04 || ERDEN'S ✧.*

5.7K 293 10
                                    

SATU minggu kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SATU minggu kemudian..

Kaki melangkah masuk ke kawasan hospital. Keadaan kini hanya sunyi dan sepi. Malam yang dingin itu membuatkan Carl rasa meremang. Gila kau tak meremang masuk kawasan hospital pukul 1 pagi?

Pintu wad Ayeshah dibuka perlahan-lahan bagi mengelakkan tidur Ayeshah terganggu. Carl berjalan mendekati Ayeshah yang sedang lena dibuai mimpi. Kerusi yang berada di sebelah katil itu ditarik perlahan.

Carl menatap wajah suci dan bersih Ayeshah. Cantik. Dia sendiri tidak sangka perasaan ini hadir dalam hidupnya. Buat pertama kalinya, dia mulai rasa cinta pada wanita yang berada di hadapannya. Perasaan yang tidak pernah muncul dalam hidupnya dan akhirnya, muncul jua.

Selimut yang menutupi separuh tubuh Ayeshah itu ditarik lagi. Carl menutup badan Ayeshah dengan selimut yang sedia ada. Remote penghawa dingin yang berada di atas meja sisi itu dicapai. Dia menurunkan suhu penghawa dingin itu bagi keselesaan Ayeshah.

"Kenapa kau cantik sangat, Zahra?" Perlahan saja dia mengatur ayat itu. Matanya setia menatap wajah Ayeshah yang sedang tidur itu. Manis.

"Kau sempurna, Ayeshah. Kau cukup sempurna di mata aku.." Carl tersenyum kecil. Perasaannya pada wanita ini sungguh dalam. Sewaktu hari pertama dia menjumpai wanita ini, jantungnya sudah berdegup kencang.

"Please keep the sweetness in you.." Masih sama. Pandangannya setia pada Ayeshah seorang.

"The sweetness Zahra.." Carl menyorok senyuman manisnya. Dia seperti dalam khayalan.

"Zahra yang manis inilah yang buat aku jatuh cinta.." Ujarnya lagi.

"Kau tak rasa bersalah ke sebab dah buat aku jadi gila macam ni?" Carl mengangkat kening sebelahnya. Walaupun tiada sesiapa yang nampak, apa dia kisah?

"Gilakan kau.." Carl terus menutup wajahnya menggunakan kedua tapak tangan. Senyuman manis terlakar pada bibirnya.

"Okay. Sekarang ni aku betul-betul gila.." Carl tergelak kecil. Tidak sangka pula dia boleh menjadi gila begini hanya kerana seorang perempuan.

"Kau nak tahu tak, Zahra? Waktu pertama kali aku tengok muka kau, aku rasa jantung aku macam berhenti sekejap.." Carl tersenyum apabila mengingati semula tragedi kemalangan beberapa hari lepas.

"Bila kau mula bersuara, macam nak hilang nafas aku. I need oxygen.." Tawa kecil keluar dari mulutnya..

"Tapi, aku tak sanggup tengok kau sakit macam hari tu.." Carl menundukkan wajahnya ke bawah. Sakit pula hatinya apabila teringat keadaan Ayeshah pada ketika itu.

"Please take a good care after this, Zahra. Aku tak nak kau sakit.." Matanya beralih pada wajah Ayeshah. Tetap cantik walaupun sedang lena dibuai mimpi.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now