18.

1.1K 48 0
                                    

"Pakai yang ni."

Hayra memandang Ivan dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Ivan berkerut dahi dan menyoal, "apa?"

"Tak cantik ke baju ni?" soal Ivan sambil menilik skrin telefonnya sejenak apabila Hayra tidak memberikan sebarang respon. Hayra menggeleng untuk soalan itu.

"You senang-senang suruh pakai yang ni. Baju yang you bagi tu, siapa nak pakai?"

"Alah, simpan je lah" kata Ivan selamba. Hayra membulatkan mata, tidak setuju dengan kata-kata itu.

"Borosnya. Mentang-mentanglah anak tunggal."

Kata-kata yang meniti di bibir Hayra menarik perhatian Ivan. Matanya yang sibuk mencari baju lain yang lebih sesuai untuk Hayra melalui telefon, terus beralih ke mata gadis itu.

"Macam mana you tahu I anak tunggal? I tak pernah bagitahu you."

Hayra terdiam. Macam mana dia tahu Ivan anak tunggal kalau bukan daripada lelaki itu sendiri. Mungkin Irman? Tapi, mereka hanya bercakap tentang Danisha. Tak pernah pula dia berbual mesra dengan Danial untuk tahu tentang Ivan.

"Medina?" Sapaan Ivan menyentakkan Hayra daripada terus berfikir.

"I tak tahu. I just main cakap je."

Ivan sekadar mengangguk. Ada sedikit kekecewaan dalam matanya apabila jawapan itu yang diberikan.

"Um, kita nak pakai baju apa malam ni?" soal Hayra ceria. Sengaja mahu ubah topik supaya wajah keruh Ivan tidak kekal lama.

"Yang ni okay kan?" Ivan membalas ceria juga. Telefonnya masih menunjukkan baju yang disarankan tadi. Hayra menghembus nafas lega apabila lelaki itu kembali dengan senyumannya.

"Kan yang tadi tu ada."

"Takpe, nanti-nanti boleh pakai" kata Ivan masih memujuk isterinya. Entah kenapa, dia tertarik dengan baju yang tertera di skrin telefonnya. Nampak lebih cantik daripada kedua baju yang telah dia berikan kepada Hayra.

"Ei, selambanya" gumam Hayra perlahan. Kepalanya menggeleng kecil mengenangkan sikap Ivan yang boros berbelanja semata-mata untuk majlis malam nanti.

"Look, I only want the best for you" kata Ivan redup memandang anak mata hazel gadis itu. Pipi Hayra sudah memerah sedikit apabila dipandang begitu.

"You pakai yang ni eh?" pujuk Ivan sambil keningnya terjongket sedikit. Bibirnya dikemam, menunggu jawapan daripada isterinya. Hayra mengeluh perlahan lalu mengangguk saja. Mengalah dengan perangai Ivan yang sungguh mencuit hatinya.

"Yes! Thank you, sayang!" kata Ivan kuat lalu tangannya laju menekan-nekan telefonnya mendail nombor seseorang. Tak lama kemudian, dia bangun dan berjalan ke luar kedai untuk bercakap dengan pemilik nombor yang didailnya tadi.

Hayra hanya terpaku di situ tanpa sebarang reaksi. Orang ramai yang sedang memandang ke arahnya dek jeritan Ivan tadi, tidak dipedulikan.

"Thank you, sayang!"

Buat pertama kalinya, Hayra merasakan debaran hebat di hatinya kerana Ivan. Hanya kerana perkataan sayang yang meniti di bibir Ivan.

Hayra tersenyum kecil.

"Ay, adik manis. Kenapa senyum sorang-sorang tu?" usik Ivan sambil kembali mengambil tempat berhadapan gadis idamannya.

"Jom, nak bawak you pergi butik."

"Kenapa pulak?" soal Hayra keliru. Ada hal apa pula sampai kena pergi butik ni?

"Ambil baju you."

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now