46.

1.2K 38 0
                                    

"Ibu, Dina mengandung," kata Hayra bersahaja. Kedua ibu bapanya serta ibu mertuanya yang berborak bingit sambil sesekali ketawa, terdiam. Keenam-enam biji mata itu teralih ke arah gadia itu.

"Ibu tak dengar lah," kata Puan Hanie dengan riak kurang percaya. Dia takut kalau-kalau dia tersalah dengar lalu mendatangkan kegembiraan yang palsu.

Ivan ketawa lepas. Dia faham benar dengan perangai ibu mertuanya yang satu itu. Sangat jujur orangnya, tetapi di tika waktu begini, wanita separuh abad itu mungkin mahukan penjelasan.

"Am I late?" Suara seorang lelaki yang baru sampai memecahkan ketegangan pada wajah tua ketiga mereka. Masing-masing bersalaman dengan Danial yang baru saja menyertai mereka.

Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu ke sini kerana masih tersisa rasa bersalah dan malu ke atas apa yang adiknya telah cetuskan. Namun, oleh kerana rayuan Hayra supaya dia turut serta, akhirnya dia setuju. Itu pun setelah dia ditawarkan dengan satu perkara penting yang hendak disampaikan.

Setelah hampir lima minit masing-masing kembali fokus pada makanan, Puan Hanie kembali bersuara, "Dina cakap apa tadi?"

Hayra tersenyun simpul. Agaknya benarkah wanita yang telah melahirkannya ke dunia ini tidak dengar apa yang disampaikannya tadi?

"Medina mengandung, aunty," kata Ivan lembut. Juga mewakili pihak isterinya untuk menjawab.

"Again, Adriyan?" Pinta Datin Ariana pula. Agak tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu.

Ivan tertawa kecil. Tangan tua ibunya dicapai dan digenggam oleh kedua tangannya, "She's pregnant, mama."

"Alhamdulillah," kata Datin Ariana sambil menarik anak lelakinya ke dalam pelukan. Air mata mula bertakung di tubir mata. Sebak dadanya mengetahui tentang hal ini.

Anaknya sudah besar panjang sehingga bakal menjawat tanggungjawab sebagai seorang bapa. Cepat benar masa berlalu sehingga dia tidak sedar anaknya semakin meningkat dewasa.

Ivan membalas pelukan ibunya. Senyuman dan ketawa saja yang menghiasi bibirnya. Rindu menghimpit dadanya, kerana sudah terlalu lama dia tidak berada dalam hangat pelukan wanita tua itu.

Seronok sangat rasanya untuk memberitahu ibunya tentang hal ini. Ingin tahu reaksi wanita yang kerah tenaga untuk melahirkan, mendidik dan membesarkannya di atas muka bumi ini, tentang kewujudan penyambung keturunannya.

"Anak papa, come here." Encik Iskandar bangun dari tempatnya lalu menggamit Hayra supaya datang memeluknya. Dia bakal menjadi datuk dan menimang cucu di tangannya. Anaknya yang masih kelihatan kecil di matanya, sudah layak menjadi ibu.

Puan Hanie juga tidak melepaskan peluang. Mereka bertiga berpelukan sebelum esakan Hayra kedengaran.

"Hey anak ibu, kenapa ni?" Puan Hanie menyoal cemas. Agak sukar untuk melihat anak gadisnya ini menangis. Hati kental, susah mengalirkan air mata.

"Entah, I just miss you both," kata Hayra sambil mengesat air mata yang mengalir. Entah kenapa, pelukan kejap tadi mendatangkan sebak di dadanya. Mungkin rindu melanda jiwa.

Ivan hanya memerhati dari tepi. Melihat suri hatinya menjadi anak manja di depan matanya. Mungkin kerana pembawakan budak, Hayra menjadi sensitif begini.

Sedari balik dari hospital pagi tadi sehingga mereka keluar tadi, gadis itu tidak lepas memeluknya. Bila disoal kenapa, akan keluar jawapan yang pelik.

"I rasa macam you jauh dengan I."

Jawapan itu juga yang diulangnya setiap kali disoal. Entah kenapa gadis itu punya perasaan yang sebegitu sedangkan dalam tempoh itu, dia hanya berkepit dengan isterinya yang sedang berbadan dua.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ