23.

1K 41 5
                                    

Danial berdiri di tepi kereta miliknya dan memandang pekerja resort memasukkan barang-barang mereka kembali ke dalam bonet kereta. Sudah tiga hari mereka meluangkan masa di negeri Johor dan tiba masanya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Rakannya di sebelah dipandang sejenak. Wajah putih bersih itu masih pucat sejak insiden semalam. Tidak bermaya dan masih kecewa.

Manakan tidak, gadis yang masih bergelar isterinya boleh pula bersetuju untuk menjadi isteri orang lain?

Ivan menghela nafas kasar apabila teringat lagi adegan Aniq melamar Hayra untuk memperisterikan gadis itu. Matanya menghala ke kiri dan serta-merta wajah gadis idamannya menjadi pemandangan indahnya.

Hayra turut memandang ke arahnya. Mata hazel itu memberikan pandangan yang kosong. Tiada kekesalan, tiada rasa teruja, tiada rasa cemburu dan tiada juga rasa marah. Semuanya hilang dan hanya kekosongan yang mengisi ruangan matanya.

Ivan meleraikan pautan mata mereka dengan kecewa yang kian menggunung dan terus masuk ke dalam bahagian penumpang kereta. Danial turut mengambil tempat sebagai pemandu selang beberapa ketika selepas barang-barang mereka sudah selesai diletakkan dalam bonet.

Danial melaraskan tempat duduknya, cermin pandang belakang dan cermin sisi mengikut keselesaannya lalu bersedia untuk memulakan perjalanan.

Enjin dihidupkan, namun tidak kekal lama. Dua kali mencuba dan hasilnya masih sama.

Danial turun dari kereta dan membuka bahagian depan kereta untuk mencari punca keretanya berkelakuan begitu. Selepas lima belas minit, dia menggaru kepalanya kerana tidak pasti akan masalah yang dihadapi.

"Apehal bro?"

Lelaki itu menoleh apabila bahunya ditepuk perlahan. Aniq yang sedang menyoal dipandang dengan rasa kurang senang. Wajahnya habis berkerut.

"Kereta ni. Aku nak balik KL, dia buat hal pulak!" rungut Danial sambil menendang kuat plat nombor keretanya sehingga tertanggal huruf W.

"Apehal kaki aku pedih semacam ni?" soal Danial sendiri sambil memandang kakinya yang mengeluarkan cecair merah pekat.

Rambutnya dikusutkan dan dia mengambil tempat pada bangku resort berdekatan. Salah dia juga kerana menendang kepingan perspek yang tidak bersalah dengan kaki yang hanya menyarung selipar.

Aniq sekadar buat tak endah. Otaknya terlalu ligat memikirkan punca masalah kereta hitam itu dan cara untuk menyelesaikannya.

Ivan yang masih berada dalam kereta keluar dan mendekati Danial seraya menyoal, "kau ada bawak first aid box tak?"

Danial menggeleng. Ivan menguak rambutnya ke belakang sambil menghela nafas kasar. Sudah jadi satu kerja untuk menelefon doktor bagi memeriksa kaki rakannya.

"Abang Dan, sini tunjuk kaki. Dina balutkan eh?" soal Hayra yang sudah siap sedia mencangkung di hadapan kaki Danial sambil tangan memegang satu kotak putih dan sebotol air mineral saiz paling kecil.

"Eh takpe, abang boleh buat sendiri." Segan-segan Danial cuba mencapai botol air kecil itu namun ditepis lembut oleh Hayra.

Tangannya laju membasuh kaki Danial dengan air mineral tersebut supaya dapat menghilangkan dan menghentikan pengaliran darah. Kemudian, iodin dikeluarkan dan disapu lembut pada bahagian atas ibu jari yang terluka.

Akhir sekali, dia membalut jari itu menggunakan kain kapas lalu bersuara ceria, "dah siap!"

"Thank you" kata Danial sambil menggerak-gerakkan ibu jarinya yang sudah berbalut. Senyuman kecil turut dihadiahkan.

Ivan di sebelah sekadar memerhati. Terimbas kembali kenangan mereka berdua di ofis Hayra tempoh hari. Adegan dia membalut tangan Hayra yang tercedera akibat menghentak meja dan terhiris dek kaca.

"Aku rasa ada problem dekat enjin ni. Take time minimum seminggu nak siap" kata Aniq sambil mengelap tangan pada sapu tangan yang Hayra hulurkan.

Terus terhenti lamunan Ivan. Matanya menikam tajam tangan Aniq yang memegang tangan gadis itu dan meletakkan sapu tangan itu kembali di atas tapak tangan Hayra. Memang serupa tak belajar hukum sentuh-menyentuh antara saudara ajnabi.

"Aduh, macam mana nak balik ni" rungut Danial sambil mengusutkan rambutnya yang sedia kusut.

"Naik airplane lah" cadang Ivan.

"Macam mana nak pergi airport?"

"Naik grab, boleh kan?" bidas Ivan semula.

"Macam mana nak naik grab?"

"Kau saja tanya soalan bodoh kan?"

Dan, acara bidas-membidas antara dua rakan karib itu berterusan umpama tiada pengakhirannya.

"Tak payah nak gaduh panjang. Aku ada idea." Aniq masuk ke dalam gelanggang untuk memberhentikan perang mulut itu. Dia berjaya apabila kedua mereka mengalihkan perhatian kepada Aniq.

"Apa?" soal Danial dan Ivan serentak.

"Tumpang kereta aku."

Ivan dan Hayra terkedu sambil mata masing-masing tertancap pada wajah pasangan masing-masing. Mata ambar bertemu mata hazel, dan begitu juga sebaliknya.

"Habis tu, kereta aku ni macam mana!?" jerkah Danial kuat. Masakan, tidak boleh beregang dengan kereta kesayangan. Padahal, baru saja menendang kereta yang kononnya paling disayangi tersebut.

"Nanti dah siap, datang ambik lah." Aniq bersuara tidak kesah. Danial hanya diam memikirkan kebernasan idea yang dibentangkan.

"So, yay or nay?"

_____________

after a long break, here I am!
so, nah belanja chapter paling pendek dalam sejarah PPS.
have fun, babeh!

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now