15 || ERDEN'S ✧.*

5.3K 288 2
                                    

STEPHEN memandang Daren yang tergesa-gesa itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

STEPHEN memandang Daren yang tergesa-gesa itu. Nak pergi mana tergesa-gesa ni? Stephen bangun dari duduknya sebelum dia menarik lengan Daren.

"Daren? Kau nak pergi mana?" Soalnya hairan. Pagi-pagi dah jalan laju-laju ni dah kenapa?

"Aku nak tengok perempuan tu. Kau bagi dia makan tak semalam?" Daren memandang wajah Stephen yang serius itu. Jarang-jarang nak tengok Stephen serius ni.

Stephen mengangguk.

"Aku bagi dia roti dengan air mineral je. Cukup?"

Daren pula mengangguk. Cukup itu saja makanan yang patut diberi kepada perempuan murah. Tidak layak untuk beri makanan mahal dan sedap. Tidak sesuai.

"Kau nak buat apa jumpa dia? Ada apa-apa ke?" Stephen memandang Daren hairan. Selalunya, Daren tidak akan berjumpa dengan orang tahanan. Dia lebih rela tidak masuk campur.

"Tengoklah aku nak buat apa.." Ucap Daren sebelum dia meninggalkan Stephen sendiri.

Stephen memandang Daren sekilas sebelum dia menelan air liurnya kelat. Dengan Daren jangan dibuat main..

Pintu besi ditendang kuat oleh Daren. Irene yang berada di dalam bilik itu tersentak tatkala pintu bilik itu dibuka kasar.

Mata Daren tertancap pada susuk tubuh Irene yang terikat pada kerusi. Pintu bilik ditutup kasar. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Irene.

Irene menelan air liurnya kelat. Wajah Daren yang bengis itu membuatkan Irene sedikit takut.

"Takut?" Soal Daren bersama sindiran. Irene menundukkan wajahnya tatkala Daren memandang tajam ke arahnya.

"Buat benda terkutuk tak takut? Kenapa dengan aku takut?" Daren mengeluarkan sebilah pisau dari poketnya.

Irene mahu melarikan diri, namun apakan daya, dirinya telah diikat kuat pada kerusi. Tiada peluang untuk dia melepaskan diri. Terpaksalah dia menerima saja apa yang jejaka disini ingin lakukan padanya.

"Kau jangan ingat aku tak kenal kau, Mel.." Daren tersenyum sinis sebelum dia menghiris sedikit peha Irene.

Irene mahu menjerit namun mulutnya ditutup. Dia hanya mampu menangis sahaja. Dia tidak mampu melakukan apa-apa.

"Kau tak kenal aku ke Mel?"

Daren mengangkat wajah Irene yang menunduk itu. Mata bertentang mata. Daren melemparkan senyuman sinis kepada Irene.

"Tengok muka aku betul-betul Mel.. Kau dah lupa aku?" Soal Daren sebelum dia menampar kuat wajah Irene.

"Jangan main gila dengan aku, Irene Melissa. Aku tahu kau kenal aku siapa.." Daren menendang kuat tubuh Irene sehingga terjatuh dari kerusi.

"Aku tahu tujuan kau buat semua ni, Mel.."

Daren menunduk. Dia mencengkam kuat rambut Irene sebelum dia menampar wajah perempuan itu.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now