walaupun apa yang berlaku itu salah, dia tetap tidak ada rasa menyesal.

"Kalau tak silap pandang, you are blushing, right?" Teka Ivan dengan suara perlahan. Ibu jarinya menggosok pipi isterinya perlahan. Hayra diam menunduk, semakin malu.

"Look, pasal um--" Ivan kelihatan gusar untuk menyambung katanya. Dia meraup rambutnya ke belakang tanda dia mahu ungkapkan sesuatu yang payah dan serius.

Ivan menelan liur, "Pasal what happened between us, um yesterday."

Muka Hayra makin panas. Seluruh tubuhnya sudah kejang tidak mampu bergerak. Matanya tepat menikam mata ambar milik lelaki itu. Ivan menghela nafas sebelum berucap perlahan, "I minta maaf, I can't control myself."

Hayra menyentuh pipi lelaki itu perlahan. Hatinya diruntun pilu apabila asyik dirinya saja yang dipersalahkan sedangkan Hayra sendiri hilang kewarasannya ketika itu.

"You tak perlu cakap macam tu sebab I pun bersalah."

"Tapi, Med--"

"Lupakan semua tu, please?" Pinta Hayra supaya Ivan berhenti bercakap tentang hal itu sebelum kata maafnya semakin menjadi-jadi dan diselebung rasa bersalah.

Ivan menghela nafas kasar, "I tak sangka our first night berlaku dalam cara macam tu."

Semakin memerah wajah Hayra. Tangan Ivan ditepuk perlahan lalu mata dijegil supaya dia hentikan topik perbualan itu. Ivan mengekek ketawa lalu meminta diri untuk ke tandas. Hayra tanpa sengaja, turut ketawa dengan telatah nakal Ivan.

"You nak I masak apa malam ni?" Soal Hayra setelah Ivan keluar dari tandas, selesai membersihkan diri.

Ivan pantas berlalu ke arah isterinya yang sedang berdiri di kawasan dapur. Tangannya ditarik supaya keluar dari situ dan didudukkan di atas kerusi makan, berhadapan dengan kaunter dapur.

Ivan mengorak langkah kembali masuk ke kawasan dapur sambil mulut berceloteh, "Spaghetti dah siap masak. Tinggal sos je, I boleh masakkan untuk you."

Ivan mencapai apron lalu dipakainya sambil memerhati gerak-geri Hayra. Mulutnya kembali dibuka memberi arahan supaya gadis itu berhenti cuba masuk ke dalam dapur.

Setelah siap, mereka menjamu makan malam air tangan Ivan sama-sama. Spaghetti Carbonara yang disajikan bersama bebola daging yang disalut keju sangat membuka selera makan Hayra yang hilang sejak beberapa minggu ini.

"Sedap sangat ke I masak ni?" Soal Ivan dengan tawanya apabila Hayra menambah lagi bebola daging setelah menghabiskan dua pinggan Spaghetti. Hayra tersenyum malu lalu menjawab, "Dah dua tahun tak makan Spaghetti sedap ni."

Jawapan spontan Hayra hilangkan senyuman di wajah Ivan. Dua tahun bermakna sebelum dia peristerikan Hayra, sebelum gadis itu terlibat dalam kemalangan bersamanya. Benar, dua tahun lepas dia pernah masakkan menu yang sama untuk gadis pujaannya.

Setelah makan, Hayra menawarkan diri untuk membasuh segala barang masakan yang digunakan termasuk pinggan dan cawan mereka berdua. Sambil-sambil itu, Ivan menemaninya di dapur sambil berbual kosong.

"You tidur atas dengan I, kan?" Soal Ivan ketika Hayra mahu menutup suis lampu dapur. Terus terhenti niatnya dan matanya naik menatap mata jejaka itu yang penuh dengan harapan.

"Um, bilik lain?" Kenyataan Hayra keluar dalam nada soalan. Ivan mengeluh perlahan. Matanya terus larikan ke bawah memutuskan tautan mata mereka.

"Ada satu bilik bawah yang kosong," kata Ivan lalu terus naik mendaki tangga ke biliknya. Hayra yang berasa serba-salah, cepat-cepat naik ke bilik atas. Kelihatan Ivan yang sedang duduk di hujung katilnya dalam keadaan gelap-gelita.

"Ivan."

Ivan terkejut sebentar mendengar suara gadis itu. Selepas mengimbas situasi beberapa saat, dia bangun lalu menghidupkan lampu bilik air, menyuluh wajah kedua-dua mereka.

"You nak apa-apa ke?"

Hayra senyum lalu menggeleng, "I tidur dengan you."

Ivan tercengang tidak percaya. Muka diraup beberapa kali sebelum bersuara, "Betul?"

Semakin melebar senyuman Hayra lalu dia mengangguk yakin. Ivan berbaring di katilnya lalu menepuk ruangan di sebelahnya yang kosong, menggamit Hayra untuk tidur di sisi.

Hayra tanpa teragak-agak, berjalan naik ke katil. Walau dia tidak percaya pada Ivan seratus peratus, firasatnya masih teguh mengatakan ada benar dalam apa yang diperkatakan lelaki itu.

Hayra baring pada posisi mengiring ke kanan lalu Ivan memeluknya dari belakang, "Banyak habit I yang you belum lupa."

Ivan mengucup tepi dahinya sekejap lalu berucap dengan suara mamai, "I love you, sayang. Sleep tight."

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now