2.

2.2K 76 5
                                    

Nasi goreng pataya yang terjamu depan mata tak diambil peduli. Lelaki yang sedap melahap masakan kampung di hadapannya dipandang tanpa berkelip.

"Apa pandang aku macam tu? Makanlah sebelum sejuk" tegur Aniq apabila mata bertembung sepupunya. Hayra menyengetkan kepala dan mengangkat kening sebelah. Aniq turut memberikan reaksi yang sama; sengetkan kepala dan angkat kening sebelah.

"Apa janji kau tadi?"

"A-va?" soalnya kembali dengan mulut yang penuh. Perkataan 'apa' pun dah jadi 'ava'.

"Kau cakap nak bagitahu aku siapa Ivan" kata Hayra berbaur geram. Apa si Aniq ni ingat dia lupa akan janjinya itu? Punyalah dia beria nak tahu, boleh pula sepupunya buat-buat tak tahu.

"Aku cakap lepas makan" balas Aniq tenang. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan oleh sepupunya. Aniq hanya buat tak peduli. Setakat jelingan Hayra, dia dah terbiasa sedari kecil. Gaduh besar, gaduh kecil semuanya pernah berlaku antara mereka.

"You such an ape-"

"Ape apa?" potong Aniq acah garang. Suara terlebih seriusnya digunakan. Agak menakutkan bagi orang yang tak mengenali si jejaka, tapi untuk Hayra semestinya tidak.

"Apple." Hayra mencucuk kuat timun yang berada di atas telur yang membaluti nasi gorengnya lalu dibaling ke dalam mangkuk sup tomyam Aniq.

"Auch." Aniq merintih kecil apabila sup yang masih panas terpercik ke permukaan tangannya.

Pantas matanya memandang geram ke arah Hayra lalu bersuara mendatar, "perangai budak-budak tu pergi letak jauh-jauh boleh tak?"

Hayra hanya buat tak dengar. Mukanya jelas terpancar riak tak bersalah dengan apa yang telah dibuat dan tak kisah akan keadaan mangsa 'kebakaran' sup panas itu. Kononnya menumpukan sepenuh perhatian kepada makanannya sahaja.

"Kau ni legit budak."

:-$:-$:-$

Hayra hanya memerhati Aniq yang melicinkan mangkuk sup tomyamnya dengan menghirup sup itu sehingga habis. Setelah itu, dia bangun pula pergi mencuci tangan dan kembali duduk sambil mengeringkan tangannya pada napkin tisu yang disediakan. Dia menutup mulutnya dengan napkin itu lalu melepaskan sendawa kecil tanda kenyang.

"Ceritalah." Hayra bersuara sepatah setelah dia betul-betul puas memerhati Aniq yang memenuhkan perutnya selama 40 minit ini. Aniq memandangnya tak puas hati. Napkin yang berada di tangan dilempar pada kerusi kosong di sebelahnya.

Badan yang elok bersandar tadi diletak pada posisi ke depan sedikit, ala-ala orang berbincang hal serius. Dengan perlahan dia bersuara, "belanja aku ais krim."

Hayra membuat muka tak percaya. Punyalah Aniq melahap nasi siap bertambah, ayamnya lagi, telurnya lagi, sup tomyam satu mangkuk tu lagi. Tidak lupa juga makanan sampingan seperti sotong goreng tepung dan daging masak merah yang dihabiskan seorangnya saja. Tak cukup dengan itu, dia pesan lagi sepiring puding sebagai pencuci mulut. Tambah lagi, segelas milo ais dan segelas ais kosong yang diminum rakus.

Sekarang diminta lagi ais krim?

"Kau duduk Manhattan empat tahun tak makan ke?"

"Aku duduk dalam airplane 13 jam tak makan."

"Tak reti mintak makanan ke bengap?"

"Aku mengantuk, lalu tertidur."

Aniq mula bercerita tentang penatnya dia sambung belajar Master dan PhD yang menyebabkan dia tertidur siap lena berulit mimpi 13 jam di dalam pesawat. Hayra hanya tadah telinga sehingga dia habis bercerita di mana seorang lelaki yang baik hati mengejutkannya ketika pesawat hampir mendarat.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now