21 || ERDEN'S ✧.*

5.1K 301 34
                                    

KERETA diparkir di hadapan masjid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA diparkir di hadapan masjid. Hari ini merupakan hari dimana Carl dan Irene disatukan. Walaupun dengan hati yang tidak redha, Carl terpaksa menikahi Irene Melissa.

Mereka semua sudah menunggu di luar masjid. Hanya Cadee, Eric dan Faeyz saja yang masuk. Maklumlah mereka belum terbuka hati lagi mahu memeluk Islam.

Suasana di dalam masjid itu sungguh meriah dengan suara tetamu. Carl yang berada di hadapan tok kadi itu hanya diam. Satu senyuman pun tidak terlakar di bibirnya.

Irene mengeluh tatkala melihat bakal suaminya itu tidak gembira dengan majlis suci ini. Dia membetulkan tudung selendang yang terlilit di kepalanya.

"Kamu betul ke nak kahwin ni? Masam aje mukanya.." Usik tok kadi itu. Carl masih tidak senyum, malah dia hanya menunduk sahaja.

Cadee menepuk perlahan bahu adiknya. Carl mengangkat kepalanya sebelum dia menoleh ke arah Cadee.

"Senyum. Nanti buruk gambar kahwin kau."

Mendengar kata Cadee itu, Carl hanya tersenyum kecil.

"Dah sedia?" Soal tok kadi itu kepada Carl.

Carl membetulkan duduknya sebelum dia mengangguk kepalanya.

"Erden Carl bin Calvin."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Irene Melissa binti Aldrich Mayes dengan mas kahwinnya bernilai rm10000 ringgit tunai."

Carl menarik nafasnya sebelum dia membuka mulut.

"Aku terima nikahnya Ayeshah Azzahra-"

Semua tetamu yang berada di dalam masjid itu mengangkat wajah memandang Carl apabila dia tersalah menyebut nama.

Cadee terus menghampiri adiknya sebelum tubuh adiknya disentuh perlahan.

"Irene. Bukan Ayeshah. Relax.." Bisik Cadee pada telinga Carl. Carl berdehem kecil sebelum dia kembali memandang wajah tok kadi yang berada di hadapannya.

"Kita mula semula ya?"

"Aku nikahkan dikau dengan Irene Melissa Binti Aldrich Mayes dengan mas kahwinnya bernilai rm10000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Irene Melissa Binti Aldrich Mayes dengan mas kahwinnya bernilai rm10000 ringgit tunai."

"Sah."

Selesai semuanya, kini sudah tiba masanya untuk Carl menyarungkan cincin pada jari manis milik Irene. Clara yang berada disisi Irene itu hanya melihat saja.

Tangan Irene ditarik kasar sebelum disarungkan cincin yang berwarna silver itu. Perlahan-lahan Carl merapatkan bibirnya kepada dahi Irene.

Irene tersenyum puas apabila Carl mengucup dahinya. Namun Clara tersenyum sinis. Sudah tentu dia nampak Carl tidak merapatkan bibirnya pada dahi Irene, malah dia merapatkan bibir pada tudung Irene.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now