62 || ERDEN'S ✧.*

7.7K 486 130
                                    

CAWAN kaca diletakkan di atas meja berhadapan dengan Carl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CAWAN kaca diletakkan di atas meja berhadapan dengan Carl. Keluhan dilepaskan. Dari awal mereka bawa Carl pulang, satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Dia hanya diam dan termenung saja.

"Carl.. Cuba jangan fikir sangat. Mungkin lelaki tu kawan dia?" Daren melabuhkan punggungnya di sebelah Carl. Carl hanya diam dan terus termenung.

"Nak buat apa kau jealous kalau kau tak sayang dia, kan?" Xylon sengaja mahu menguji Carl. Bukannya dia tidak tahu, Carl sudah mula menyayangi Irene. Cuma ego saja yang menguasai diri.

Carl mengangkat wajahnya memandang tajam Xylon di hadapan. Dia malas mahu bergaduh dengan sesiapa. Fikirannya cukup serabut memikirkan masalah rumah tangga.

"Lepaskan je dia. Nampak macam dah ada pengganti." Zander meletakkan buah epal di atas meja. Dari apa yang Daren dan Xylon cerita padanya, Carl memang betul-betul sayangkan Irene cuma dia tidak mahu jujur saja.

Carl hanya mengunci mulutnya. Suara kawannya itu hanya masuk di telinga kanan dan keluar di telinga kiri.

"Alahai, Carl.. Kau sendiri yang halau dia. Biarlah dia nak cari suami baru kan?" Xylon memandang saja wajah Carl yang sudah merah itu. Nampak sangat menahan marah.

Zander terus mengalihkan pandangannya pada Xylon. Dia tersenyum kecil. Mereka saja mahu melihat sejauh dan setinggi mana ego seorang Erden Carl.

"Kau bukannya sayang dia pun kan? Biarlah dia. Kau pergilah cari orang lain." Daren berkata tanpa mengeluarkan sebarang reaksi. Seronok juga menguji kesabaran Erden Carl.

"Lelaki tu nampak macam sesuai juga kan dengan Irene? Dia caring betul." Zander mengetap mulutnya dari melepaskan tawa. Sebenarnya, dia tidak sampai hati mahu kenakan Carl. Tetapi jika tidak buat begini, sampai bila-bilalah Carl sanjung egonya.

"Kan? Aku pun rasa dia dengan Irene sesuai. Carl.. Nanti kau cepat-cepatlah ceraikan Irene. Dia nampak bahagia sangat dah dengan lelaki tu." Ucap Xylon bersama matanya yang memandang saja wajah Carl. Nak kesian, tapi seronok pula kenakan orang.

Carl yang menunduk itu sudah mengepal penumbuk. Dadanya berombak-ombak menahan amarah.

Laju Daren memusingkan kepalanya ke arah lain. Dia tidak sampai hati mahu melihat wajah Carl yang jelas sedang menahan marah. Namun nak buat macam mana? Itu semua ideanya. Nak gelak, tapi kesian.

"Nampaknya Carl jadi duda hot nanti. Mesti ramai perempuan nak dekat dia." Zander sudah menutup mulutnya. Dia bukannya beku seperi Daren. Dia sedaya upaya menahan tawanya daripada terletus. Jika dia ketawa, habislah rancangan mereka.

"Irene pun apa kurangnya? Cantik. Pandai masak. Cuma kurang didikan aje. Untunglah lelaki tu dapat Irene. Full package!" Xylon menepuk tangannya. Namun benarlah apa yang Xylon kata. Irene memang sempurna namun akhlaknya saja yang kurang. Dia perlukan seseorang yang boleh bimbing dia ke jalan yang benar.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now