13.

1.3K 53 2
                                    

"Hayra, awak pun ada dekat sini?"

Hayra yang tekun memotong stik dagingnya mengangkat wajah apabila satu suara garau menegurnya.

"Megat Jai? Awak buat apa kat sini?" Megat Irman Huzairi, lelaki idaman staf-staf perempuan di ofisnya. Apa lelaki ini menyibuk dekat sini?

"Told you to call me Jai."

Hayra menjulingkan matanya ke atas. Mulutnya mengumam perkataan, 'whatever'.

"Awak tak ingat position saya dekat Etoille's Designs?" soal Megat Irman dengan nada riak. Siap terangkat-angkat keningnya beberapa kali.

"Kenapa awak sounds like some kind of mamat poyo gila kuasa?" Hayra membidas geram. Sakit mata memandang Megat Irman begitu.

Tak tahu pulak kenapa ramai gadis tergila-gilakan lelaki ini. Dah lah poyo, lepastu gila kuasa.

Megat Irman hanya tergelak kecil. Bukan dia tidak kenal pembantunya yang suka melawan segala percakapannya. Perangai itu yang membuatkan dia lebih jatuh sayang pada Hayra.

Gadis yang enak makan stik dagingnya dipandang sejenak sebelum menyoal, "apa awak buat dekat sini, Hayra?"

Hayra mengambil masa lebih kurang lima saat untuk mengunyah dan menelan daging itu sebelum menjawab, "waktu tengah makan, baru sibuk nak tanya!"

Sebuah dengusan kasar turut dihadiahkan dengan sepakej jelingan tajam. Nak makan pun, dah tak senang!

Megat Irman tergelak kecil. Langsung tida terkesan dengan bidasan mahupun jelingan daripada Hayra. Dia lagi suka adalah!

"Teman sepupu saya." Marah-marah pun, Hayra tetap jawab. Nak buat macam mana, dah nama pun ketua. Terpaksa juga dia layan.

"Siapa sepupu awak?" soal Megat Irman ingin tahu.

Matanya melilau sekeliling melihat setiap wajah yang enak menjamu selera di meja itu lalu tertangkap sepasang mata yang tajam menikamnya. Si jejaka yang duduk betul-betul bersebelahan dengan Hayra.

"Eh tuan!" Laju tangannya dihulur untuk berjabat dengan bos besarnya. Hulurannya bersambut dan tersenyum lega. Kang gaji kena potong kang, merempat dia kejap lagi.

"Kau lepas beramah mesra dengan perempuan, baru perasan aku." Megat Irman tersengih. Tangannya menggosok belakang tengkuknya perlahan. Dah terbiasa begitu apabila sedikit janggal. Dah terkantoi kacau anak dara orang kan?

"Saya tak perasan tuan kat sini, hehe" kata Irman masih dengan sengihan yang menunjukkan barisan giginya. Tangannya masih lagi setia menggosok belakang tengkuknya untuk menghilangkan rasa janggal.

"Tu-an?" soal Hayra sepatah. Bingung sebenarnya apabila Megat Irman yang merupakan ketuanya memanggil lelaki di sebelahnya sebagai tuan. Kenapa tuan?

Megat Irman berpaling memandang gadis pujaannya. Ternyata wajah itu berkerut seribu kerana tak faham situasi. Megat Irman tersenyum kecil sebelum menyoal, "Eh Hayra, dia ke sepupu awak?"

Hayra menggeleng. Mukanya jelas tidak puas hati kerana persoalannya tidak berjawab. Tangannya diunjukkan ke arah Aniq yang sedang menikmati jus epalnya penuh nikmat. Megat Irman sekadar mengangguk.

"So, awak tak tahu eh Tuan Syed ni CEO Etoille Groups?"

Mulut Hayra ternganga luas. Matanya jadi lebih bulat daripada sediakala. Garpu yang berada dalam genggamannya terlepas. Pisau pemotong stik pula sudah jatuh ke lantai.

"APA DIA!?"

Satu meja memandangnya dengan riak tidak senang. Seorang gadis bertudung litup yang sopan dan pandai bawa diri sejak awal tadi, sudah menganggu ketenteram mereka yang sedang enak menjamu selera.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now