50.

2.9K 58 4
                                    

Hayra mencapai gelas yang diberikan oleh satu tangan. Satu gelas penuh yang berisi jus limau yang dimintanya sedari tadi sudah sampai ke tangannya. Satu senyuman dilemparkan buat lelaki itu, "Terima kasih."

Lelaki itu turut membalas satu senyuman. Wajah yang menikmati jus limau itu penuh selera, dipandangnya tidak berkelip.

Cantik sangat wajah ini, namun kerana satu insiden serinya sudah hilang. Senyuman yang sentiasa manis walaupun nipis, sudah tiada lagi menghiasi bibir itu. Semuanya kosong dan tampak palsu.

Satu senyuman tawar terukir di bibirnya. Lapan bulan sudah berlalu sejak Ivan pergi meninggalkannya. Sejak itu gadis ini banyak berdiam, tidak menunjukkan minat ke atas segala yang dia cuba buat dan yang paling penting, senyuman di wajah itu makin pudar.

Wajah ditundukkan, matanya jatuh pada kerepek ubi yang dibawa naik sekali. Semasa menjengah dapur tadi, sempat dia ambil sekali kerepek ini. Boleh jadi makan petang dan alas perut mereka sekaligus.

"Makan yang ni sekali."

Hayra mengangkat wajah lalu tersenyum lagi. Isyarat mata diberikan supaya lelaki itu letakkan saja jajan itu di atas meja kopi. Sempat juga dia berjanji yang dia akan makan kerepek itu nanti lalu jus limau yang enak di tangan kembali dihirupnya.

Jus ini mengingatkan adegan sumbang mereka berdua gara-gara dendam Danisha untuk dapatkan Ivan. Alih-alih dia yang terminum jus itu lalu terangsang sama dengan Ivan.

Hayra ketawa lepas. Kalau bukan kerana Ivan mengajaknya makan di situ, mungkin sekarang dia harus bermadu dengan Danisha.

"Gelak kenapa?"

Soalan itu makin membuatkan dia ketawa. Wajahnya memerah kerana menahan malu. Dia belum gila untuk ceritakan hal antara suami isteri yang sebegitu kepada lelaki ini.

Hayra menggeleng, "Teringat Ivan and the lemonade."

Senyuman yang merekah pada wajahnya kerana gelak tawa Hayra, memudar. Gadis itu tidak mampu melupakan arwah suaminya walaupun lapan bulan sudah berlalu. Hayra hanya menggeleng lalu kembali membaca buku yang berada di ribanya.

Dia mengangkat kepala apabila teringatkan sesuatu. Jus limau yang masih berbaki suku dari gelas itu dihabiskan dengan sekali teguk. Buku di riba dialihkan ke meja sisi sambil menyeru lelaki itu, "Irman."

Megat Irman kembali tersenyum. Suka betul apabila gadis itu memanggilnya dengan panggilan yang begitu. Kalau dulu, Hayra suka memanggilnya sebagai Megat Jai kerana urusan kerja. Bila disuruh panggil Jai, dikatanya melanggar etika atau sewenang-wenangnya dia akan menjulingkan matanya ke atas.

"Bila awak nak balik Paris?" Soal Hayra bersahaja. Dia mendapat tahu bahawa lelaki itu berhenti kerja di Etoille's Designs kerana ingin menggunakan peluang untuk bekerja di ibu negara Perancis.

Megat Irman menggeleng pada soalan itu. Dia pergi ke Perancis kerana bapanya masih berada di sana. Dia menceburkan diri ke dalam bidang peragaan di sana buat seketika sebelum dia mendapat tahu tentang kematian Ivan.

"Saya rasa saya akan terus ada dekat sini," kata Megat Irman menyatakan keputusannya. Dia tidak mahu kembali ke Perancis lagi untuk menetap terus di sana. Dia rasa dia masih punya peluang untuk mendapatkan hati gadis pujaannya.

Hayra mengerutkan dahinya, "Kerja dekat sana?"

Lelaki itu hanya mengangkat bahunya tidak tahu. Itu bukan masalah baginya kerana bapanya tahu tentang keputusannya ini. Tidak akan kembali ke Perancis lagi, jadi anaknya wajar dipecat sahaja.

Sepi menghurung mereka kembali. Hayra hanya duduk di sofa itu termenung buat seketika sebelum menatap wajah lelaki yang sibuk dengan kerepek ubinya.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now