4.

1.7K 66 0
                                    

Ivan mencelik matanya apabila telefon pintarnya berdering. Bukan bunyi penggera, tetapi tanda ada panggilan masuk. Jam digital kecil yang tertera pada bahagian paling atas skrin telefon dipandang sejenak sebelum panggilan daripada rakannya diangkat.

"Weh, Ad. Esok ada meeting" kata Danial tergesa-gesa. Pukul 6.50 pagi dia menelefon untuk sampaikan informasi ini. Macam tak ada masa lain untuk membuat panggilan.

"Kenapa tak call kejap lagi je?" soal Ivan tenang, tetapi masih ada nada geram. Terganggu mimpi indahnya hari ini kerana deringan panggilan daripada mamat ni. Bibirnya mengukir senyum apabila teringat mimpi dia bersama buah hatinya.

"Sebab kau terpaksa get ready sekarang and gerak dalam pukul 10 kejap lagi."

"Awal-awal nak gi mana?" getus Ivan geram. Malas betul dia nak memandu jauh-jauh ini. Sudahlah dia baru balik dari Kelantan semalam.

"Apa kau ingat meeting kat ofis kau ke." Sinis Danial menghentam bosnya. Ivan mengetap gigi geram. Nasib baik kawan, kalau tak dah lama kena pecat!

"Waktu tengah mamai, jangan expect aku nak fikir logik."

Kedengaran tawa Danial di hujung talian. Lucu betul perangai rakannya yang seorang ini.

Di ofis, dia bukan tipikal CEO yang suka buat muka ketat 24 jam sampaikan orang bagi panggilan 'Encik Singa'. Dia murah dengan senyuman, tapi bila melibatkan hal kerja, pasti ada tegasnya.

"Kita outstation lah. Tiga hari. Balik selasa nanti" terang Danial satu-satu. Ivan hanya diam mendengar. Matanya terkatup rapat, tak larat nak buka kerana kantuk masih bersisa.

"Meeting bila?"

"Pagi esok dan lusa."

"Dah tu, buat apa pergi awal-awal?" soal Ivan curiga. Mesti ada informasi yang Danial terlupa nak sampaikan.

"Malam ni ada dinner dengan diorang pukul 8 macam tu."

"Malam kan?" soal Ivan geram. Memang dia akan sambung tidur kalau macam ni. Penatnya masih tidak hilang, dia tak mampu untuk bergerak jauh lagi.

"Well, dah lama aku mengidam nak pusing negeri orang. So yes, kita gerak puk--"

"Aku nak bersiap" kata Ivan mendatar dan terus mematikan panggilan tanpa sempat Danial menghabiskan katanya. Dia merengek manja sebelum bangun dari katilnya. Menyusun langkah ke kamar mandi.

Skrin telefon dipandang sejenak. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Itu bermakna dia ada masa lebih kurang tiga jam untuk bersiap dan mengemas pakaiannya untuk tiga hari.

"Tak guna, Danial!"

:-$:-$:-$

"Riyan, cuti-cuti ni pun pakai baju macam ni kenapa?" Datin Ariana menyoal apabila ternampak anaknya berpakaian kemeja. Tangan kemeja disinsing hingga ke siku. Jaket kulit pula tergantung elok pada tangannya.

Ivan tersenyum kecil sambil menunduk menyalami tangan ibunya. Dia mengambil tempat berhadapan ibunya di meja makan lalu menjawab, "hari ni kena outstation, ma. Takut pulak kalau sampai-sampai nanti ada program pulak."

Datin Ariana hanya mengiakan sebelum kembali menyuap nasi lemak yang terhidang. Ivan pula mula mencedok nasi, kemudian sambal belacan, seterusnya hidangan sampingan seperti telur rebus yang sudah dipotong dua dan ikan bilis. Kacang tanah yang telah digoreng turut diambil.

"Sedap betul mama masak hari ni" puji Ivan ikhlas.

Nasib baik ibunya tolak untuk mengambil orang gaji menguruskan pemakanan mereka sekeluarga. Kalau tidak, memang tak merasalah air tangan Datin Ariana ini.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now