6.

1.6K 65 7
                                    


vote and comment!

______________________

Ketawa yang menemani perjalanan mereka selama dua jam tadi berganti dengan suasana suram. Tambah pula cuaca hujan rintik-rintik di luar. Rasanya lebih kurang seperti menonton filem seram dalam wayang.

"Kau kenapa diam je?" Aniq menegur setelah satu jam berlalu dalam keadaan yang sebegini.

Awalnya, dia ingat Hayra tertidur selepas puas mengisi perut yang kosong. Tetapi, sangkaannya meleset apabila perasan mata Hayra masih terbuka luas melalui cermin sisi.

Hayra yang seakan baru tersedar dari mimpi berpaling menghadap Aniq sekejap sebelum kembali memandang jalan di depan. Kepalanya menggeleng kecil.

Aniq ambil botol mineral yang terletak elok di bahagian pintu lalu menghulurkannya kepada sepupunya. Perlahan-lahan Hayra ambil botol air itu dan meneguk rakus sehingga tinggal separuh. Baru Hayra sedar, betapa dahaganya dia ketika itu.

"Kau pucat semacam ni, okay tak?"

"Hah?" Itu yang terkeluar daripada bibir Hayra. Bingung dengan situasi yang kejap-kejap fantasi dan kejap-kejap realiti. Mengelamun pun dah tak senang duduk dengan sepupunya.

Aniq hanya diam tak membalas sebaliknya menyalakan signal kiri kereta. Tak lama kemudian, stereng kereta teralih ke arah yang sama. Dua minit kemudian, Aniq beralih masuk ke dalam kawasan stesen minyak.

Hayra intai tahap minyak kereta menerusi meter yang ditunjukkan. Nampaknya masih tinggal tiga suku, jadi kenapa Aniq masuk ke sini? Aniq menghentikan kereta berdekatan kedai stesen minyak dan keluar meninggalkan Hayra.

Selang lima minit, Aniq kembali dengan sebelah tangan memegang sepeket jajan kegemarannya. Dan, itu saja. Hayra sudah mula berasap kerana Aniq tak beli apa-apa langsung untuknya.

"Apa kau ingat, aku takde perut?" bidas Hayra sebaik sepupunya membuka pintu dan bersedia untuk masuk. Aniq memegang dadanya seakan terkejut mendengar sapaan kurang sopan itu.

Aniq memandang gadis yang sedang memberi jelingan tajam kepadanya sambil memakai tali pinggang keledar. Dia bersandar pada kusyen kereta lalu bersuara selamba, "kau bukan memang takde hati perut ke?"

Hayra tercengang. Jelingannya terus hilang begitu saja. Dia faham ada maksud tersirat dalam ayat itu. Aniq merajuk dengannya.

"Apa kau nak cakap ni?"

Kali ini, baru Aniq memandangnya semula bersama sebuah senyuman paksa. Dia menghela nafas berat lalu menggelengkan kepala. Tangannya menyeluk poket seluar mengeluarkan air milo dalam tin dan meletakkannya di atas riba Hayra lalu kembali ke stereng kereta tanda mahu menyambung perjalanan.

"Kau nak revenge aku ke, Aniq?"

Aniq kembali bersandar pada kusyen kereta. Dia tahu Hayra sedang merenungnya, tetapi dia tak berani menentang mata itu. Tak sanggup lihat sayu dalam mata berkaca itu.

"Kau ada masalah, tapi kau tak nak share dengan aku. Aku rasa friendship kita since kecik ni worthless. Rasa macam aku ni ada waktu senang kau je. Bila kau senyum dan ketawa, aku ada. Bila kau sedih, dalam kepala kau pun aku takde." Sayu nada Aniq dalam sebuah perenggan luahan hatinya. Hayra sudah menitiskan air mata.

Rupanya Aniq bukan saja merajuk dengannya, tapi dia terasa. Terasa hati dengan kehilangan layanan istimewa yang sepatutnya diberikan kepada sepupunya.

"Aku mintak maaf." Banyak ayat yang dia karang dalam minda sebagai penjelasan. Tapi, semua itu tersekat di kerongkong. Lalu, yang terluah hanya tiga patah kata itu.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now