02 || ERDEN'S ✧.*

8.2K 378 19
                                    

"AKU kat mana ni?" Suara perempuan kini bergema dalam bilik yang cukup besar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU kat mana ni?" Suara perempuan kini bergema dalam bilik yang cukup besar itu.
Pintu bilik itu dibuka dari luar. Pantas Ayeshah menoleh ke arah pintu. Dahinya kini berkerut seribu tatkala melihat jejaka yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik ini bersama sebuah beg kertas yang berwarna putih ditangan.

Ayeshah hanya melihat saja tingkah laku jejaka itu. Air liur ditelan kesat. Siapa lelaki ini sebenarnya?

Carl memandang wajah polos Ayeshah dengan pandangan yang kosong. Beg kertas yang dibawa dari rumah itu diletakkan di atas meja. Kening diangkat sebelah apabila melihat Ayeshah yang memandangnya seperti hantu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Muka aku dah tak handsome ke?" Soal Carl hairan. Dah kenapa perempuan ni tengok aku macam tak pernah nampak manusia.

Pantas saja Ayeshah menggeleng. Bukannya apa, cuma terkejut saja. Yang dia harapkan adalah ibu dan ayahnya, tetapi jejaka ini pula yang masuk. Takkan nak halau pula?

"Dah tu yang kau tengok aku macam hantu ni dah kenapa? Ke aku terlebih handsome hari ni?" Carl tersenyum kecil. Apa salahnya puji diri sendiri. Nak suruh siapa lagi puji kalau bukan diri sendiri?

"Confident boleh, tapi janganlah melebih.." Ayeshah menggeleng kepalanya apabila melihat betapa confidentnya Carl memuji diri sendiri. Yakinnya!

Terdiam Carl apabila diperli begitu oleh Ayeshah. Dia menjeling tajam perempuan yang sedang duduk di birai katil itu.

Carl mengambil Tupperware yang berisi makanan itu. Penutup Tupperware dibuka. Sudu yang dibawa dari rumah itu dikeluarkan dari beg kertas. Ayeshah hanya memandang sahaja tindakan Carl ketika ini.
Perlahan-lahan Carl menapak mendekati Ayeshah.

"Buka mulut. Biar aku suap kau.." Sudu dihala pada Ayeshah yang sudah tercengang itu.

Terkaku tubuh Ayeshah ketika ini. "Ta-tak apa.. Sa-saya boleh makan sendiri.." Pantas Ayeshah menggeleng kepalanya.

"Kau nak makan macam mana? Tangan kanan kau tu dah patah. Sinilah aku suap.." Ujar Carl sambil menghalakan sudu pada Ayeshah.

Sekali lagi Ayeshah menggeleng. "Tangan kiri kan ada.." Perlahan saja Ayeshah mengatur katanya.

Carl mengeluh perlahan. Aduhai, ini lagi menyusahkan dari Clara. "Tangan kiri kan tangan cebok tahi, kau nak ke makan guna tangan kotor tu?"

Ayeshah kini diam membisu. Kalau keadaan darurat, nak buat macam manakan? Terpaksalah dia makan menggunakan tangan kiri.

"Sinilah aku suap. Kau teringin sangat ke nak makan guna tangan cebok tahi tu? Ke selama ni kau cebok tahi guna berus jamban?" Soal Carl lalu dia tersenyum kecil.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now