57 || ERDEN'S ✧.*

7.4K 565 79
                                    

Seoul, Korea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seoul, Korea.

PUNGGUNG dilabuhkan pada kerusi batu yang terletak di taman permainan. Irene mengeluh perlahan tatkala melihat kanak-kanak seronok bermain. Perutnya diusap perlahan.

Sudah seminggu Irene menetap di negara orang. Dia mahu pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya, namun ibu dan ayahnya sudah tidak mahu lihat wajahnya. Apa yang dia boleh lakukan? Mampu redha saja.

"Anak mama okay kan? Nanti bila keadaan dah okay, kita jumpa daddy." Ucap Irene sambil mengusap perlahan perutnya.

Terdiam dia selepas mengungkap perkataan 'daddy'. Dia sendiri bingung. Daddy yang mana satu? Daddy yang menyebabkan dia hadir ke dunia ini ataupun daddy yang bergelar suami pada mamanya?

"Maafkan mama sebab hadirkan baby secara luar nikah. Mama tahu itu silap mama. Mama janji mama akan buat yang terbaik untuk baby. Mama akan pastikan daddy terima baby seadaanya."

Irene mahu Carl menerima anak dalam kandungannya walaupun ini bukan anak Carl. Budak ini tidak salah. Yang salahnya adalah Irene dan lelaki yang mengandungkannya, Alex.

"Kita duduk sini lama sikit ya? Bagi daddy tenang dulu. Daddy dah banyak kali terluka sebab mama. Jahatkan mama?" Irene tergelak kecil. Dia sudah sedar segala silapnya. Cuma dia masih tidak mampu untuk sujud kembali pada Tuhan.

"Nanti kalau baby dah keluar, jangan jadi macam mama tau? Jadi orang yang baik. Tutup aurat dengan sempurna. Macam Aunty Esha.." Tersenyum Irene menyebut nama Ayeshah. Dia rasa bersalah sangat pada Ayeshah. Sehingga kini, dia masih belum sempat pergi ke pusara Ayeshah.

"Jadi macam Aunty Esha tau? Aunty Esha baik, cantik.. Sebab tu daddy suka." Air matanya ditahan daripada mengalir.

"Jangan jadi macam mama. Mama dah terpesong jauh sangat, sayang. Mama keluar dengan lelaki sana sini. Tak jaga batas. Pandangan apa lagi? Langsung tak terjaga." Irene menggeleng. Dia mahu kembali pada Allah namun tiada siapa mahu membimbing dirinya.

"Ayeshah.. Banyak sangat salah aku pada kau. Sekarang aku dah terima balasannya. Carl langsung tak pandang aku. Dia langsung tak sayangkan aku. Kalau kau hidup lagi, aku sanggup pulangkan Carl semula pada kau. Aku tak sepatutnya bunuh kau, Ayeshah.."

Tanpa disedari, air mata Irene mengalir.

"Aku minta maaf sebab dah hancurkan hidup kau. Aku tak sepatutnya rampas Carl dari kau.." Irene menggeleng. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terfikir untuk bunuh Ayeshah hanya kerana mahukan Erden Carl.

"Aku tak nak anak aku anggap aku ni ibu dia. Kalau boleh aku nak pergi jauh lepas aku bersalin nanti. Aku nak kau jadi ibu dia walaupun kau dah tak ada. Aku tak nak dia malu. Aku tak nak dia kena hina bila dia dah besar nanti." Teresak-esak Irene menangis.

"Silap aku, Ayeshah.. Aku buat benda terkutuk tu tanpa fikir apa yang akan jadi pada anak aku. Aku bersyukur sebab Carl tak pernah suruh aku gugurkan kandungan aku walaupun dia dah tahu perkara sebenar sebelum aku jujur dengan dia."

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now