19.

1.1K 41 0
                                    

Hayra menyarungkan baju yang Ivan hadiahkan untuknya tengah hari tadi. Dress warna putih bercorak pada bahagian atas dan diikuti bahagian bawah yang kembang dan berwarna hijau zaitun.

Entah apa yang istimewa pada baju ini, Ivan sangat teruja untuk membelinya dan tak putus-putus memesan Hayra agar memakainya untuk majlis malam ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah apa yang istimewa pada baju ini, Ivan sangat teruja untuk membelinya dan tak putus-putus memesan Hayra agar memakainya untuk majlis malam ini.

Seperti kebiasaannya, Hayra memulakan solekannya bermula dari kelopak mata. Seterusnya, maskara untuk bulu mata dan eyeliner untuk menampakkan matanya yang bundar. Akhir sekali, gincu pink lembut yang sentiasa sesuai untuk bibirnya yang sederhana besar.

Hayra menapak keluar selepas mengambil barangan yang diperlukan dan menyumbatkan semuanya ke dalam beg sandang miliknya. Tepat ketika itu juga, Megat Jai keluar daripada bilik sebelah kanan biliknya.

"Hello, princess!" sapa Megat Jai sambil melambai kecil. Hayra sekadar mengangguk dan tersenyum saja.

Tak lama selepas itu, dia terus mendekati Hayra dengan satu soalan, "wanna join me?"

"Girlfriend awak, apa jadi?" soal Hayra apabila teringatkan bisnes Megat Jai yang kini melibatkan Danisha. Perempuan yang bakal menjadi perampas takhta permaisuri hati entah sang jejaka yang mana satu.

"Takkan lah saya nak berkepit dengan dia. Kang kena sekeh dengan abang dia kang." Megat Jai akhiri dengan tawa kecil menyebabkan Hayra turut sama ketawa mendengar kemungkinan itu.

"Will you join me, then?"

Hayra terkulat-kulat hendak menjawab soalan itu. Sesekali matanya melirik pandang pintu sebelah kiri biliknya menunggu tuan empunya untuk keluar.

"Hayra?"

"Um, saya--"

"Sorry, she's with me tonight." Kata-katanya terus dipotong oleh Ivan yang menerpa dari belakang. Hayra menghembus nafas lega tanpa disedari dua jejaka itu.

"Oh, okay. Sorry, tuan" kata Megat Jai lalu terus hilang dari pandangan. Entah ke mana dia pergi begitu cepat pun, tak tahu.

Kedua bahu Hayra dipegang lembut sebelum ditarik menghadap si jejaka. Tangannya terlipat ke dada sambil memandang Hayra atas bawah. Senyuman nipis terukir elok di bibirnya.

"Incredible!"

Hayra menjongketkan sebelah keningnya. Apa pulak yang menakjubkan sangat ni?

"You look great on this dress. Lovely" puji Ivan sambil mata redup memandang sepasang mata hazel di hadapannya. Hayra cepat-cepat mengalihkan pandangan apabila pipinya mulai memanas.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now