33.

1K 42 0
                                    

"I naik atas dulu," kata Ivan ketika mengelap tangannya pada kain dapur. Kakinya laju naik ke tingkat atas, dua anak tangga sekaligus. Barangkali sedang mengejar masa untuk keluar.

Hayra tertawa kecil lalu turut naik ke atas. Tadi dia sudah tegah Ivan membantunya di dapur, tetapi tidak mengikut pula. Kononnya ada banyak lagi masa, alih-alih ada lagi lima belas minit sebelum pukul 3 petang.

Hayra masuk ke dalam tanpa memandang ke arah Ivan, hanya novel tadi yang masih ada di atas meja sisi katil menyapa pandangannya, "Tu lah orang suruh naik bersiap, tak nak."

"Kata banyak masa, tengoklah se--" Kata-katanya terhenti di situ apabila mata mencari Ivan. Matanya membuntang luas melihat keadaan Ivan sekarang. Badannya yang tegap tidak berpakaian membuatkan darah menyerbu naik ke muka.

"Kenapa tengok I macam tu?" Soal Ivan dengan tawa kecil. Langsung tidak terfikir keadaannya yang tidak berbaju mampu membawa perubahan wajah Hayra.

Hayra merasakan kepalanya sedikit berdenyut. Pandangannya yang menyapa hari ini seolah-olah pernah dilihatnya sebelum ini. Bukan malam di mana mereka terlanjur, tetapi sebelum itu. Walaupun itu kali pertama Hayra melihat Ivan sebegitu, namun ada bayangan yang menghantuinya perlahan-lahan.

"Medina?" Sapa Ivan perlahan. Wajah Hayra yang berkerut-kerut membuahkan risau di hatinya. Tangannya yang sedang menyarungkan baju terhenti. Langkah diatur mendekati isterinya.

Hayra terduduk di birai katil. Tidak tertanggung rasanya sakit kepalanya kini. Satu per satu bayangan yang tidak pernah berlaku dalam hidupnya samar-samar menjengah fikiran. Kebanyakkannya ialah bayangan seorang lelaki yang lebih kurang sama seperti Ivan.

"Medina!" Jeritan kuat itu membawanya kembali ke realiti. Bayangan yang silih berganti tadi sudah mulai menghilang. Denyutan di kepala juga sudah surut.

Tangan yang setia mengurut bahagian tepi kiri kepalanya berganti dengan tangan kasar si lelaki. Tangannya kini berada di dalam genggaman Ivan. Wajah lelaki itu jelas terpancar kerisauan.

"Are you okay?" Soalnya prihatin. Hayra tersenyum kecil, tangannya memegang pipi Ivan lembut.

Matanya melirik ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 3 petang, "You tak nak keluar?"

Ivan menggeleng, "I tak boleh tinggal you macam ni."

"Sayang, pergilah. I okay."

Ivan menghela nafas kasar. Dia tidak mampu untuk tinggalkan Hayra dalam keadaan yang tidak begitu baik, namun hal kerjanya memanggil. Mahu ditolak, rasanya rakannya yang seorang itu sudah menunggu.

"I will be back as soon as possible." Akhirnya Ivan mengalah. Hayra sekadar senyum dan menggangguk. Ivan bangun dan kembali menyarung bajunya.

Satu bayangan yang melintas dalam fikiran membuatkan Hayra bangun dari duduknya. Ivan didekati dan dipeluknya dari belakang. Satu bayangan kemalangan.

"Kenapa ni?" Soal Ivan sambil memusingkan badan, pelukan gadis itu dibalas erat. Hayra sekadar menggeleng, mata yang hampir menitiskan air mata, dikesat laju.

Pelukan dilepaskan, bahu gadis itu dipegang kejap. Sepenuh hatinya memang tidak rela meninggalkan gadis itu, namun hal pekerjaannya menghalang, "I janji I akan balik secepat mungkin."

Hayra menggangguk cuma. Ivan mencapai jam tangannya lalu dipakaikan ke tangan. Dompet dan telefon pintar dicapai lalu diseluk ke dalam poket seluar. Vest yang tersadai pada bucu kerusi dicapai lalu dipakaikan ke badan.

Ivan menarik Hayra kembali ke dalam pelukannya. Dahi isterinya dicium lalu dia meminta diri untuk berlalu. Sempat dititipkan pesanan supaya gadis pujaannya berehat.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora