25 || ERDEN'S ✧.*

5.2K 313 20
                                    

CARL membetulkan baju dan seluarnya sebelum dia mengambil kunci markas yang berada di poket seluarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CARL membetulkan baju dan seluarnya sebelum dia mengambil kunci markas yang berada di poket seluarnya. Dia mengatur langkahnya mendekati pintu besar markas. Setelah dibuka, dia menolak perlahan pintu itu. Memandangkan semua berada di office, jadi dia terpaksalah merelakan hatinya untuk pergi ke markah melihat isterinya yang tidak tahu bagaimana keadaan di bawah tanah itu.

Kaki berjalan ke arah tangga. Perlahan-lahan dia menapak turun. Pintu terakhir dituju. Dia membuka kunci pintu itu sebelum dia memulas tombol pintu. Lampu bilik itu dibuka. Dia mengeluh apabila melihat Irene yang sedang lena tidur itu. Dia mendekati isterinya itu sebelum dia membuka segala tali yang terlilit di seluruh tubuh isterinya.

"Irene.." Panggil Carl. Mendengar itu, Irene perlahan-lahan membuka matanya. Mata ditutup kembali apabila cahaya lampu itu terus masuk ke matanya. Berkerut dahi Carl melihat Irene yang menutup kembali matanya.

"Dah kenapa kau ni minah?" Carl menggeleng kepalanya. Irene kembali membuka matanya dan memandang suaminya yang sedang membuka ikatan di kakinya. Dia hanya diam dan melihat saja setiap gerakan suaminya. Sakit dan pedih akibat semalam masih terasa. Darah pun masih belum kering. Ada yang masih mengalir dan ada yang sudah beku. Tiada sesiapa yang datang merawatnya.

Selesai saja membuka semua ikatan, Carl terus bangkit dari duduknya. Tali yang sudah dibuka itu dicampak ke tepi. "Tunggu sini sekejap. Aku nak keluar. Jangan pergi mana-mana." Carl terus melangkah keluar meninggalkan Irene sendiri.

Irene hanya akur. Dia melihat saja suaminya melangkah pergi meninggalkannya. Dia melihat pehanya yang ditikam oleh Cadee. Boleh dikatakan dalam juga luka itu. Perlahan-lahan tangannya menyentuh luka itu. Dia terus menjerit kecil lalu mengeluh perlahan.

Tangannya kini naik menyentuh muka. Walaupun dia masih tidak melihat keadaan mukanya, dia tahu keadaan mukanya kini teruk. Banyak kesan luka yang tinggal di wajahnya. Dia perlu menerima saja wajahnya yang sudah hodoh ini. Inilah akibatnya apabila menyerang orang sesuka hati. Namun sampai sekarang dia masih tidak tahu siapa perempuan yang mereka prrtahankan selama ini.

Carl berjalan memasuki bilik yang menempatkan Irene kembali. Di tangannya kini terdapat sebuah beg berwarna hitam. Di dalam beg itu dipenuhi dengan segala jenis ubat untuk merawat luka tidak kira luka itu teruk ataupun tidak. Beg ini akan selalu ada di markas kerana mereka tidak dapat jangka bila mereka akan diserang oleh pihak musuh. Jadi semua kelengkapan sudah disediakan di markas ini.

Irene mengangkat wajahnya memandang Carl lalu pandangannya jatuh ke arah sebuah beg yang berada di tangan kanan Carl. Dia hanya melihat saja Carl yang sudah duduk di hadapannya itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam beg yang dibawa suaminya.

Carl membuka beg itu lalu dia mengeluarkan sebotol minyak untuk merawat luka di peha isterinya. Kapas diambil sedikit sebelum dia menuangkan sedikit minyak itu di atas kapas. Perlahan-lahan dia mengubati luka Irene yang masih tidak dirawat itu.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now