A F T E R

2.4K 66 19
                                    

Kepalanya yang pitam, disentuh perlahan. Sudah dua kali dalam hari ini dia rasakan perkara yang sama. Kepalanya pitam bagaikan hendak pengsan. Namun, hanya untuk seketika kerana dia kembali normal selepas itu.

Komputer yang menayangkan dokumen yang perlu dia selesaikan, kembali ditatap. Kepalanya sekali-sekala digeleng, ingin mengusir rasa mencucuk itu.

"Sayang." Sapaan dari pintu kabinnya, dilihat. Automatik satu senyuman terukir di wajah apabila melihat lelaki itu tersenyum manis ke arahnya.

"Can I have a cup of coffee, please?" Pinta lelaki itu perlahan. Dia ingin secawan kopi buatan isterinya supaya dapat mengusir jauh rasa kantuk yang tetiba menjentik matanya.

Hayra tersenyum kecil. Comel pula gaya suaminya yang meminta begitu. Punggung diangkat daripada terus duduk lalu langkah diatur menuju ke pantri. Sempat satu ciuman ringkas dihadiahkan pada pipi suaminya kerana kecomelan yang ditonjolkan.

Sebaik sampai di pantri, Hayra mencapai mug berwarna hitam yang sentiasa menjadi pilihan Megat Irman. Sesudu kecil serbuk kafein, dua sudu besar serbuk susu dan sesudu penuh gula kasar dimasukkan ke dalam mug tersebut.

Air panas yang dididihkan dalam cerek diambil lalu dituangkan ke dalam mug tadi. Isi di dalam mug itu dikacau rata sehingga aroma kopi memenuhi ruang pantri.

Sudu yang digunakan untuk mengacau tadi digunakan lagi untuk mencedok sedikit air kopi daripada mug dan dibawa ke bibir. Dicicipnya perlahan. Cukup rasa!

Sedetik kemudian, mug yang bewarna hitam kosong itu berubah tekstur. Gambar seorang lelaki sedang ketawa suka memandang seorang wanita menggantikan ruangan hitam kosong itu.

Gambar swafoto Megat Irman bersama Hayra yang diambil ketika mereka berdua pergi bercuti ke Perancis untuk meraikan bulan madu mereka tahun lepas.

Megat Irman tempah mug itu khas untuknya. Kononnya memori tentang isterinya akan terus abadi di dalam kotak mindanya walau apapun yang terjadi.

Setelah dua tahun berkahwin, baru Hayra bersetuju untuk pergi berbulan madu di negara kelahiran Megat Irman sendiri. Sempat juga mereka menziarahi bapa dan kakak kembar Megat Irman yang menetap di sana.

Hayra tersenyum kecil mengenangkan peristiwa bersama lelaki itu. Bahagia yang disangkanya bersama Ivan, sudah mati di tengah jalan. Lalu digantikan dengan jejaka idaman semua gadis, Megat Irman yang ditepisnya sejak awal perkenalan.

Mug berisi air kopi itu diambil lalu dibawa semula ke depan. Ingin berikan mug itu kepada si dia yang memesan tadi. Dia terus menerjah masuk ke dalam kabin suaminya menyedari lelaki itu sedang merehatkan mata pada kusyennya.

Air yang dibawa, diletakkan di atas meja lalu suaminya didekati. Tangan si dia yang sedang berehat di atas kepalanya, ditarik. Kepala lelaki itu diurut perlahan kerana dia tahu makna posisi suaminya. Barangkali lelaki itu penat.

"Kenapa ni, abang?" Soal Hayra lembut. Sedaya-upaya cuba untuk mengurangkan penat Megat Irman dengan cara itu.

Megat Irman tersenyum manis walaupun matanya masih tertutup. Suara itu saja sudah membuatkan separuh daripada penatnya hilang dibawa angin.

Tangan yang setia mengurut pelipisnya diraih lalu ditarik kuat. Tubuh Hayra jatuh ke atas badannya yang berehat di kusyen tersebut. Badan itu dipeluknya erat lalu kepalanya direhatkan pada dada itu.

Hayra menggeliat kegelian apabila lelaki itu mencium baunya kuat. Perlahan-lahan tawanya terhambur kerana makin bertambah-tambah kegelian yang Megat Irman berikan.

"I miss you," kata Megat Irman dengan nada suara yang tertahan. Entah kenapa dia sangat rindu akan gadis itu walaupun setiap hari dia menatap wajah itu, biar di rumah mahupun di tempat kerja.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now