17.

1.2K 52 0
                                    

Aniq melonggarkan tali lehernya sebaik keluar daripada bilik resort yang disediakan khas untuk mesyuarat mereka. Telefonnya yang diletakkan dalam mod senyap dikeluarkan dengan niat mahu menelefon Hayra.

Namun niatnya terbatal apabila telefonnya selamat mendarat dalam akuarium ikan kelisa emas yang diletakkan di situ kerana dilanggar oleh seseorang. Perempuan yang melanggarnya selamat masuk ke dalam lif sebelum sempat ditahan oleh Aniq.

Skrin telefonnya yang masih menyala dipandang sayu. Walaupun telefonnya kalis air dan mampu bertahan dalam air sekurang-kurangnya 30 minit, untuk meredah akuarium yang mengandungi seekor ikan kelisa sepanjang 5 kaki itu tidak nampak seperti idea yang baik baginya.

Akhirnya dia hanya membiarkan dan mengorak langkah ke arah lif berdekatan.

"Hey bro!"

Aniq menoleh ke kirinya. Mukanya yang muram diceriakan sedikit bersama sebuah senyuman paksa. Dia menyambut huluran tangan Ivan yang sudah tersua.

"Brother ke partner?" usik Ivan bersama ketawa. Tawa kecil Aniq turut sama meletus.

Mereka sudah bergelar rakan perniagaan secara rasmi selepas mesyuarat tadi. Apabila kedua-dua pihak telah membentangkan keuntungan yang akan diperolehi jika berkolaborasi, mereka sama-sama terima idea itu dengan baik.

"Kau present nice gila tadi" komen Aniq ikhlas. Hilang terus rasa sedihnya kerana kehilangan telefon tadi.

Dia betul-betul kagum dengan kebolehan Ivan yang pandai berbicara dalam mengutarakan pendapatnya. Ivan bijak mengatur kata untuk membangkang sesetengah pihak yang memperlekehkan pendapatnya.

"Maybe sebab reliability ni lah, kau berjaya sampai tahap ni" tambah Aniq lagi apabila Ivan sekadar tersenyum apabila dipuji.

"Aku takda apa pun, bro. Rezeki Allah."

"Banyak benda aku kena belajar dengan kau, bro."

Perbualan mereka terhenti di situ apabila bunyi dentingan lif kedengaran tanda lif sudah sampai.

"Aniq, kenapa call tak angkat?" Hayra dengan kening sebelah terangkat menyapa Aniq sambil menunjukkan telefonnya sendiri.

Aniq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Segan untuk beritahu perkara sebenar. Sambil tersengih, dia menjawab, "terjatuh."

"Skrin retak eh?" soal Hayra prihatin. Aniq menggeleng.

"Terjatuh dalam air."

"Phone kau waterproof kan? Ada apehal?"

Makin galak Aniq menggaru kepalanya. Susah betul bercakap dengan sepupunya ini. Mesti ada saja soalan yang dia karang untuk mendapatkan informasi yang sebetulnya.

"Phone aku jatuh dalam akuarium, Dina."

Membulat terus mata Hayra mendengar jawapan itu. Matanya terarah kepada akuarium besar tidak jauh dari situ sebelum menyoal, "kau tak ambil?"

"Dalam tu ada ikan kelisa, sayang. Gila aku nak gi ambil."

"Hm, okay. Pergi masuk bilik, kau nampak penat" kata Hayra seakan-akan mahu menghalau sepupunya untuk cepat-cepat pergi dari situ.

"Eh, dia halau pulak. Kau tu nak pergi mana?"

"Makan" kata Hayra sepatah. Sarapan pagi yang sepatutnya dia ambil pada pukul 11.20 pagi tadi terlewat sehingga pukul 12.30 tengah hari gara-gara terlalu teruja membuka bungkusan hadiah daripada seseorang.

"Bukan pukul 11.15 tadi kau WhatsApp kata nak breakfast ke?" soal Aniq curiga.

"Aku makan enam kali sehari pun, duit kau ke?" soal Hayra sarkastik. Baik dia berikan jawapan sebegini untuk selamat daripada terkantoi dengan hadiah-hadiah daripada Ivan.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now