8.

1.3K 57 2
                                    

"Jom masuk bilik."

"You memang nak kena rogol dengan mamat gay ke?" soal Hayra polos. Sudah diugut begitu pun takkan lelaki ini sanggup? Ke memang dia lebih berminat kepada lelaki berbanding perempuan?

"Tak lah, I nak 'makan' you" kata Ivan selamba. Bibirnya tersungging sengih nakal. Matanya sudah mula meliar memandang Hayra atas bawah. Geli-gelaman setiap inci tubuh Hayra apabila dipandang begitu.

"Pervert!" Terlepas terus sepatah kata itu daripada mulut Hayra. Apa dia nak fikir kalau ada lelaki yang pandangnya serupa nak telan?

Ivan tertawa halus. Terus hilang wajah acah gatalnya tadi. Memang dia rindu akan Hayra, tapi tak seteruk cerita atas katil. Hayra masih anak dara, tapi dia isterinya. Darah manis sudah lebih setahun.

"Chill, I ajak you pergi upstairs je. Kan receptionist kata bilik kita sebelah-menyebelah je" terang Ivan secara terperinci. Cepat betul isterinya mengelabah.

"You tak bagitahu I pun pasal bilik sebelah-menyebelah tu." Hayra bersuara tidak puas hati. Manalah dia tahu, kalau tak diberitahu!

"Dah bagitahu sekarang kan? Jom."

Pergelangan tangan Hayra dicapai lalu digenggam erat. Siap menyulam jari-jemari mereka bersama lagi. Hayra tidak menolak dan mereka berjalan berpegangan tangan sehingga sampai di hadapan bilik bernombor 108, bilik yang dikhaskan untuk Hayra.

Masing-masing saling berpandangan setelah sampai. Ivan terus-terusan melemparkan senyumannya, manakala Hayra merenung mata ambar itu dengan tenang.

Dia langsung tak mencuba menarik tangannya kembali. Dia rasa selamat apabila tangan kasar itu memegang kejap tangannya.

Ivan tunduk, melihat tangan mereka yang masih tidak terlerai sulamannya. Dia tarik tangan Hayra ke atas supaya sama tinggi dengan bibirnya lalu satu kucupan hangat diberikan di situ. Matanya tertutup melayan perasaan syahdu dalam diri.

"Kalau ini mimpi, I harap I takkan bangun so that your hand in mine will remain there." Seikhlas hati, dia meluahkan isi hatinya yang terkubur selama ini.

"Bukak mata and check whether ini mimpi atau realiti." Hayra bersuara perlahan.

Nadanya yang bergetar impak daripada luahan hati si jejaka di depannya dikawal sebaik mungkin. Hatinya tersentuh mendengar kata-kata itu, tetapi kalau itu setakat mainan mulut, semuanya sia-sia.

Ivan menggeleng seperti anak kecil yang takut melihat kucing. Hayra tersenyum kecil. Tertawan dengan kecomelan yang dimiliki kucing jantan seekor ini!

"I takut kehilangan."

"I'm here, Adriyan. I swear" pujuk Hayra lembut. Untuk apa dia beria-ia memujuk, dia tidak pasti. Tetapi, dia mahu Ivan sedar yang dia betul-betul ada di hadapannya, bukan mainan tidur mahupun mainan perasaan.

Perlahan-lahan Ivan membuka matanya, termakan dengan pujukan suara lembut sang isteri. Dia bersyukur kepada Tuhan kerana isterinya masih ada di situ. Dalam genggaman tangan yang bersulam tangannya.

"Ini bukan mimpi kan, Medina?" Dalam senyuman bahagia, Ivan tetap menyoal untuk kepastian. Takut-takut Hayra mempermainkannya dalam mimpi.

Hayra mencubit lengan sasa jejaka itu dengan cengkaman ketamnya membuatkan Ivan menjerit kuat, "aduh! Adududu, sakit aduh!"

"Dalam mimpi pernah sakit tak?"

"Adui, tak pernah. Aduh ishh, sakit!"

Segera Hayra melepaskan cubitan itu, kesian pula melihat muka Ivan yang sudah nampak merah sedikit. Ivan menyinsingkan lengan bajunya melebihi paras siku untuk melihat kesan cubitan.
Tangan Hayra diraih lalu diletakkan di atas kesan merah akibat dicubit, "gosokkan."

"Mengada." Sambil merungut, Hayra tetap menggosok perlahan tempat kesan cubitannya sendiri. Sumpah dia tidak tahu kenapa sebenarnya dia buat semua ini, tetapi jauh di sudut hati dia mahu buat. Tanpa alasan yang kukuh.

Tangan Hayra kembali diraih lalu diletakkan di dadanya, memberi ruang untuk si dia dengar dengup jantungnya yang sangat laju.

Tangan Hayra menggosok lembut dada bidang Ivan tanpa sedar sambil diam merasa dengupan itu pada tapak tangannya. Dia suka rasa itu, rasa itu tak boleh diungkap dengan kata.

"This is how my heart beats whenever you near me, sejak I jumpa you setahun lepas lagi." Ivan menjelaskan. Sebuah senyuman nipis diukir buat kekasih hati.

Hayra memandangnya pelik. Setahun lepas? Bila masa pula mereka berjumpa setahun lepas? Takkan Hayra menghidapi penyakit Alzheimer pula, melarat sangat dah ni! Kepalanya sudah mula berdenyut-denyut sedikit.

"Setahun lepas?" soal Hayra teragak-agak. Ivan mengangguk dengan senyuman tawar. Kenapa semakin lama semakin pudar senyumannya? Memang betul ke apa yang dia cakap? Dia kecewa kerana Hayra tak percaya dia?

"Kita ada jumpa eh?" soal Hayra lagi. Dia mahu mengorek rahsia perlahan-lahan. Mana tahu ada fakta yang menyebabkan kesahihan kenyataan si Ivan yang mengaku dirinya sebagai suami Hayra.

Ivan menunduk. Soalan Hayra dibiarkan tidak berjawab hampir setengah minit. Tangan Hayra yang masih berada di dadanya diraih sebelum mengangkat wajah.

Muka Hayra yang berkerut-kerut seperti menahan sakit dipandang dengan riak risau dan cemas.

"You okay?"

Hayra mengangguk sedikit sambil tangan kiri yang masih bebas digunakan untuk mengurut kepala perlahan, "sakit kepala sikit."

Ivan mengangguk cuma. Tak mahu nampak mencurigakan pada pandangan mata isterinya. Bukannya dia tak tahu, mengapa sakit kepala itu seringkali menyerang Hayra kalau berdepan dengan Ivan.

Tangan Hayra yang masih berada dalam genggamannya dipandang sejenak sebelum Ivan bersuara ceria semula, "You rehat kejap. Lepastu, kita lepak garden belakang tu. Nak?"

:-$:-$:-$

"Kau dengan perempuan tadi tu memang betul sepupu eh?" Danial menyoal ragu-ragu. Ada banyak kemungkinan, Aniq dan Medina ada hubungan istimewa memandangkan hubungan mereka nampak agak rapat.

"Haah, asal?"

"Mana tahu, tersangkut" kata Danial sambil tersengih. Aniq hanya mengerutkan dahi, tetapi senyumannya masih di situ. Semakin melebar pula senyuman itu menyebabkan Danial semakin keliru.

"Yelah. Umur dah 28, takkan tak kahwin lagi kalau tak ada yang tersangkut, ye dak?" Danial masih mencuba nasib untuk memancing kebenaran daripada rakan baiknya. Aniq tertawa perlahan.

"Apehal kau bijak sangat?" Usikan spontan daripada Aniq membuatkan Danial tak sedap hati. Betul ke telahannya sebelum ini?

"Apa maksud kau?"

"Aku memang dah tersangkut, cuma cik pengarang jantung tak tahu" kata Aniq tersengih-sengih. Orang dilamun cinta memang begini. Tetapi, bagi hati yang tak tenteram macam Danial perbuatan itu nampak macam orang utan.

"Siapa?" soal Danial tanpa segan-silu.

"Jap, aku tunjuk gambar." Lalu Aniq mengeluarkan telefonnya untuk mencari gambar cik pengarang jantung. Danial menunggu penuh debar, sehingga telefonnya berdering memeranjatkannya.

"Kau apehal telefon masa-masa macam ni!?" Terus Danial hambur pada orang di hujung talian. Kisah apa dimarah kembali pun, dia tak ada masa nak sentap!

"Chill, Dan. Nak kena pecat ke?" Tenang suara orang di sana. Memang harus tenanglah kalau kuasa veto ada pada dia!

Danial tarik nafas dan hembus perlahan-lahan meredakan kemarahannya sebelum membalas, "tuan nak apa, tuan?"

"Good, macam tu lah hamba abdi kena cakap."

"Kau cakap elok-elok boleh tak?" Danial kembali panas. Tunggu masa nak meletuskan amarahnya saja.

"Aku nak lepak dengan Medina jap. Kau jaga member kau tu baik-baik."

Sebaik itu, Danial terus mematikan panggilan. Tanpa sebarang jawapan semestinya. Danial menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Aniq yang sudah siap membelek telefonnya.

"Ha ni, gambar dia."

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now