40.

1.2K 38 0
                                    

Air mata yang menitis membasahi pipi tidak lagi dihiraukan. Hatinya terlalu sakit untuk menerima kenyataan ini, jadi dia biarkan saja air mata lelakinya gugur. Menangisi nasib cintanya yang berakhir begitu saja.

Tidak disangka yang Hayra sudah pun mengahwini orang lain. Dia menaruh harapan pada seorang gadis yang sudah bersuami. Dia hampir bertunang dengan seorang gadis yang sudah bernikah. Hampir-hampir melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.

Tangannya sibuk mematah-matahkan jarinya untuk mengeluarkan bunyi. Entah kenapa, dia rasa puas melepaskan amarahnya di situ.

Satu tangan lembut menyapa bahunya, menyebabkan dia mengangkat wajah, melihat empunya tangan kecil itu. Apabila sudah dikenal pasti, tangan itu ditepis daripada terus berada di bahunya. Kepalanya kembali menunduk.

"Aniq, janganlah macam ni," kata Hayra perlahan. Sakit pada tangannya yang ditepis tadi, diabaikan. Juga sakit pada hatinya kerana ditolak begitu.

Aniq diam, tidak mampu menuturkan kata. Dia marah pada gadis itu. Tidak terfikirkah Hayra untuk beritahu perkara yang sebenar? Sudah setahun lebih gadis itu merahsiakan semua ini, tidak terfikirkah dia untuk berkongsi?

"Aniq, don't cry," pujuk Hayra perlahan. Sepupunya itu dipandang simpati. Penuh rasa bersalah dalam hatinya apabila setiap satu mutiara jernih dari mata lelaki itu jatuh. Itukah bayaran untuk Aniq kerana terlalu mencintai dia?

Aniq mengesat matanya kasar, biarkan pipinya dipenuhi air mata kering. Hingus ditarik kuat sambil poketnya diraba, mencari tisu mahupun kain yang setia berada dalam poketnya.

Hingus yang meleleh cuba dilap pada jaket kulit yang dipakai, namun terhenti apabila ada sapu tangan yang terhulur. Mata naik memerhati wajah Hayra yang penuh pengharapan. Sapu tangan itu diambil lalu hidungnya dilap kasar.

"Aniq, I'm sorry. Jangan menangis sebab aku," pujuk Hayra lagi. Sungguh hatinya penuh sesalan kerana membiarkan lelaki itu menangis kerananya.

"Medina pernah cakap, it's okay to cry."

"And everytime she says that, she were always there for you. But now, you don't even allow her to," kata Hayra lirih. Sedikit berjauh hati dengan layanan Aniq yang dingin. Memang wajar dia dapat semua ini, namun semua itu berlaku di luar pengetahuan dan ingatannya.

Melihatkan lelaki itu diam menunduk, Hayra kembali bersuara, "Aku mintak maaf, Aniq."

"Kau langsung tak terfikir nak bagitahu aku?" Soalan itu membuatkan Hayra terdiam.

"Kau tahu ke tak tahu apa yang dah jadi dekat aku sementara kau exam kat sana?" Soal Hayra curiga. Adakah ibu bapanya turut merahsiakan hal berkaitan kemalangan itu?

"You're married. Itu pun baru aku tahu."

"Aku accident, and aku amnesia."

"What?" Soal Aniq tidak percaya. Mengapa terlalu banyak perkara berkaitan gadis itu dirahsiakan dari pengetahuannya?

"Amnesia? You don't act like one," kata Aniq masih dalam nada tidak percaya. Walhal lupa ingatan, masakan gadis itu masih mengingati dirinya?

"I forgot what happened to me in one-year term. Aku tak ingat aku kerja bawah Ivan, aku kahwin dengan Ivan and all," terang Hayra bersungguh-sungguh. Berharap agar sepupunya faham dan terima alasan itu.

"Aku tak boleh bagitahu kau sebab aku pun tak tahu," tambahnya lagi.

"Tapi, sekarang?" Soal Aniq curiga. Bukan tidak percaya, cuma dia rasa tidak cukup bukti.

"Semalam aku dapat memori aku balik, lepas accident tu."

"Make sense why Ivan asyik melekat dengan kau dekat business centre dulu." Pertemuan mereka di Johor Bahru dulu, menjengah fikiran. Walaupun ada lenggok profesional pada Ivan dan Medina, mereka bagaikan ada tarikan. Ivan tidak pernah putus asa daripada terus mendekati gadis itu.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now