16.

1.2K 55 1
                                    

Tidurnya yang lena terganggu apabila telefonnya berbunyi bertalu-talu. Kalau berdering kerana penggera yang telah ditetapkan, tak apa juga. Ini tidak, bunyi notifikasi saja memanjang.

Tangannya meraba-raba di kirinya mencari telefonnya yang dibaling ke atas katil semalam. Setelah jumpa, dia membuka matanya dan menatap skrin yang terhidup. Jam digital itu menunjukkan pukul 11 pagi.

Matanya terbuntang luas. Dia bangun daripada pembaringan secara drastik. Nasib baik dia sedang datang bulan, tak perlulah dia bimbang kerana terlepas solat Subuh.

"Ya Allah, kenapa aku bangun lambat ni?" omelnya perlahan sambil tangan meepuk dahi perlahan. Selimut yang masih membaluti badannya dialihkan untuk turun dari katil.

Telefon yang masih ternyala skrinnya, ditutup dan diletakkan ke atas meja sisi. Tanpa memandang telefon itu yang sudah berbunyi sekali lagi, dia kemaskan katilnya dan terus ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

:-$:-$:-$

Telefon yang berada di atas meja sisinya diambil dan langkah di atur ke balkoni biliknya. Duduknya di labuhkan di atas kerusi yang diperbuat daripada anyaman rotan.

"Pagi yang indah" gumamnya perlahan sambil mata menikmati pemandangan taman belakang resort itu. Nampak lebih cantik apabila senyuman bunga-bunga yang termekar indah itu dalam suasana yang cerah. Suhu sekeliling pula masih sejuk walaupun matahari sudah tepat di atas kepala.

Pandangannya beralih pula pada telefon di tangannya. Badan disandarkan, kaki disilangkan dan tangan bersedia untuk membalas mesej-mesej yang dihantar oleh beberapa penerima.

Pinterest
4 people saved pins from your board!

Aniq Cipan
3 messages. Tap to open chat.

Adriyan
8 messages. Tap to opem chat.

Instagram
3 direct messages.

Picsart
Hey Hayra! We have some great ideas for you!

Hayra terus uninstall aplikasi Picsart dan Pinterest supaya tidak menganggu paginya lain kali. Bukannya dia guna pun kedua aplikasi itu. Mungkin Aniq yang install kerana dia pernah menggunakan telefonnya untuk edit gambarnya.

Macam tak ada telefon sendiri! Telefonnya jauh lebih canggih daripada telefon Hayra pun, masih degil nakkan Hayra punya.

Selepas itu, baru dia beralih ke aplikasi WhatsApp untuk membalas mesej daripada Aniq.

Aniq Cipan
last seen today at 0947

Hoi.
Aku nak gi meeting.
Jangan cari pulak.

Tak nak pun!
Aku nak pergi breakfast.

Hayra memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluarnya lalu masuk ke dalam. Selendang hitam diambil lalu dililit ala kadar, cukup sekadar menutup dada. Tas tangan dan kad bilik diambil.

Sebaik membuka pintu, terbuntang matanya melihat pelbagai beg kertas yang berada di depan pintu biliknya. Mulutnya usah dikata, terlopong luas sampai lalat pun boleh main keluar masuk.

Dia melutut mengambil jambangan bunga ros putih yang berada paling dekat dengan kakinya dan membaca kad yang tercoret tulisan berangkai.

Medina,
Ini sebagai tanda maaf untuk semalam.
Sorry :(

-Adriyan.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now