★ Way Back Home Series ( ii ) Kemalangan yang berlaku mengubah hidup seorang Irisy Zhulaiqa kepada 360 darjah. Segala rencana awal, perlu digubal semula kerana kemalangan yang berlaku. Lebih malang lagi apabila tunangnya meninggalkan gadis itu seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Lagilah Irisy bengang dengan aturan hidupnya. Satu persatu malang menimpan dirinya. "Kenapalah hidup aku ini malang sangat." ──Irisy Zhulaiqa "Sebenarnya bukan hidup kau yang malang, cuma Allah sedang uji sejauh mana kau percaya dengan takdirnya." ──Dayana Zhalifah Berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali adalah perkara yang tidak pernah terlintas difikiran Irisy Zhulaiqa. Bahkan dia bakal terhutang budi kepada lelaki asing itu. "Saya akan sentiasa tunggu Allah jentik hati awak untuk terima saya dalam hidup awak." ──Hazaen Idham Dapatkah lelaki itu meruntuhkan tembok yang dibina oleh Irisy Zhulaiqa? Atau mungkin dia bakalan berhenti separuh jalan dan merelekan sahaja gadis itu?