41 || ERDEN'S ✧.*

5.9K 403 21
                                    

TANGAN menolak perlahan pintu besar rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN menolak perlahan pintu besar rumahnya. Kakinya berdiri statik apabila melihat figura Irene yang tercegat di hadapan pintu. Mata diputarkan seakan menyampah dengan isterinya.

Irene memerhati tubuh suaminya dari atas hinggalah bawah. Matanya terpandang botol air yang sudah kosong di tangan kiri Carl. Kini dia memandang tepat wajah Carl yang jelas menayangkan riak wajah kosong dan tidak berperasaan.

"You pergi mana?" Soal Irene. Dia tahu Carl pergi ke kubur Ayeshah. Melihat botol yang telah kosong itu jelas menunjukkan Carl melawat bekas kekasihnya yang sudah tiada di dunia ini.

"Perlu ke aku bagitahu?" Soal Carl kembali. Dia benar-benar tidak mahu berhadapan dengan isterinya sekarang. Baru saja dia berasa lega kerana telah meluahkan segala rasanya kepada Ayeshah, namun rasa lega itu terus hilang tatkala dia perlu menghadap wajah Irene.

"Perlu. I isteri you. I patut tahu you pergi mana." Matanya menatap tajam wajah Carl. Selama mereka berbaik, Carl tidak lagi pergi ke pusara Ayeshah. Malah hari ini, tidak tahu mengapa tiba-tiba Carl pergi ke sana lagi. Dia sangkakan Carl sudah sepenuhnya melupakan Ayeshah. Namun sangkaannya salah.

"Aku pergi melawat cinta hati aku.. Kenapa? Salah?" Carl mendengus kasar. Dia menjeling isterinya yang sedang merenung tajam wajahnya.

Cinta hati? Irene terdiam saat Carl mengungkap kata itu. Cinta hati? Ayeshah cinta hatinya? Malah dia? Siapa dia sebenarnya di hati Carl?

"You sedar tak apa you cakap ni?"

Carl mengangguk.

"Sedar. Aku sedar yang aku cakap dia cinta hati aku.. Dan sepatutnya aku pun kena sedar dari awal yang aku tak patut sayangkan kau.." Anak mata Irene ditenung. Irene terdiam. Mengapa setiap kata yang keluar dari Carl kali ini menyakitkan hatinya?

"Kenapa you tiba-tiba berubah? Apa salah I?" Soal Irene yang seakan kecewa dengan sikap suaminya.

"Kau rasa? Apa salah kau pada aku?"

Irene hanya diam. Dia masih bingung dengan keadaan ini. Dia tidak pasti dimana silapnya.

"Lupakan perempuan tu. Dia tak layak duduk dekat hati you." Ucap Irene bersama matanya menikam tajam anak mata Carl.

Terletus gelak sinis Carl apabila mendengar kata-kata isterinya. "Dia? Dia tak layak? Sepatutnya kau yang tak layak. Sedar diri."

"Kenapa?! Kenapa susah sangat you nak lupakan perempuan tu?!" Irene menggeleng kepalanya. Dia kecewa dengan suaminya.

"Kalau boleh aku tak nak lupakan dia sampai bila-bila." Jawab Carl selamba tanpa memikirkan tentang perasaan isterinya.

"You jahat, Carl.. I isteri you.. Sampai hati you ketepikan I dan dahulukan perempuan yang dah mampus tu?!" Irene melangkah ke arah Carl dan memukul dada Carl dengan kuat.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now