10.

1.5K 71 7
                                    

Dress labuh berwarna pink lembut pada bahagian atas dan bercorak bunga-bunga kecil di bahagian bawah menjadi pilihannya untuk menghadiri majlis makan malam yang disediakan pada malam ini. Bukan pilihan tetapi permintaan daripada Ivan. Dia yang hadiahkan dress labuh ini kepadanya dan memintanya untuk memakai dress itu pada malam ini.

Pipinya tetiba memanas apabila teringat kembali apa yang berlaku di antara dia dan Ivan petang tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pipinya tetiba memanas apabila teringat kembali apa yang berlaku di antara dia dan Ivan petang tadi. Mukanya yang merah ditekup sebelum tergelak sendiri. Malu dengan kegilaan diri.

"Look into my eyes, and tell me to keep calm."

Ivan kelihatan seperti menelan liur. Cuak juga lelaki ini dengan tindakan drastik Hayra. Sekali lagi lelaki itu menelan liur sebelum bersuara perlahan, "tak cukup tenang lagi ke?"

Hayra terus meleraikan tautan mata itu lalu memandang taman luas di depannya. Tangannya yang kejap memegang pipi Ivan juga beralih arah ke atas ribanya.

Darah menyerbu ke seluruh mukanya menyebabkan dia tak senang duduk. Ivan di sebelah dilirik melalui hujung mata. Lelaki itu sedang tersenyum memandangnya. Aduh, malu!

"I-- I balik dulu. Um, um b-- by-- bye." Hayra terus bangun untuk berlalu pergi, namun pergelangan tangannya dipegang supaya dia berhenti.

Hayra tidak berpaling memandang Ivan. Malunya masih bersisa, jadi dia tak nak menayang mukanya yang merah itu.

Tangannya ditarik kuat membuatkan badan Hayra berpusing ke arah Ivan dan hampir terpeluk Ivan. Nasib dia sempat menstabilkan stamina kakinya.

Genggaman tangan Ivan pada tangan Hayra terlepas. Jari telunjuknya pula diletakkan di bawah dagu Hayra lalu diangkat kepala Hayra supaya memandang wajahnya. Namun, mata Hayra masih memandang tempat lain.

"Pandang I, boleh?"

Serta-merta juga mata Hayra berhenti di mata ambar milik Ivan. Ivan tersenyum lebar tanda berterima kasih kerana menuruti katanya. Sebuah beg kertas diambil dari bawah bangku yang mereka duduk tadi lalu dikalungkan pada tangan Hayra.

Hayra yang terkejut terus pandang ke bawah. Sebuah beg kertas yang sederhana saiz dipandang keliru sebelum memandang Ivan dengan kening terangkat. Ivan senyum manis lalu menjawab, "hadiah."

"Untuk apa?" soal Hayra. Kening masih lagi terangkat.

"Sebab spend time dengan saya petang ni. I boleh ganti dengan masa kalau you nak, but then anggap je ni sebagai sagu hati."

Hayra tergelak halus, ada juga orang yang hargai masa yang dia luangkan untuk dia.

"Saya  ikhlas, so it's okay." Hayra menghulurkan beg kertas itu semula kepada tuan yang sudi membelikan. Ivan hanya memandang kosong, tangan terlipat ke dada.

Mimik mukanya bertukar sedih dan dia merengek, "rugilah I beli. Ambil je, please."

Muka comelnya pula ditayangkan. Hayra tiada jalan lain, jadi dia bersetuju saja.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now