42.

1.2K 40 0
                                    

Selesai menggosok tudung bawal satin berwarna merah jambu lembut, dia terus meletakkannya di atas kepala. Berbeza dengan gaya yang selalu dikenakan, kali ini dia melilit tudung seperti selendang, tanpa melipatnya kepada bentuk tiga segi dahulu.

Baju kebaya Indonesia yang diborong oleh Ivan minggu lepas, tersarung kemas di badannya. Sempat lagi lelaki itu membelikan baju ini ketika pergi bertemu bual di salah sebuah syarikat kongsi di sana.

Berat juga hatinya untuk lepaskan Ivan pergi ke sana selama seminggu kerana cuaca di Indonesia yang tidak menentu. Tidak terkira doa yang dipanjatkan supaya tiada bencana yang diturunkan di Bumi Indonesia itu, dan nasib menyebelahinya apabila doa itu didengari yang Maha Esa.

Satu tangan melingkar di bahunya sambil ada wajah yang memberat di bahunya. Hayra sekadar tersenyum ke arah imbasan cermin yang menunjuk jelas wajah lelaki itu yang jelas mengantuk walaupun baru selepas keluar dari bilik mandi. Hayra senyap mengenakan solekan pada wajahnya sambil sesekali tersenyum lucu apabila lelaki itu merengek kerana tidurnya terganggu.

"Dah siap!" kata Hayra ala-ala Mira Filzah selesai memakai tudung di tutorialnya. Ivan mengangkat wajah dari bahu isterinya lalu memandang ke arah cermin. Matanya bagaikan terpaku melihat hiasan indah si gadis. Cantiknya yang tidak mampu diungkapkan dengan kata.

Pipi Hayra yang naik bersama senyuman lebar itu dicium sekilas lalu, "Kenapa awak cantik sangat?"

Muka Hayra yang terkejut kerana kucupan pantas itu tersenyum malu. Darah menyerbu naik ke muka menyebabkan wajah itu sedikit merah dan menundukkan kerana malu dengan tindakan serta kata-kata Ivan untuknya.

Bahu Hayra ditarik menghadapnya. Nafas dihela lalu satu senyuman manis dihadiahkan buat gadis pujaannya, "Happy Anniversary, baby girl."

Hayra tersenyum terlebih gula. Satu kerana ingatan tentang hari bahagia mereka dulu menerpa fikiran. Dan, satu lagi kerana panggilan yang terbir di bibir suaminya. Jarang ada panggilan lain yang terbit di bibir merah itu kecuali nama keduanya. Jadi, setiap kali dia mengungkap kata panggilan yang manja untuknya, wajib sengihan menemaninya sepanjang hari.

"Awak tahu hari ni tahun ke berapa?" Soalan Ivan membuatkan senyum di bibir Hayra hilang. Sudah terlalu lamakah mereka tidak bersama? Ini kali pertama mereka akan meraikan ulang tahun hari bahagia mereka, namun soalan itu bagaikan sudah lama mereka berkahwin.

Hayra menggeleng perlahan sambil minda masih fikirkan. Tahun ini ialah tahun 2019 dan mereka berkahwin pada tahun...

"2 years before, same day." Tidak habis dia mencongak, Ivan sudah bersuara terlebih dahulu. Sedar tidak sedar, dua tahun sudah berlalu sejak mereka berkahwin. Namun, hari yang mereka lalui bersama tidak sampai tiga bulan.

Dua bulan mereka bersama pada awal perkahwinan. Setahun yang bagaikan neraka tanpa wajah si dia di sisi lalu takdir membawa mereka bertemu kembali. Setelah berbulan-bulan mengejar gadis itu, akhirnya mereka bersama semula sejak sebulan lalu.

Hayra sekadar tersenyum. Badai yang menimpa rumah tangga mereka bukan senang untuk ditepis. Bukan mudah untuk dilupakan kerana dia tidak mahu ada ingatan yang terlupus lagi. Hanya harapan supaya semua itu tidak berlaku lagi.

"Kita turun eh?"

- - -

"Hanya dirimu."

Tepukan gemuruh memenuhi ruangan laman besar itu seusai nyanyian gabungan suara Ivan dan Hayra habis. Hayra tersipu malu lalu cepat-cepat turun daripada pentas yang diletakkan berhadapan semua meja makan yang disediakan, diikuti Ivan yang sudah terbiasa dengan semua ini.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now