47.

1.2K 38 0
                                    

Hayra menatap wajah pucat lelaki yang terbaring lesu di katil hosptital itu tanpa mengelipkan mata. Sudah cukup 10 hari dia berkunjung ke hospital untuk menemani lelaki, namun dia tidak punya belas kasihan. Terlalu pentingkan tidur, sehingga gadis itu sanggup diabaikan.

Tangannya naik menguak rambut hitam pekat lelaki itu. Air mata yang setia menuruni pipinya diabaikan. Dia sangat rindu akan suara lelaki itu. Dia sangat perlukan mata ambar itu untuk terus menenangkannya.

"You tak kesiankan I ke? Bangunlah, abang." Hayra mulakan dialog yang setiap kali diulangnya. Tidak kesiankah Ivan membuat isterinya menunggu?

"Adriyan, please bangun," kata Hayra lirih. Sangat mengharapkan jasa baik lelaki itu untuk membuka mata dan melihat dunia. Melihat wajahnya sebagai isteri.

Tangan kiri Ivan yang bebas daripada wayar-wayar yang berselirat di situ, dicapai. Digenggam seerat yang mungkin supaya ada secebis kekuatan tersalur ke dalam jiwanya.

"I tengah berpantang sekarang. Kalau you tak bangun, siapa nak jaga I?" Soalan itu dibiar sepi, berlalu dengan angin malam. Esakan mula terbit di bibirnya. Berkali-kali dia ingatkan dirinya supaya tidak menangis di sini, tetapi dia kalah bila melibatkan nyawa dalam perutnya.

Kerana malam itu mereka dilanggar sebuah lori simen yang tidak bertanggungjawab, dia kehilangan anaknya. Benih berusia sembilan minggu yang sedang bercambah di dalam rahimnya hilang begitu saja. Suaminya pula terlantar di katil hospital begini, dalam fasa koma yang entah bila akan berakhir.

"Adriyan, bangun please," rintih Hayra lagi. Dia tidak sempat menangis kerana kehilangan kandungannya kerana suaminya sudah terlantar begini. Dia harus kuat untuk kembalikan Ivan, jadi dia ketepikan perasaannya.

Namun, dia tidak mampu. Esakannya terlepas. Lebih kuat daripada sebelumnya. Kepalanya ditundukkan dan direhatkan pada birai katil sambil tangan erat menggenggam tangan kiri Ivan.

Sejenak berlalu dengan sepi, hanya esakan halus Hayra yang masih kedengaran. Dia mengangkat kepala apabila terasa bagaikan ada pergerakan di dalam tangannya. Jari-jemari Ivan bergerak-gerak cuba keluar dari genggamannya.

Mata Hayra terus naik memandang mata itu, harapkan mata ambar itu menjamah wajahnya terlebih dahulu. Ingin sekali dia lepaskan semua beban yang terasa. Ingin sekali dia memeluk cium lelaki itu kerana rindu yang menggunung.

Dada lelaki itu naik turun dengan rentak yang tidak menentu. Itu bermakna nafasnya tidak sekata. Hayra menyentuh dada itu perlahan, "Adriyan."

Makin kencang dada itu naik turun umpama tidak cukup oksigen. Hayra memerhati sekeliling, memikirkan apa yang dia boleh buat sekarang. Panik telah melandanya, jadi dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

"Doktor!" Akhirnya suara miliknya keluar dari kerongkong. Dia teringat tentang keberadaan mereka di hospital dan dia perlu memanggil doktor dengan segera.

Laju Hayra bergegas keluar, mencari doktor di luar bilik yang menempatkan Ivan. Setiap jururawat yang berada dalam laluan disapa untuk menanyakan keberadaan doktor yang bertugas untuk merawat suaminya.

"Kenapa Puan Hayra?" Seorang doktor yang sedang memeriksa dokumen di kaunter berdekatan, menyapa. Melihat kekalutan yang terpancar pada wajah gadis itu, rasanya ada yang tidak kena.

"Ivan-- dia-- sesak nafas," kata Hayra tercungap-cungap. Pergerakannya perlu dibataskan kerana dia baru saja keguguran. Namun kerana ini melibatkan nyawa suaminya, dia redah saja berlari merata-rata.

"Kejap, saya tengok," kata doktor itu tenang lalu bergegas ke bilik yang menempatkan pesakitnya. Sejak melakukan pembedahan pada lelaki itu 10 hari lepas, memang dia yang bertugas untuk menjaga kesihatan Ivan.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now