18 || ERDEN'S ✧.*

4.9K 246 23
                                    

BEG kerja diambil sebelum pintu kereta ditutup perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEG kerja diambil sebelum pintu kereta ditutup perlahan. Kaki berjalan melangkah ke arah bangunan megah Earlane's Holding.

Lift didekati. Butang bernombor 8 ditekan. Dia berdiam diri dan sebelum dia termenung lama. Leron yang berada disisinya hanya memerhati saja Carl yang termenung itu. Dia malas mahu mengganggu jejaka itu.

Kaki melangkah ke arah biliknya. Pintu ditolak perlahan sebelum dia berjalan mendekati kerusi miliknya. Punggung dilabuhkan sebelum dia mengeluh perlahan.

Difikirannya penuh tentang Ayeshah. Dia sangat rindu pada gadis yang bernama Ayeshah Azzahra. Hatinya tidak boleh melepaskan wanita itu, namun keadaan memaksanya.

Lamunan tersentak apabila pintu bilik Carl dibuka dari luar. Pantas mata Carl memandang pintu. Daren yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik Carl itu diperhati lama.

Berkerut dahi Daren tatkala Carl memandangnya begitu. Kerusi di hadapan meja Carl itu ditarik perlahan. Matanya memandang tepat wajah Carl.

"Kau ni dah kenapa pandang aku macam tu?" Soal Daren hairan. Pandang orang macam nak makan dah kenapa?

Carl menggeleng kepalanya perlahan. Dia membuka komputernya untuk memulakan kerja.

"Kau nak apa masuk bilik aku?" Wajah Daren dipandang sekilas sebelum dia beralih pada komputernya.

"Saja. Aku dengar cerita kau meroyan lagi.." Ucap Daren yang masih memandang wajah Carl itu. Carl yang mendengar itu terus memalingkan wajahnya ke arah Daren.

"Meroyan? Kau merepek apa?" Carl menjeling Daren. Siapalah yang fitnah aku meroyan ni?

"Kenapa kau macam ni, Erden Carl? Setiap kali jumpa Ayeshah, mesti kau meroyan. Apa yang tak kena dengan kau ni?" Daren menatap wajah Carl lama. Dia tahu Carl terseksa untuk meninggalkan Ayeshah. Namun apa yang boleh mereka lakukan? Maruah keluarga mereka akan tercalar jika fitnah yang Irene taburkan itu tidak dibendung.

"Apa yang tak kena dengan aku? Kau tu. Apa yang tak kena dengan kau? Kau tengok aku okay je kan?" Carl menjeling sebelum dia menggeleng kecil.

Daren mendengus kasar. Macamlah dia tidak tahu apa yang berlaku pada Erden Carl semalam.

"Okay? Ini kau kata okay? Cuba kau tengok muka kau dekat cermin. Bandingkan muka kau yang sekarang dengan muka kau sebelum kau kenal Ayeshah..."

Berkerut dahi Carl mendengar. Ada beza ke? Rasanya wajahnya masih sama.. Kekal tampan sehingga sekarang..

"Apa kau merepek ni lahanat? Aku tak ada buat plastic surgery.. Jadi tak ada apa yang berubah. Cuba berhenti merepek. Serabut pula aku dengan kau ni.." Carl mengeluh perlahan. Rasa malas mahu melayan Daren semakin membuak-buak. Semakin dilayan semakin merapu.

Daren terus bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik Carl. Carl hanya memandang saja pemergian Daren itu. Dia menghela nafas lega.

Tidak sampai lima minit, Daren kembali masuk ke dalam biliknya. Membulat matanya apabila melihat Daren masuk bersama cermin yang besar.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now