24.

1K 42 0
                                    

Perjalanan yang sepatutnya makan masa lebih kurang empat jam telahpun terlajak kerana kesesakan jalan raya yang sangat padat hari ini. Walaupun hari ini merupakan hari pekerjaan, tidak menghalang para ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka berseronok di cuti sekolah yang baru saja bermula.

Keadaan ini boleh dikatakan teruk juga memandangkan pada hari Sabtu yang lepas ketika mereka keluar dari ibu kota menuju ke Johor, kesesakan masih lagi terkawal. Kereta masih lagi bergerak walaupun padat. Namun, hari ini, sejak hampir 45 minit yang lepas mereka sesat di tempat yang sama tanpa berganjak walau sedikit.

Hayra yang berpura-pura tidur di sebelah dipandang sejenak. Bagaimana dia tahu gadis itu berpura tidur? Kerana dia kenal isterinya, dia masih kenal lenggok badan Hayra walaupun mereka tidak bersua cukup setahun.

Duduk bersebelahan dengan gadis yang sudah sah bergelar bakal tunang orang sudah cukup menjanggalkan. Suasana pula menambahkan perisa dengan keadaan kereta yang langsung tidak berganjak dari tadi dan juga radio kereta yang tidak berfungsi. Tambah pula, Danial dan Aniq masing-masing tidak bersuara langsung.

Setelah beria mengajak pada sebelah pagi tadi untuk menumpang keretanya, Aniq terus senyap bagaikan terlalu fokus dengan pemanduan. Danial pula sempat tidur pada awal perjalanan. Hayra sudah mulakan kepuraan. Dan, Ivan masih dengan kenangan yang tidak kesudahan.

"Aku lapar ni." Danial memulakan perbualan, juga mencantas lamunannya pergi. Ivan menarik nafas lega. Akhirnya, rasa janggal itu berkurang juga. Sekurang-kurangnya ada perkara yang dapat mengalihkan perhatiannya.

"Aku pun dah mula lapar." Ivan menyuarakan rasa hatinya. Bukannya lapar sangat pun, cuma bila terlalu ikutkan jadual harian, mesti rasa tak lengkap bila diabaikan.

"Dah pukul 1.30." Tambah Ivan lagi apabila tiada respon dari Danial mahupun Aniq. Hayra membuka matanya yang terpejam, nampak berminat sebentar apabila dia melihat telefonnya seketika.

"Ingatkan baru pukul 12. Semacam panas ha," kata Hayra sambil membetulkan duduknya yang terlalu condong ke arah pintu kereta. Mungkin menyelamatkan diri dari terik matahari.

"Awak tak lapar eh?" soal Aniq lembut sambil melihat biasan wajah Hayra pada cermin pandang belakang. Danial sedaya upaya cuba menahan tawa apabila biasan Ivan sedang menjulingkan mata ke atas menyapa pandangan melalui cermin sisi. Hayra pula sekadar menggeleng, entah untuk soalan Aniq entah melihat kerenah Ivan.

- - -

Setelah hampir 15 minit berada dalam keadaan pegun, akhirnya aktiviti daya fizik berlaku. Sejam selepas pemanduan, Aniq menghentikan kereta di sebuah R&R untuk mengabdikan diri mereka kepada makanan memandangkan kesemua mereka sudah lapar tahap kebulur.

"Nasi lemak goreng special, satu. Extra cheese, ayam dua ketul, sosej potong kecik-kecik. Pastu, bagi sirap limau satu. Tu ja, terima kasih."

Tak sempat duduk, Danial menyatakan pesanan panjang lebarnya dahulu sehingga mengiurkan yang lain. Diikuti Aniq yang tidak kurang juga panjangnya pesanan dan banyaknya makanan.

"Roti bakar dua, milo ais." Ivan membuat pesanan mengikut selera tekaknya yang meminta makanan barat hari ini.

"Sama." Sepatah daripada Hayra membuatkan mereka beralih memandang gadis itu kecuali Ivan.

"Awak tak lapar?" Aniq ajukan soalan itu. Memang dia kenal dengan Hayra yang tak kuat makan, namun takkan setakat itu saja apa yang hendak dimakan, sedangkan sarapan pagi tadi pun tidak menjamah apa-apa?

"Takda selera."

Ivan mengangkat wajah pada jawapan ini. Keningnya terangkat sambil bibir tersenyum sinis. Dia rasakan ada yang tak kena pada jawapan gadis itu. Hayra menentang mata ambar itu dengan perasaan yang berkecamuk.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora