1.

2.9K 91 2
                                    

"Hayra, ada orang nak jumpa kau." Hadi, teman sekerja Hayra menyampaikan pesanan yang sama seperti Megat Irman sampaikan semalam. Hayra mengerutkan dahi. Siapa pula kali ni? Jangan-jangan..

"Siapa?" soal Hayra laju. Takut akan kemungkinan yang menerjah fikirannya tika ini. Dalam hatinya tak putus-putus doa dipanjat supaya apa yang berada dalam benaknya tidak benar sama sekali.

Hadi mengangkat bahu tidak tahu lalu berkata, "manalah aku nak tahu. Kebetulan je aku lalu sini, Megat Jai suruh aku bagitahu."

Hayra nampak kelibat Megat Irman tidak jauh dari situ. Buat-buat bercakap dengan orang lain apabila panahan mata mereka bersambung.

"Kenapa tak bagitahu aku terus je mamat tu?" soal Hayra menyampah. Bukankah selalu dia beria-ia nak bergayat dengannya? Harini dah ada peluang depan mata pun, ditepis begitu saja.

"Aku tak tahu. Ha, kau jangan lupa pulak pasal orang yang nak jumpa kau tu" pesan Hadi sebelum berlalu pergi. Sempat telinganya tangkap gumaman Hadi tentang nasibnya kalau berbual banyak dengan Hayra. Takut dengan Megat Irman ke dia ni?

Hayra mula mengorak langkah ke kaunter. Sempat jelingan tajam diberikan kepada Megat Irman yang curi-curi perhatikannya dari ruang menunggu lif.

:-$:-$:-$

"Hey, that hot guy datang jumpa kau lagi ke?" Elina yang masih bertugas di kaunter terus bersuara gatal sebaik nampak kelibat Hayra di situ. Dia tahu Hayra bukan perempuan yang mudah tertarik dengan lelaki walaupun kacak tahap perempuan meliur, jadi mungkin tiada masalah jika dia mencuba nasibnya dengan lelaki hot itu.

Hayra tercegat di situ juga. Hot guy? Lelaki semalam itu datang berjumpa dengannya lagi? Nampaknya Tuhan tidak memakbulkan doanya sedari tadi.

Kejadian semalam masih menghantuinya lagi, takkan nak tambah yang baru pula. Walaupun seram sejuk mulai dirasa, dia menapak juga menuju ke arah ruangan menunggu.

"Apa lagi you nak, Ivan?" Pantas Hayra bersuara saat pintu kaca itu ditolak. Lagi cepat dia memulakan bicara, lagi cepat semuanya akan berakhir. Dia tekad kali ini dia takkan biarkan Ivan membuat fizikal dan mentalnya rapuh macam semalam.

Tebal mukanya pagi tadi bila masuk saja dalam bangunan syarikat terus ditanya khabar sebab pengsan semalam. Tak cukup dengan itu, ada pula makcik-makcik bawang yang tak puas hati dengan hubungan konon mesranya dengan Megat Irman menambah perisa kata Hayra pengsan kerana terpukau dengan kekacakan bidadara yang datang berjumpanya. Hak tuih!

Tetapi ada bagusnya bila fitnah ini menular ke telinga Megat Irman. Terus monyok mukanya apabila berbual, tambah pula dilayan acuh tak acuh. Tadi pun dihantar orang lain mewakilinya bagitahu ada orang nak jumpa. Baguslah kalau tak nak ganggu Hayra lagi.

"Ivan? Siapa Ivan?" Suara garau yang lebih dalam dan lebih serius daripada lelaki semalam menjamu telinganya. Mata Hayra mengecil cuba mengecam wajah si lelaki yang berada di hadapannya. Sah, bukan Ivan!

"Dina, siapa Ivan?" Sekali lagi lelaki itu bersuara. Hayra masih keliru. Siapa pula lelaki ini? Yang ini betul-betul macam kenal. Tapi, namanya pula tak ingat.

"Eh, you siapa?"

"Hayra Medina! For god sake, I'm your cousin!" jerit lelaki itu lantang. Barangkali tak percaya dengan kebengongan si sepupunya yang seorang ini. Hayra hanya tayang muka kosong. Tahulah dia sepupunya seorang yang sedang belajar di Manhattan.

"Dina, aku ni, Hanz Aniq Erfan bin Hanz Ikhsan. Dah lupa ke?" Sungguh-sungguh Aniq terangkan. Terkejut punya pasal, sekali nama penuh diberinya. Apa sepupunya ini main-main pula? Dah tu, buat muka naif habis!

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now