28.

1K 47 2
                                    

Bangun dari pembaringan malam itu, baru Hayra perasan yang dia tertidur sebaik pulang dari pertemuan dengan Ivan itu. Mungkin penat keluar seharian, akhirnya dia terlelap sebaik badan tenggalam dalam katil empuk miliknya.

Telefon di sebelah diperiksa dulu dengan niat mahu melihat jam memandangkan dia tidur tadi pun pada pukul 7.40 malam selepas menunaikan solat Maghrib.

8.47 malam. Lebih satu jam dia terlelap.

Seketika kemudian, matanya terus tertancap pada beberapa mesej di bawah nama Adriyan. Cepat-cepat mesej itu dibuka apabila teringat pesannya untuk berjumpa pada pukul 9 malam nanti.

Adriyan
last seen at 2013

hey sayang.
I nak jumpa you pukul 9.
set a place please?

Bibirnya ditarik ke tepi melakar senyuman apabila Ivan menyapa dengan perkataan 'sayang'. Entah kenapa, dengan suara Ivan, panggilan itu lebih seronok didengari.

Adriyan
last seen at 2013

sorry, Adriyan. I slept.
um, nak dinner sekali ka?

Cukup tiga minit menunggu masih tiada tindak balas daripada Ivan. Meninggalkan Hayra lagi 10 minit untuk mandi dan bersiap. Tanpa mempedulikan kata balasnya, dia terus masuk ke bilik air.

Sewaktu dia keluar dari bilik air, jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 9 malam. Sebelum bergerak ke meja solek untuk memakai tudung, dia terlebih dahulu membuka telefonnya. Ada satu panggilan tak berjawab beserta satu mesej daripada Aniq dan hanya satu mesej ringkas daripada Adriyan.

Aniq Irfan
Awak dah bangun belum ni, sayang?

Adriyan
I ada dekat Mandarin Oriental

Seusai membaca, aku tinggalkan telefon dan bergerak ke meja solek. Tudung dicapai lalu disematkan di kepala. Berbanding pagi tadi, dia memilih untuk berpakaian kasual dengan berkemeja lengan panjang dan skirt labuh.

Ketika Hayra sibuk membetulkan tudungnya yang tidak menjadi, satu panggilan masuk. Kerana kalut, dia cepat saja ambil dan angkat tanpa melihat pemanggilnya.

"Hello?"

"Ye, Adriyan," sahut Hayra apabila pasti suara serak garau itu milik siapa.

"I lupa nak bagitahu. I came to a meeting dekat Mandarin Oriental and I ditaja dinner. So why not you come along?"

"Um, kalau ada staf you macam mana?" Soal Hayra curiga. Takut-takut jika dalam kalangan mereka ada yang mengenali dirinya atau turut sama bekerja di cawangan syarikat tempat dia sedang bekerja sekarang.

"Well, you pun one of those, so come on."

Lama Hayra diam berkira-kira hendak pergi atau tidak. Ivan juga setia menunggu di talian sehingga akhirnya dia berdehem sebentar lalu mulakan bicara, "If you taknak, we can meet outside. Set a place."

Hayra menggigit bibir, kesian pula lelaki itu perlu berkejar ke sana ke mari kerana dia seorang. Akhirnya dia hanya akur dengan cadangan Ivan untuk makan malam di hotel ternama itu.

"Will be there in 15 minutes."

Talian dimatikan dan dia sambung merapikan tudungnya dan turun ke bawah. Menyedari mama dan papa tiada kerana masih berada di Kelantan, dia hanya menghantar mesej kepada Aniq bahawa dia sudah keluar.

Sebaik sampai, Hayra memarkirkan kereta bersebelahan kereta Ivan. Lelaki itu kelihatan sedang tekun bermain telefon sambil bersandar di pintu kereta. Bajunya masih sama dan tidak berganti.

"Sorry late." Mendengar suara Hayra, baru dia angkat kepala bersama satu senyuman terlebih gula membuatkan Hayra terpukau seketika.

"You lapar?" Soal Ivan masih bersandar di pintu kereta. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar khakinya. Hayra menggeleng.

"So, can we just make the talking here?" Kali ini, Hayra mengangguk pula.

"So apa yang you nampak sebelum you pengsan haritu?" Untuk kali ketiga, Ivan ulang lagi soalan itu.

Maka, Hayra ceritakan apa yang dia nampak. Bayangan Ivan yang sedang tersenyum ke arahnya. Tubuhnya yang tersarung baju pengantin.

"Mula-mula tak jelas," kata Hayra sambil matanya merenung dalam mata Ivan. Perlahan-lahan tangannya naik memegang pipi lelaki itu sambil bersuara, "Bila makin dekat, makin jelas."

Ivan memasukkan tangan ke dalam kocek, keluarkan telefonnya lalu menekan-nekan skrin itu. Sebaik apa yang dicari, dijumpa, dia terus menghalakan skrin itu ke arah Hayra.

"Baju ni ke?"

Hayra terlopong melihat gambar Ivan yang betul-betul mirip dengan imej yang dia nampak tika pertama kali mereka berjumpa itu. Ini kali pertama dia melihat gambar itu secara digital setelah berkali-kali melihat dalam alam separa mimpi.

Melihat reaksi Hayra yang sebegitu, Ivan tergerak hati untuk menunjukkan gambar mereka berdua selepas majlis akad nikah tahun lepas. Gambar itu dibuka lalu skrin dihala semula ke arah gadis itu.

"Ini bukti yang saya boleh tunjuk setakat ni."

Makin terbeliak biji mata Hayra apabila gambar mereka berpelukan mesra terhidang di depan matanya. Perlahan-lahan beberapa imej masuk ke dalam mindanya silih berganti. Seorang lelaki bersama seorang wanita.

Kepalanya disentuh perlahan, kemudian diurut pelipisnya apabila sakitnya mula melarat. Kedua lengannya dicapai oleh Ivan lalu digenggam kejap, "Medina, are you okay?"

Apabila dirinya kembali ke realiti, sakit di kepalanya mulai surut. Hayra menganggukkan kepala tanda dia sihat lalu Ivan menariknya ke dalam untuk menjamah makan malam.

Setelah satu bukti terhidang di depan mata, dia punya secebis percaya untuk Ivan. Namun, dia masih tetap dengan pendirian untuk mahukan lebih lagi. Jadi, dia hanya senyap menjamah makanan sehingga habis.

Sewaktu Ivan bangun dari kerusi, dia terlanggar dulang makanan berisi kuah kacang yang sedang dibawa oleh seorang pelayan di hotel itu. Apabila cecair panas itu melekap di dada Ivan, dia mengerang sakit.

"Riyan!" Tanpa disedari, Hayra bangun mendekati Ivan sambil mencari tisu di dalam begnya. Hampa pencariannya tidak membuahkan hasil, dia hanya menggunakan telapak tangannya untuk membersihkan dada putih itu walaupun panas.

"Awak panggil saya apa tadi?" Soal Ivan. Dia tidak lagi fokus pada apa yang berlaku kepada dirinya, jiwanya lebih tertarik kepada nama panggilan yang disebut Hayra tadi.

Belum sempat Hayra menjawab, pelayan tadi datang kembali bersama beberapa helai tisu berwarna merah jambu lalu meminta maaf dan kembali menghilang.

Sesaat kemudian, pelayan yang seorang lagi datang mendekati, "Tuan Syed, Tuan boleh masuk bilik Tuan dan fresh up di sana kalau nak."

Ivan dengan satu senyuman kecil mengangguk dan mengamit Hayra ke arah ruangan lif untuk naik ke biliknya.

"You duduk je situ. Lepas I mandi, kita sambung bincang," kata Ivan sambil membuka butang bajunya satu persatu mendedahkan dada bidangnya yang kini nampak sedikit kemerahan bahana kuah kacang panas tadi.

Hayra yang mula terasa segan dan malu melarikan anak matanya ke arah lain. Ivan ketawa kecil melihat Hayra begitu lalu masuk ke dalam tandas. 

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now