39.

1.1K 42 2
                                    

"Ivan suami Medina."

Aniq mengatur langkah longlai ke arah sofa di hujung bilik itu. Badannya terduduk lemah apabila kaki tidak lagi mampu menampung. Hatinya terlalu sakit untuk mencerna informasi itu. Aniq meraup wajahnya kasar apabila kepala mula terasa berat.

Ivan suami Hayra, kenapa dia tidak pernah tahu? Mengapa dia tidak diajak ke majlis perkahwinan adik angkatnya sendiri? Mengapa dia dibenarkan berkahwin dengan sepupunya? Terlalu banyak soalan yang menerpa minda, membuatkan dia menghentak sofa kuat.

"Erfan!" Suara Puan Hanie yang kaget dengan perubahan anak angkatnya berlari anak ke arah sofa itu. Sedaya upaya tangan sasa yang sedang menghentak sofa cuba dihenti.

"Kalau kamu marah dengan ayah, cakap." Encik Iskandar mengeluarkan arahan. Jarang sekali dia bersuara keras begitu, namun menyedari Aniq yang menyerupai ayah kandungnya luar dan dalam, dia terpaksa bertegas. Dia kenal benar dengan kemarahan adiknya, Ikhsan.

"Erfan tak marah, ayah. Erfan sakit," kata Aniq lirih. Matanya bergenang, namun cepat-cepat dikesat supaya tidak menangis. Bak kata arwah ayahnya, anak jantan tidak sepatutnya menangis.

Puan Hanie di sebelahnya dilanda kerisauan. Bahu Aniq diusap perlahan, menunjukkan aura keibuan yang sangat efektif. Aniq menitiskan air mata sambil melentokkan kepalanya pada bahu wanita itu.

"Kenapa Erfan tak tahu Dina dah kahwin?" Soal Aniq perlahan. Namun, sempat menangkap setiap pasang telinga yang berada di situ. Hayra dan Ivan hanya mampu diam kerana mereka tidak tahu sebab perkahwinan itu dirahsiakan daripada Aniq. Kebenaran bahawa Aniq sebenarnya langsung tidak tahu tentang itu pun baru mereka tahu.

Encik Iskandar dan Puan Hanie masing-masing terdiam. Tidak tahu untuk menjawab soalan itu. Rahsia yang disimpan rapi untuk bertahun-tahun lamanya, kini perlu diketengahkan. Selepas sepuluh tahun lamanya.

"Kenapa Erfan tak tahu, bu?" Tidak peroleh jawapan daripada si ayah, dia mengasak kepada ibunya. Dia perlukan jawapan itu. Mengapa dia tidak tahu-menahu langsung mengenai perkahwinan gadis yang menjadi pujaannya sejak dia meningkat remaja?

"Kenapa!?"

"Sebab arwah Aniza tak suka." Jawapan itu membawa kerutan ke dahi Aniq. Apa kena mengena ibunya pula? Apa kaitan ibunya yang sudah meninggal dunia sepuluh tahun lepas dengan Hayra yang baru berkahwin dua tahun yang lepas?

"Mama?"

Encik Iskandar mengangguk. Sepatutnya dia simpan saja rahsia ini. Tidak mahu arwah mendapat nama yang tidak baik. Namun, memandangkan Aniq mahukan jawapan, rasanya hal ini perlu diberitahu. Aniq berhak untuk tahu.

"Apa kena mengena dengan mama? Apa yang mama tak suka?" Soal Aniq hairan. Sumpah dia tidak mengerti kenapa nama ibunya diheret sama. Dia langsung tidak dapat menyelesaikan tanda tanya yang menghubungkan ibunya.

"Kak Za tak suka kalau kamu kahwin dengan Dina."

"Mama tak suka?" Soal Aniq masih tidak percaya. Mengapa pula ibunya tidak suka jika dia memilih untuk berkahwin dengan Hayra? Bukan ibunya tidak tahu tentang perasaan terhadap gadis itu. Dia sudah memberitahu ibu dan ayahnya awal-awal tentang rancangannya untuk mengahwini Hayra.

"Ya, mama kamu tak suka."

"Takkanlah, ibu. Mama tahu Erfan suka Dina," kata Aniq masih mempertahankan ibunya. Dia tidak tahu apa yang Encik Iskandar dan Puan Hanie katakan ialah sebuah dusta, ataupun arwah ibunya hanya berpura-pura tidak kisah ketika dia sampaikan hajatnya.

"Sebab dia tahu lah, dia tak benarkan. Dia minta ayah dengan ibu berjanji yang kitaorang takkan bagi kamu kahwin dengan Dina."

Kalau sehingga kes berjanji diungkit, rasanya ada benar dalam kata kedua ibu bapa angkatnya. Aniq keliru, tidak tahu hendak percaya atau tidak. Tergamakkah ibunya berbuat demikian?

"Kenapa mama cakap macam tu?"

"Takkanlah kau tak tahu, Cik Za tak suka aku?" Hayra mencelah kali ini. Dia sedar itu sebabnya kerana Puan Aniza tidak pernah suka akannya. Semuanya kerana adik Aniq yang sama umur dengannya.

Aniq berfikir sejenak, "Takkanlah untuk benda kecik tu?"

Dia tahu Puan Aniza tidak berapa suka akan Hayra kerana Hayra mendapat segala-galanya. Biar dalam pencapaian akademik mahupun akhlak, sentiasa mendapat pujian daripada saudara-mara dan sahabat handai.

Berbanding anaknya, Inara yang sebaya dengan Hayra. Tidak pernah mendapat semua perhatian itu kerana dia sentiasa berada di tempat kedua. Bijak, namun tidak berjaya menumpaskan Hayra yang sentiasa gempak dalam semua perkara.

Perlahan-lahan keinginan itu bertukar menjadi dendam, sampaikan pelbagai perkara keji terang-terangan dilakukan terhadapnya tanpa berselindung.

"Inara buat salah, aku yang akan kena. Cik Za akan marah aku sebab careless kononnya. Kau yang selalu leraikan masalah tu, takkan tak sedar?" Soal Hayra lagi, mengungkit setiap satu yang berlaku padanya biar Aniq mengerti.

"Dina, aku--"

"Jangan kata kau tak ingat apa yang Inara buat bila kau melawak nak ikut aku pindah Terengganu." Hayra mengungkit lagi. Walaupun sudah lama, luka itu bagaikan masih baru dan kembali berdarah.

"Sanggup dia bu--" Tangan Ivan yang menyentuh lembut bahunya, menghentikan kata-kata Hayra daripada diteruskan.

"Istighfar, jangan mengungkit salah arwah," kata Ivan menyedarkan Hayra tentang khilafnya yang sangat ikutkan emosi. Mulutnya mengikut ucapan istighfar yang disebut perlahan oleh suaminya.

"Aku tahu, aku mintak maaf bagi pihak diorang. Maafkan arwah, Dina."

Hayra diam. Akalnya membentak tidak mahu memaafkan mereka. Bukan mudah untuk melupakan apa yang sudah mereka lakukan ketika dia masih kecil. Namun, dalam hatinya dia cuba untuk memaafkan.

"Bagi dia masa, she will definitely forgive and forget," kata Ivan bagi pihak Hayra. Dia berkata begitu supaya Hayra ingat kata-kata itu dan cuba praktikkan.

Hayra mengangguk. Memaafkan dan melupakan adalah cara yang diajarkan oleh agama Islam.

"Tapi, kenapa Erfan tak tahu langsung pasal wedding Dina?" Soal Aniq sambil memandang ke arah Encik Iskandar. Dia masih tidak mengerti kaitan antara janji ibunya dan rahsia perkahwinan Hayra.

Puan Hanie mendekati Aniq yang masih keliru. Jawapan itu mudah untuknya menjawab, "Ibu dengan ayah tak nak Erfan terganggu."

"We know that you loved her so much, but waktu tu Erfan tengah exam. Ibu tak nampak apa kecuali your studies. I was planning to tell you afterwards, lepas exam Erfan habis, but everything changed sebelum tu," terang Puan Hanie panjang lebar.

Ketika perkahwinan Hayra dan Ivan berlangsung pada bulan Disember dua tahun lepas, Aniq sedang menduduki peperiksaan akhir tahun ketiganya.

Sangkanya dia boleh beritahu hal itu selepas peperiksaan Aniq berakhir pada awal bulan Mac, namun Hayra dan Ivan terlibat dalam kemalangan pada pertengahan bulan Februari menyebabkan semuanya kekal sebagai rahsia.

Aniq diam mencerna semua informasi itu. Memang benar dia sedang menduduki peperiksaan penting pada ketika itu, jadi dia terima kalau itu alasannya. Dia betul-betul akan mengalami tekanan perasaan jika dia dikhabarkan tentang perkahwinan gadis idamannya.

"Tukar majlis tunang minggu depan, jadi ulang anniversary Dina dengan Ivan," kata Aniq lalu mengorak langkah keluar daripada bilik itu. Terlalu banyak yang dia perlu hadam, jadi dia perlukan ruang.

Encik Iskandar sekadar mengiyakan. Entah apa yang merasuk Hayra tika itu, sibuk minta menundakan majlis tunang daripada 1 Disember kepada 17 Disember. Tarikh perkahwinan anak menantunya.

Oleh itu, mereka memilih untuk berada di Manhattan untuk seminggu. Alih-alih balik awal juga kerana nasib yang menimpa anaknya.

"Uncle dengan aunty baliklah dulu, rehat dekat rumah. Esok Medina boleh discharge, Iyan bawak datang rumah." Ivan bersuara mengusulkan cadangan. Sekali gus cuba meredakan ketegangan yang terbentuk sebentar tadi.

"Nanti Dina suruh Aniq balik. Ibu dengan ayah baliklah," kata Hayra memahami gusar di hati ibu bapanya. Mereka menghela nafas lalu bersetuju untuk pulang.

"I'll send them off," kata Ivan sambil menghadiahkan satu kucupan pada dahi isterinya.

"Be safe, abang."

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now