44 || ERDEN'S ✧.*

6.8K 471 87
                                    

TANGAN Carl memegang erat tanah yang telah menutupi isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN Carl memegang erat tanah yang telah menutupi isterinya. Cadee dan yang lain hanya melihat saja adiknya itu. Dia biarkan adiknya melepaskan rasa sedih.

Carl meletakkan kepalanya ke atas tanah itu. Dia tidak mahu melepaskan isterinya pergi. Hatinya sakit. Melepaskan orang yang sayang pergi itu amat menyakitkan.

"Bee.. Bangunlah.. Janganlah tinggalkan aku.. Aku minta maaf, Bee..." Carl memukul-mukul tanah itu. Dia tidak mahu menerima semua itu

"Sayang.. Kenapa kau buat aku macam ni? Aku sayang kau, Bee.. Maafkan aku sebab tak mampu jujur pada kau.. Aku sayangkan kau.." Dia rasa menyesal kerana tidak sempat meluahkan perasaannya secara jujur. Walaupun dia sudah meluahkan, namun ketika itu dia hanya menipu. Dia mahu melihat isterinya tersenyum walau dia sendiri tersakiti.

"Hari-hari aku cuba untuk sayangkan kau.. Aku cuba, sayang.. Bukannya aku tak cuba.. Maafkan aku sebab tak tunjuk perasaan aku pada kau.. Aku tengking kau.. Aku hina kau.. Aku menyesal, Bee.." Teresak-esak Carl menangis. Orang sekelilingnya tidak dihiraukan. Biarlah orang nak kata dia lemah ataupun apa, dia benar-benar mahu melepaskan rasa sedihnya ketika ini. Dia menyesal..

"Isteri aku baik.. Isteri Carl isteri yang baik.. Dia tak tinggal tanggungjawab dia sebagai isteri. Isteri aku isteri yang sempurna.. Walau buruk macam mana pun orang anggap kau, kau tetap sempurna dekat mata aku, sayang.." Kepala Carl masih lagi diletakkan di atas tanah itu. Dia seakan tidak mahu berganjak dari situ. Kalau boleh, dia mahu tinggal di sini bersama Irene.

"Maafkan aku, Melissa.. Isteri aku.. Bukan.. Pelacur.." Carl memukul-mukul tanah itu. Dia rasa menyesal kerana mengatakan isterinya adalah pelacur.

"Aku cuba terima anak dalam kandungan kau tu bukan anak aku.. Hari-hari aku doa supaya Tuhan kuatkan hati aku untuk terima semua tentang kau.. Aku cuba, Melissa.. Sakit Melissa nak terima semua ni.." Carl menggeleng kepalanya perlahan. Berhari-hari dia belakon seakan tiada apa-apa berlaku. Walaupun ketika dia melihat wajah Irene, hatinya terasa seakan terguris.

"Sakitnya hati aku bila aku tahu isteri sendiri mengandung anak lelaki lain.. Mungkin akan jadi lebih sakit bila aku tahu itu kerelaan kau sendiri.. Aku cuba terima, Melissa.. Walau seburuk mana pun kau, aku akan tetap cuba pujuk hati aku untuk terima.."

"Kenapa semua orang yang aku sayang tinggalkan aku? Kau tak sayang aku ke, Melissa? Sampai hati kau biar aku sorang-sorang dekat dunia ni.. Aku tak sempat hargai effort kau.. Aku akan pujuk hati aku untuk cintakan kau.. Aku janji, Bee..."

Sampai hari ini, dia hanya mampu menyayangi Irene. Hatinya masih tidak mampu mencintai perempuan itu. Cukup sekadar sayang, dia risau dia akan kecewa lebih teruk jika dia sudah mula mencintai Irene.

Daren berjalan mendekati Carl. Bahu Carl disentuh perlahan. Carl hanya hiraukan saja Daren yang berada di belakangnya.

"Carl.. Balik jom? Janganlah sedih macam ni.. Mesti Irene sedih tengok kau macam ni.." Ucap Daren seakan memujuk. Carl menggeleng. Dia tidak mahu meninggalkan tempat ini.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now