54 || ERDEN'S ✧.*

6.1K 496 42
                                    

SATU MINGGU KEMUDIAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SATU MINGGU KEMUDIAN

BEG kerjanya yang berada di tempat duduk penumpang itu diambil. Lantas dia keluar dari kereta itu dan bergerak ke arah bangunan Earlane's Holding.

Mata Daren tertarik dengan susuk tubuh perempuan yang cukup dia kenali. Sudah seminggu perempuan itu menghilangkan diri, akhirnya muncul kembali.

Dia mendekati Irene yang sedang berdiri betul-betul di hadapan bangunan itu. Dia memukul perlahan tubuh Irene menggunakan beg kerjanya.

Laju Irene menoleh ke belakang. Dia mengeluarkan perlahan apabila melihat wajah si beku yang muncul di belakang.

"Kenapa kau datang?" Soal Daren tidak berperasaan.

"I nak jumpa Carl. Dia ada tak?"

Mendengar soalan Irene itu, Daren terus menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kereta Carl. Dia terus menoleh kembali ke arah Irene apabila dia sudah nampak kereta Carl.

"Ada. Kau nak buat apa jumpa dia? Penting ke?"

Irene mengangguk. Dia malas mahu duduk berdua lama-lama dengan Daren sebenarnya. Dia malas mahu mendengar sindiran Daren.

"Lama kau hilang. Datang-datang nak cakap hal penting pula dengan SUAMI kau."

Sengaja Daren menekankan perkataan suami itu. Biarlah Irene sedar dia masih ada suami, suami yang sah.

Irene menjeling. Inilah dia malas mahu berhadapan dengan Daren, setiap kata yang keluar dari mulut Daren mesti menyakitkan. Nasib malanglah bakal isteri Daren.

"You ni dah kenapa? I datang sini elok-elok. I nak jumpa Carl. Suami I." Jawab Irene. Dia masih belum berputus asa mahu memikat semula hati Carl. Namun dia tahu, peluangnya kali ini sangatlah tipis berbanding dahulu.

Dan sekarang, dia menyesal tidak gunakan peluang yang ada.

Daren tersenyum sinis melihat wajah Irene. Dia dapat lihat dari wajah Irene, dia masih tidak berputus asa mahu mendapatkan Carl semula. Namun dari riak wajah Carl? Sampai mati pun dia tidak mahukan Irene semula.

"Mel.. Dulu kau ada banyak peluang untuk pikat hati dia.. Tapi apa kau buat?"

Mata Daren jatuh pada perut Irene. Kandungan Irene sudah 2 bulan. Walaupun tidak berapa besar, namun cukup jelas dia sedang mengandung ketika ini.

"Menyundal dengan jantan lain." Sambung Daren lagi.

Irene terus menoleh ke arah Daren. Matanya nenikam tajam anak mata Daren yang cantik itu. Ya, dia tahu itu silapnya. Namun apa yang dia mampu lakukan? Tak akanlah dia mahu gugurkan kandungannya?

"You jaga mulut you! I tahu I silap masa tu. I sedar sekarang ni.. I cuba nak dapatkan Carl balik.." Ucap Irene sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak boleh dia melihat wajah Daren, makin sakit hati.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now