56 || ERDEN'S ✧.*

7K 591 172
                                    

2 BULAN KEMUDIAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 BULAN KEMUDIAN...

Carl membuka pintu utama rumahnya. Terkaku dia melihat wajah isterinya berdiri tercegat di hadapan pintu.

"Erden Carl.." Panggil Irene perlahan. Dia tersenyum kecil lalu menarik tangan Carl duduk di gazebo luar rumah.

Carl hanya merelakan saja dirinya ditarik. Selama 2 bulan ini, Irene sudah banyak berusaha untuk memikat hatinya. Malah hatinya masih sama. Tiada sedikitpun ruang untuk Irene.

"Kau nak apa datang rumah aku?" Soal Carl dengan nada yang kurang gemar.

Irene tersenyum. Dia melepaskan pegangannya. Dia melabuhkan punggungnya sebelum dia membuka mulut.

"Hari ni.. Hari anniversary kita." Ucap Irene lalu mengeluarkan satu kotak kecil yang berwarna hitam.

Tangan Carl ditarik perlahan. Carl terus melabuhkan duduk di sebelah isterinya.

Penutup kotak itu dibuka. Irene mengeluarkan seurat gelang. Tangan suaminya ditarik ke peha.

Carl hanya memandang saja isterinya yang sedang memasang gelang itu. Jelas dari riak wajahnya, tiada reaksi.

"Ini.. Hadiah anniversary kita yang ke 5 bulan.." Ucap Irene lalu menolak perlahan tangan Carl.

"You ingat tak tarikh ni tarikh kita nikah?" Soal Irene. Lama dia menunggu Carl menjawab. Namun hampa, Carl hanya mengunci mulutnya.

"Apa tujuan kau datang sini, Irene Melissa?" Soal Carl dalam nada yang tegas. Dia mahu ke office. Nampaknya dia lewat masuk office hari ini disebabkan si isteri yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumahnya.

"Selama 2 bulan I pujuk you.. Macam-macam I buat. I masak untuk you, I buatkan kek untuk you. Tapi you tak pernah pandang apa yang I buat. Senang kata, usaha I selama ni sia-sia je.." Ujar Irene seakan kecewa. Bukan sekali dia usaha untuk pikat semula hati Carl, malah berkali-kali.

"Oh.. Kau datang sini sebab nak ungkit semua benda yang kau buatlah? Kau nak aku buat apa? Terima kau?" Dalam nada sinis Carl berkata. Irene hanya tersenyum tawar.

Laju Irene menggeleng kepalanya.

"Tak. I tak nak you buat apa-apa. I cuma—"

Dia mengeluarkan kad kredit Carl yang diambil dahulu. Dia meletakkan kad itu di tangan Carl.

"Ini.. Kad yang I ambil tanpa pengetahuan you. I pulangkan balik kad ni. I minta maaf sebab curi kad ni dari you.." Irene menunduk. Dia tahu ini salahnya. Walaupun dia isteri yang sah kepada Carl, namun dia tiada hak mahu mengambil apa-apa barang Carl.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now